Tuesday, June 30, 2009

dalam 400 meter lagi nak kawin. tak lama dah.



(gambar ehsan Majlis Jalanraya Negeri Terengganu)

Sunday, June 28, 2009

eleh..aku malas nak layan je...

semalam tengah lepak kat mamak, datang budak2 urban melepak di meja sebelah.

"aku pakai D70 lama dah, masa orang lain tak pakai lagi" kata si A.

"ah, apa kelas D70, budak2 je pakai skarang ni" kata si B sambil membelek2 kamera dia. aku tak perasan pulak kamera dia tajuk apa. Nikon jugak kot.

"Professional pakai yang ni, D2Xs..ha ha" kata C pula, sambil ambik hujung tshirt, lap lap kamera beliau

seterusnya D pula menyambung "aku pakai EOS 50D, cukup. janji photographernya hebat. pakai mahal2 gila pun tak guna jugak kalau ambik gambar tak pandai”


aku terasa konflik dalam diri. perasaan ini lebih sukar dari memilih vitagen kaler ape yang ingin dibeli tiap2 kali van vitagen datang ke sekolah.

............

aku pusing belakang, tepuk kepala budak tu sambil berkata 'aku baru beli D24 seguni tadi, kenyang makan tau tak! siap boleh bagi jiran sebelah lagi dua-tiga bijik! hah! aku tak heran lah korang punya huruf D - huruf D tu!

(tulisan italic di atas ni menunjukkan aksi cemburu aku dalam hati saja.)

hui, risau jugak kalau kena belasah ngan budak2 urban.

lepas lepak minum aku jalan-jalan usha2 kedai kamera sorang2, lepas tu masuk kedai runcit sebelah beli vitagen kaler purple.

Saturday, June 20, 2009

credit untuk designer logo ini



logo yang mempunyai populariti mengalahkan bendera terengganu sendiri. aku perasan orang terengganu akan gunakan logo ini di kereta, t shirt ataupun apa saja. memang icon orang terengganu. kalau nak kira royalti, designer dia patut dah kaya raya. ada sape kenal designernya? kalau kenal cakap aku kirim salam, sebab mat rempit terengganu lebih prefer lekat logo ni berbanding sticker cupin.

itu saja.

Wednesday, June 17, 2009

fuyoo magic peringkat daerah

Dah pukul 11.30 pagi. aku masih lagi kat rumah Pu, tengah explore stor bapak dia kat belakang rumah. bapak dia cikgu Kemahiran Hidup, dan memang pandai bertukang, jadi memang banyak alatan bertukang kat belakang rumah dia. tukul, gergaji, pahat, tin susu semua ada. aku memang excited dengan peralatan mencipta mcm ni.lepas tu banyak kayu-kayu bersepah sekitar tu. Ada jugak sangkar burung merpati dan beberapa bawang hasil tanaman pu sendiri. jadi kesimpulannya belakang rumah pu agak penuh la, jadi tak boleh shuffle, nanti terpijak paku.

aku bergegas balik rumah, Kak Ti dah goreng mi untuk aku makan sebelum pegi sekolah. sambil dia membebel, dia hidang mi dalam pinggan. aku pegi mandi dan siap2 nak pegi sekolah. ya, aku sekolah petang, satu malapetaka untuk budak sekolah di musim tu, sebab pukul 4.30 ada Kesatria Baja Hitam dan pukul 5 ada gaban. special combo orang tua2 cakap. aku redha. aku pilih2 ayam, cedok mi goreng masuk dalam pinggan.

Lepas makan, aku pegi amik kasut sekolah kat belakang peti sejuk. sambil2 tu aku ambik udang kering segenggam letak dalam poket buat bekal sambil berjalan. aku berjalan keluar ke depan rumah tu, dari jauh dah nampak kelibat Pak Hing dengan beca beliau.

Su dengan Pu dah siap dengan baju sekolah lepak kat tepi beca. Pak Hing (beliau bukan cina. beliau Ibrahim, disebut dengan loghat kelantan)lepak, rilek dekat beca beliau sementara Ida sampai. aku, Pu, Ida dan Su naik beca pegi sekolah tiap2 ari. aku yakin boleh kira dengan jari sape yang ade pengalaman naik beca pegi sekolah. amacam confident tak?

Lepas aku deal dengan Pak Hing senyap2 kat bucu jalan, dia memutuskan aku yang boleh bergayut kat belakang beca ari tu, bukan Pu. (dekat belakang beca tu ada ruang boleh berdiri. memang thrill) baru aku nak berbangga dengan pu, datang motor aiskrim.

kitorang takde duit lebih hari tu kecuali Ida. Dia je yang beli aiskrim. kitorang tengok je cina tu scoop ice cream ke atas kon, lantas diberi pada Ida. Ida sengih. macam biasa, dia gigit bucu bawah kon dan sengih lagi kat kitorang.

