Monday, March 30, 2009

handphone aku hilang (lagi)

hari tu aku stay up bengkel sampai pukul 12 lebih. sebab studio art & design nak buat opening ceremony/ re-launching la kot. ahh. tak penting. yang penting, aku blah nak gi minum, tertinggal handphone kat meja luar, aku patah balik, handphone sudah tiada. jadi aku redha je la.

ah ngantuk la pulak. nanti la aku buat entry baru. aku takde idea. pening.

kawan2 sekalian, sila tinggalkan no phone boleh tak. susah la aku nak contact.
aduh. nak call awek pun susah mcm ni.

eh, tunang.

bye

Monday, March 23, 2009

aku sudah ada tunang

hai semua. apa khabar. lama dah aku tak menaip. kadang2 aku nak menaip tapi sebab internet mcm sial jadi aku tak menaip. kadang2 idea aku hilang begitu saja. kadang2 aku dah cuba pastikan aku ingat semua idea2 yang terlintas dengan tiba2 tetapi apabila nak menaip, semua mcm menyorok. cis!

semasa aku kecik, kalau aku nak ingat sesuatu pagi besoknya, aku akan tukar pakai jam kat tangan kiri (aku biasa pakai jam tangan kanan). jadi jika aku bangun besok pagi, aku akan berkata :

"wah wah wah mengapa aku pakai jam di tangan kiri? oh ya! aku mesti cari Ismail di sekolah sebelum kelas matematik, pinjam buku beliau dan tiru dengan laju"

tapi itu dulu lah kan. tapi tak bermaksud kau akan lupa sesuatu kalau takde jam tangan sebagai mekanisme yang mengingatkan. kau boleh cuba getah gelang, letak hanger di dalam baju ataupun tidak pakai seluar terus. mesti kau akan ingat apa yang kau nak ingat besoknya.

aku juga dah tak menggunakan jam tangan sekarang dalam menentukan masa. aku menggunakan matahari sepenuhnya. caranya adalah dengan membuka tingkap sebelum tidur (jangan buka sepenuhnya), kemudian letakkan sekeping majalah di sebelah anda tidur. apabila sedar dari tidur besok paginya kerana silau, angkat majalah dan menahan cahaya matahari tersebut sambil berkata "alamak!aaaa dah pukul berapa ni!"
begitulah option cara menentukan masa. (sila jangan amalkan)

tapi sekarang, tiap2 kali aku bangun tidur, tanpa memakai jam di sebelah kanan, tanpa sebarang mekanisme yang mengingatkan, aku akan pikir,
wah. aku sudah ada tunang.

seronoknya. hi hi hi

Thursday, March 5, 2009

subconscious mind adalah benda yang bahaya. dan juga menarik.

kamu tau siapa yang mengeluarkan term subconscious mind?

tak perlu tahu pun. kecuali kau memang perlu tahu untuk digunakan buat menjawab exam, menulis artikel dalam paper dan cuba kelihatan bijak, cuba menerangkan artwork surrealism kamu tuh, ataupun cuba menunjukkan kematangan semasa berborak dengan bakal bapa mertua.

ok. apa yang penting adalah maksudnya sekarang, ok. dan effectnya.

kalau ikut yang aku belajar dulu, contoh subconscious mind adalah di mana semasa kau tengah membaca contohnya, kau dengar bunyi jam dinding berdetik tapi kau tak sedar pun sebenarnya berapa kali ia berdetik. ia adalah keadaan separa sedar.

semua orang ada subconscious event masing2. kakak aku dalam masa2 nak tertidur dia akan berbunyi 'hek' sekali (macam bunyi tiup rekorder dalam masa 1/10 saat). lepas tu dia akan sedar balik dan tanya 'aku ada buat bunyi ape2?'. tapi yang jenis ni aku tak tau nak kategorikan dekat mana.

jika aku sedang telepon sape2 dalam jangkamasa yang agak lama, semasa aku tengah pegang pen dan kertas, aku akan menconteng tanpa sedar. serius. bila aku letak phone aku akan dapati pelbagai jenis corak muncul, geometrik, organik, bentuk motif jawa, motif sisik naga, dan tak kurang juga yang serabut2 seperti bulu dada Hisham Hj Rahim (oh, beliau jiran aku masa sekolah rendah, keturunan arab2 gitu)

tapi aku memang tertarik dengan benda yang diluar kawalan. sungguh unik. maksud aku mengenai 'benda di luar kawalan' adalah berkaitan dengan subconscious. tercirit dalam seluar bukan contoh untuk maksud aku. ya. cirit dalam seluar sikit pun tak unik.

kadang2 bila aku seorang diri melintasi tempat yang ramai, seperti di stesen bas, ataupun berjalan menuju kaunter kedai mamak, aku secara tiba2 mengeluarkan handset dan memandang hanset seperti tengah text somebody. tapi sebenarnya apa pun aku tak buat. mungkin aku cuba stabilkan diri aku yang bersendirian, terasa seperti diperhatikan atau..ntah la. aku unlock keypad, lock balik keypad, dan simpan balik dalam poket? ha, sila explain apa yang aku buat tuu? hahaha

aku pasti ramai lagi yang membuat sesuatu di luar kawalan. malah lebih aneh lagi kan. sila mengaku. aku tak dapat pikir contoh lain. banyak lagi sebenarnya.

aku tak tau yang ni dikira mcmane. mak aku kantoikan 2 orang adik aku tengah senyum menengok satu babak dalam movie 'ada apa dengan cinta'.

hahaha. feeling!

chow.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...