Wednesday, February 25, 2009

diari aku semasa berumur 6 tahun. by memory. by heart.

aku bukan orang yang suka menulis. aku lebih kepada orang yang suka melukis. jadi tak mustahillah aku tak pernah ada diari seumur hidup aku. jadi bila wujudnya teknologi yang membolehkan kita berdiari di dalam alam komputer, aku terus berkecimpung. berkecimpung. cimpung. kecimpung. kelakar kan bunyi dia. berkecimpung.

ok lah, biar je. bukan itu tajuk cerita aku. haa..kembali kepada diari. aku rasa kan orang yang ada diari mesti seronok boleh baca balik apa yang diorang pernah tulis di satu timeframe yang lain. mesti dia teringat balik, dulu dia suka buat ape, pernah buat apa, pernah sepak sape dan sebagainya. aku jeles tau tak. cuba bayangkan kau tulis diari sejak umur 4 tahun. dalam umur 27 tahun try baca balik. gila! mesti best gila!!

jadi aku try recall balik. kalau aku ada diari semasa 6 tahun, mungkin salah satu dari pagenya berbunyi begini:

(12 disember 1988. cuti sekolah. lepak kat kampung)

9 am. aku bangun lambat hari ni. bangun2 je katun dah habis. frust aku. nenek aku tgh sapu karpet guna penyapu lidi. terpaksa la aku bangun sebab tinggal toto aku je kat ruang tamu tu. orang lain semua dah bangun. check seluar dulu. ah, tak kencing malam. nasib baik. rumah dah jadi berhabuk. sebab cahaya masuk. kalau cahaya tak masuk mungkin habuk tu tak nampak pun.

10.am dekat setengah jam aku mandi telaga. nenek aku tgh kukur kelapa. dia bagi aku 'tumbung' yang tumbuh dalam kelapa tua tu. sedap gila tak tipu! aku pakai baju cepat sebab kak yah ajak pegi beli roti canai di kedai nani.


12am. balik tadi aku dah makan, jadi aku keluar balik pegi kedai pokyan (beliau cina) beli tikam. hampa aku. tak dapat pistol mainan yang diidamkan. semuanya bertulis 'terima kasih'. jadi aku beli chewing gum beruang, asam merah yang bulat besar tu, dan air oren botol cap ayam. masa pokyan pegi ambik baki, aku curi sticker street fighter satu.

2pm. aku tgh tulis diari tiba2 ali anak sanusi panggil ajak main. dia cakap nak ajak pegi rumah mak su mah tepi sungai, tangkap ketam. aku malas la nak tulis diari lagi mcm ni. aku nak main. main la seronok


---------------------------

sejak ari tu aku tak tulis diari lagi.

apa ni?

Thursday, February 19, 2009

kali ini aku tribute kepada intan. korang geli pun gelilah. aku tak peduli

cerita kali ni mungkin akan membuatkan setengah2 orang geli. kategori abang2 katang dan mat rempit pasti akan muntah mendengar cerita kali ini. tapi, ye la kan, korang ganas, aku tak ganas. nak buat mcmane.

intan. adalah girlfriend aku. namanya cantik tuan pun cantik. (ah, susah juga ye menulis pasal awek dan dalam masa yang sama cuba menjadi macho). aku sudah dua tahun lebih dengan intan. lama tak lama juga la.

jadi beginilah. ceritanya memang kompleks. karakter aku adalah karakter yang bermasalah, aku susah bangun tido, selekeh, jarang2 shave, tidak istiqamah, suka mengutip balik cikedis yang jatuh dan sebagainya. karakter ini agak kontra dengan intan. dia senang bangun tido, tidak selekeh, membiarkan saja cikedis yang jatuh dan banyak lagi. dulu semasa tengah hangat bercinta, aku senang bangun tido tiap kali dating. selalu hensem2 semasa dating. kini aku dah tak macam tu (kata intan lah). kata intan, aku sekarang seronok di Kuantan, sudah tak ingat dkt dia sangat, ramai kawan2 perempuan baru di sini dan telefon pun sudah jarang2 (kata intan lah)

haa. bagaimana tu tuan puan. bagaimana ya membuktikan cinta?

aku pernah buat satu teori. teori itu namanya teori mainan baru. analoginya macam ni lah : bila kita beli satu mainan baru masa kecik dulu, kita akan obses gila dengan benda tu. kita tido dengan mainan tu, pegi sekolah pun bawak mainan tu, etc. tapi bila lama sikit, kita jadi mcm biasa je. mainan pun tah ke mana. tangan tercabut, kaki kat bawah cushion, dan sebagainya lah.

jadi, aku sudah aware pasal benda ni dari awal2 dulu. aku tau tiap kali kita mengalami sesuatu yang baru, kita akan rasa excitement tu menguasai kita. Orang yang tak mampu mengalami dan memahami proses teori mainan baru ini akan berubah fikiran, perasaan dan banyak lagi. tapi aku sudah aware.

jadi aku harap intan tahu apa yang aku buat di sini tidak akan menggangu gugat jiwa ini. ehem!

betul intan. tak tipu. kalau tipu saya sanggup dikenakan hukuman 'dikejar anjing di atas mozek yang licin hanya dengan berstokin'

jika aku ada sebiji epal, aku akan bagi intan epal itu. jika aku ada dua biji epal, aku akan bagi epal yang lebih baik kepadanya. aku rela sacrifice seluruh masa muda tanpa menggatal, mengorat, bercinta. hanya kerana dia. aku rela tidak mempunyai experience dengan 4,5 ex girlfriend atau 45 girlfriend sekaligus, hanya kerana dia. aku rela mempunyai girlfriend pertama dan girlfriend terakhir yang sama, juga kerana dia. (gila! ayat kencang!)

mcmane ye. intan.

kini aku kurang telefon dia. hanya telefon apabila perlu. jumpa juga agak susah. kerana jauh. apatah lagi untuk membuat surprise2 seperti dulu. mungkin aku perlu buat penambahbaikan mulai hari ini. bagaimana ya. bagaimana ya.

apa yang penting? ..kerjaaaasama..

sekian.

Monday, February 9, 2009

saja nak suruh korang jeles. itu saja

baru2 ini aku pergi 'family day' bersama-sama ahli2 art & design kolej. aku agak gembira jugak sebab aku tengah in the mood untuk bersama alam sekitar. maksud aku alam sekitar yang natural lah kan. bukan alam sekitar yang berbentuk konkrit dan segi empat.

aku telah pergi camping di Lata Jarum, Ulu Dong, Raub. (perhatikan, nama tempat tersebut memang Ulu Dong. Bukannya aku cuba cakap Indonesia. paham).
korang patut try pegi tengok. scenery cantik. fresh. dan boleh ambik gambar untuk buat painting. ataupun ambik gambar untuk frame gambar tersebut. eh?

ah..apa? korang kerja di bandar? yang ada KLCC tu? oh kesiannya.
bukannya aku nak condemn kemajuan. tapi tempat2 begitu macam takde 'soul' la.
sekali sekala ok la. mintak maaf kalau terkasar bahasa.

aku rasa aku dah tak pandai sangat la nak tulis blog skarang. tensen betul.
lain kali aku tulis lagi. jadi, tanpa membuang masa, biar aku letak gambar intro sekeping dua. barulah tujuan aku tercapai.

ah..sialan. aku tak berjaya upload gambar. internet problem ni.

takpe..takpe..
esok aku upload. aku nak balik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...