Tiba2 Pak Hing bersuara, "Ida, nak tengok magic?"

Ida jawab nak. sebab Pak Hing selalu demonstrate magic. pernah sekali dia tunjuk magic telur keluar dari belakang telinga. aku kagum. betul.
Ida hangguk-hangguk kepala.

"tiup ikut bawah kon tu" kata Pak Hing.

Ida tiup.

----------------------

Beca pak hing berlalu pergi.
Hari sungguh panas.
aku bergayut senyap di belakang beca.
Tangisan Ida makin perlahan.
Nun di depan rumah aku tadi,
seketul aiskrim yang dicemari batu kerikil sudah cair di atas jalan raya.

Pak hing senyum gaya orang bersalah.

Wednesday, June 10, 2009

menempah maut di Pop Soda

masa tu aku form 1. aku ingat lagi, zaman2 peer pressure lebih2 lagi dok kat asrama. kalau tak ikut trend, kita boleh jadi makhluk asing.

dalam masa yang singkat, pengaruh2 senior mula menusuk otak2 kitorang yang separa naif. dah la sekolah aku memang diselubungi senioriti yang tinggi, senior lah yang berkuasa, senior lah yang jadi idola.

zaman tu, tak dapat dinafikan, zaman bootcut di Seremban. sape kaki seluar lagi besar lagi style. kalau boleh taknak bagi nampak kasut terus. kalau seluar untuk bergaya, mesti mau kain kotak2, tambah buckle dekat sini sana. poket kelawar kat belakang, tambah poket rahsia sikit kat tepi, boleh letak pen. (bergaya ke letak pen?)Aku memang tak tau ape2 pasal fashion masa tu, tapi ye lah kan, masuk kandang kambing, mengembek. tapi korang jangan confuse, mengembek bukan trend kat sekolah aku. itu peribahasa je, bodoh.

ok, untuk dapatkan seluar yang bergaya begitu, bukan senang. kena tempah. tempat tempah pun kena la pilih. masa tu, orang sibuk tempah kat pop soda, sebab 'brand' dan 'tagging' pun main peranan. pop soda? belasahlah. sebelum ni aku pakai seluar carrot cut je seumur hidup. dah rasa macam arnab pun ada. nasib baik aku dah buang label Dek-Dek kat belakang seluar tu, kalau tidak habis gua bro..gua tak tipu.

hari tu aku keluar dengan black. lepas pakai baju batik semua aku keluar bandar naik bas mini yang bagi chance kepada sape2 yang suka mencabar adrenalin, untuk duduk di tangga dan hulur kaki keluar. sampai di bandar kitorang jalan pegi Wisma Punca Mas, tempat mat rock-mat rock Somban lepak isap rokok kat depan Kodai Sopan sambil tunggu brader Joe alter jeans.

sampai je kat Pop Soda, aku terus pilih kain. aku pilih hijau yang berbeza sikit, nak lain dari orang lah katakan. lepas tokey tu ukur2 bahagian bawah aku (tolong jangan salah paham ye) dia pun tanya,

"bawah, berapa?"

"buat 25 inci la tokey. weh, Black, 25 ok?" aku tanya Black.

"Ok aa 25. 26 pun ok" jawab Black.

"Poket buat kelawar aa tokey, tepi pinggang letak buckle dua2 belah, lepas tu kat tepi letak poket rahsia muat2 Dunhil 7"

aku cakap siap2 sebelum tokey tu tanya.

lepas siap2 tokey tu potong bucu kain sikit, dan selotep kat buku dia. lepas tu dia tulis tulisan cina kat tepi kain tu. aku ada suspek-suspek jugak dia tulis 'si gemuk pendek punya seluar mau amik minggu depan' tapi aku macam ignore je sebab aku excited mengalami proses tempah seluar.

"Deposit lu mau bagi berapa?" dia tanya.

"Deposit mcmane tu tauke?" jawab aku, berpeluh.

"Deposit. Berapa mau bayar maa?" dia tanya lagi, sambil tengok aku.

"Deposit eh..emm mcmane aa"

Jantung aku berdegup kencang.
"aaaaa...." keluar bunyi mcm tu je dari mulut aku. aku tengok dia.

........

Black menyampuk mengisi kekosongan bunyi,
"Berapa kau nak bayar dulu la dia tanyaa..kau tak tau ke deposit tu apa?"

dia gelak bagai nak rak.

rupanya dalam umur 13 tahun, aku tak tahu deposit tu apa maksud dia. aku tak tau pun bahawasanya wujudnya sistem yang kena bayar dulu sikit mcm ni. aku pernah dengar, tapi aku ingat orang tua je yang kena tau. sialan. malu gila aku.

Dengan lemah aku menjawab "10 ringgit la dulu tauke"
sambil memerhatikan Black keluar bercerita dengan kawan2 aku kat luar sambil gelak melampau, bahawasanya aku tak tau perkataan deposit.

punah reputasi beb. gua baru nak pakai seluar tempah.

