Thursday, August 11, 2011

memori lama - tulisan jawi

aku dah tak update blog sampai tahap melampau dah ni. berabuk dah space ni. lantak la. aku rasa nak tulis, aku tulis.

seriously aku tulis ni untuk aku baca sendiri nanti. boleh la aku isi masa lapang masa tua nanti.

teringat aku, masa kecik dulu kat sekolah. aku memang seorang yang serba tak lengkap, haru biru serba serbi -pencil box kosong. ada la habuk asah pensel sikit. stokin terbalik benang kat luar. poket seluar berminyak sebab simpan kuih. comot sial.

pernah sekali masa kelas agama, kitorang kena belajar tulis jawi. macam biasa, orang dah start buat kerja, aku pusing2 dulu check sape boleh bagi aku pinjam pensel. pensel kontot pun takpe. kalau pensel yang dah asah dua2 hujung aku kira bonus. dan macam biasa, last-last aku pinjam pensel farihan juga. dia baik. bapak dia peguam.

aku duduk balik kat tempat aku. ustazah pun dah macam bosan jeling aku. Baiklah ustazah! aku akan buktikan bakat aku dalam tulisan jawi. walaupun appearance aku mungkin selekeh dan bersepah, aku akan tunjukkan bahawa kerja aku kemas dan lancar, semurni hati tuannya. fikir aku sambil senyum dan tutup mata. bila aku bukak mata balik, ustazah tengah jeling. aku tunduk pasrah.

aku tulis dengan berhati-hati. Proportion tulisan jawi aku jaga. Lengkungan-lengkungan dibuat dengan lembut dan penuh seni seumpama pusingan orbit bulan yang sempurna.

sekali aku tersilap tulis. patutnya 'kof', aku buat 'kaf'. sudahh. Aku cari pemadam. takde. Adalah menempah maut kalau aku pusing-pusing lagi untuk carik pemadam. Macamana nak jadi pelajar contoh tulisan jawi macam ni? ..aku rilek jap, tenang. Aku seluk meja, jumpa getah gelang. Aku ikat beberapa kali pada belakang pensel. Betapa geniusnya aku. Aku senyum lagi.

aku padam perlahan-lahan. Walaupun tak seefektif pemadam sebenar, kesan pensil mulai hilang perlahan-lahan. Harapan aku berputik semula. yes. Aku tiup habuk-habuk kotoran - fuhh!

berderai air liur aku atas halaman buku bergaris.


-----------

next time, ustazah. next time.

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...