Monday, June 1, 2009

kadang2 kita rasa suasana ok tapi takde la ok mana.

ok la sementara aku takde cerita, jadi aku ceritakan cerita adik aku lah kat korang. lagipun dia macam dah pencen dalam arena blogging ni kot.

ceritanya mcm ni. (aku translate terus dari ayat adik aku)

ada sekali tu cik, (dia panggil aku cik, abang cik)
aku baru balik dari pasar malam, sorang sorang. jalan kaki ni, letih ni.

aku pun lalu depan foodcourt kat kolej aku tuh. aku nampak member aku. dengan awek dia. tapi dua2 aku kenal, awek dia pun member aku jugak. aku pun gi la tegur, lagipun aku ada makanan2 ringan pasar malam. boleh offer2 kongsi2.

"weh, dating tak ajak."

member aku sengih kat aku. aku pun duduk la lepak skali. borak2 ngan member aku. sambil makan keropok lekor. lepas tu aku tegur awek dia pulak,

"senyap je Salbiah, alaah aku tumpang kejap je. tak lari ke mananya boyfriend kau ni hah" (aku reka je nama dia. aku lupa. tapi memang bukan Salbiah)

tapi awek dia senyap je. tak layan aku. cis, nak kacau dating pun takleh. blah la.

aku pun sambung borak ngan member aku. lepas order teh ais, aku pun light rokok sebatang sambil usha2 awek di sekeliling. ye la, orang makin ramai memenuhi foodcourt ni. lagipun, sini je la tempat budak ni lepak malam2.

aku borak lagi ngan member aku, tapi aku perasan la awek dia mcm tak pandang kat aku langsung. senyap gila. sampai aku terpikir, eh aku ada tersilap cakap ke dalam kelas petang tadi dengan dia. takde pulak rasanya. sebelum ni aku lepak dengan diorang ok je. ah, fuck it.

tengah aku taip msg, member aku bangun jalan pegi stall nasik kat depan tu. pegi ambik nasik kot.

aku pun mula la nak buat2 borak la ngan awek dia, tapi awek dia tak tengok aku pun. aku pikir2 jugak nak buat lawak ape dengan dia ni. tapi, dia tengok bawah je. senyap. aku siap check lagi baju aku takut2 ada tertulis 'kalau kau tengok aku kau perempuan gatal' ataupun 'jangan pandang tetek saya' atau lebih teruk lagi 'awak tak perasan saya sebab awak perasan awak cantik'. ha ha

dalam masa tak sampai seminit,
PRAPPPPP..
tangan dia menepis gelas kat depan, habis terbalik air atas meja. dengan bunyi ais yang bertaburan, semua meja memandang aku. semua orang dalam jarak radius 3 meter senyap, berenti borak. aku tak tau nak buat ape, terus aku grab hanset aku kat atas meja tu, aku main tekan je apa2 nak cover situasi. kalkulator tak silap aku.
ya, ya, aku tekan extras>calculator.

dalam masa yang sama aku menghadap ke arah lain sikit, bagi nampak mcm aku takde kena mengena dengan dia. muka, senatural yang mampu.

babi, baru aku tau diorang tengah gaduh. dan aku yang terpaksa jadi balak ganti.
malu gila aku, cik. balak dia tah pegi ambik nasi kat mana. babiiii..

jadi, tu lah, check lah dulu sebelum singgah di tempat kawan yang tengah dating.

setelah adik aku habis bercerita, aku pun berkata
"bodo mu ni"

sekian.

jangan lupa melawat

ok, semua, biasalah aku kembali.

aku sekarang sibuk la kat ofis. tambah pulak dengan preparation kawin sekarang. ye la kan. nak kawin. duit tak banyak mana.

ok skip.

hah, maka aku telah membuka sebuah kedai design dan print di sini. tujuan aku tidak lain dan tidak bukan adalah merealisasikan idea2 aneh dari mereka2 yang aneh di dunia.

di samping itu, aku juga ingin mengaut keuntungan dari kerja mendesign sehingga layak bergelar kapitalis kelak. kemudian, hasil keuntungan itu, aku perjudikan di genting highland, dan duit menang judi itu akan aku guna untuk membeli kuda2 yang terlatih untuk bertanding dalam lumba kuda. najis kuda itu akan aku gunakan untuk menternak cacing. cacing2 ini pula akan dijual kepada mereka yang berminat dengan cacing. maka dengan keuntungan itu aku akan membelikan motor2 baru berkuasa tinggi kepada peragut2 di seluruh dunia, dengan syarat 50% daripada duit yang didapati dalam handbag makcik itu diberi kepada aku tiap2 kali meragut.

bukan senang nak dapat rezeki halal. kalau rezeki haram, tengok, senang je. so sila2 support benda baik2 ni ye.

ape ntah aku nak cakap.

oh ya. aku nak promote blog baru tu.
jangan lupa melawat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...