Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Friday, May 22, 2009

selingan sementara aku ada idea nak menulis.

"Don't talk like one of them. You're not! Even if you'd like to be. To them, you're just a freak, like me! They need you right now, but when they don't, they'll cast you out, like a leper! You see, their morals, their code, it's a bad joke. Dropped at the first sign of trouble. They're only as good as the world allows them to be. I'll show you. When the chips are down, these... these civilized people, they'll eat each other. See, I'm not a monster. I'm just ahead of the curve."

The Joker, Dark Knight(2008)

-----------------------------

Joker memang jahat,
tapi hidup memang begitu.

Thursday, April 23, 2009

kadang2 kita nak buat baik. tapi mcm tak payah kalau pikir balik.

ok. straight to the point lah ya. baru-baru ni aku asyik menulis topik berkenaan hati yang sensitif ini je. (chewah!) Nak kata aku banyak membaca novel novel seperti 'mengikis rindu' atau 'ombak cinta siti nurbaya' tidak pula. (ada ke novel tajuk mcm tu?) mungkin tengah musim mengawan kot. lantak la.

hari ini aku nak mengarang secara spontaneous lah, seronok sikit. persis tukang karut menynyi dikir barat. spontaneous. kan. bukan senang.

hari tu aku dari KL. Intan antar aku kat pekeliling nak balik Kuantan. aku dengan baju kemeja hitam, seluar panjang, rambut pun tercacak lagi. aku memang letih hari tu, tengahari pegi kenduri kawin Pendi ngan Noe, petang pegi itudio studio Anna untuk deal pasal tshirt (aku bukan deal mana pun, menyibuk je lebih). Dah la hujan lebat gila, dengan aku lipat seluar sampai lutut, aku pun jalan menuju ke bas.

sampai je dekat bas, takde orang lagi. cuma ada seorang pakcik ni. pakai kopiah, mata dia putih sebelah. (korang tak payah nak buat horror - horror, ini cerita biasa je) lepas tu pakcik tu datang terus salam ngan aku.

"ha, Awe, awe naik bas pukul brapo?" dia tanya aku.

"sayo ado bas doh pokcik" aku jawab. sebab aku budget dia ni ulat tiket la kan.

dia cakap pulak "bukan, pokcik pun naik bah ni jugok. cumo aritu pokcik mari kl tengok bola, berenti semaye di masjid, habih beg pokcik keno curi. pokcik tok nipu ni awe. jadi tu la nok mitok sumbange sikit, nok buat belanjo." dia pun sambung lagi "belajar lagi ko khijo doh?"

"khijo doh" aku jawab jujur (tak payah. korang tak payah memandai-mandai. aku sedar lagi la. aku bukan kena pukau. ni cerita biasa je)

lepas tu aku paham la dia nak mintak tolong. mana tau dia tak tipu. kesian jugak la. aku check wallet aku ada sekeping 50 ringgit, sekeping 5 ringgit, 2 keping not seringgit.

aku ambik 7 ringgit, aku bagi dia. ye la takkan aku nak bagi 50. dia ambik. lepas tu aku tanya dia "pakcik, tandas mana?"

"tandas kat belakang tu" dia jawab. dia tak cakap terima kasih pun. bukannya aku berharap pun, tapi, ye la. biar lah.

dia cakap lagi "cepat sikit pegi tandas tu, kang bas tinggal pulak"

aku pun lalu ikut lecak2 tu dalam kegelapan malam. hujan masih lagi renyai2. masih boleh nampak titisan air hujan dalam lingkungan cahaya lampu jalan. dah la tandas penuh. aku pulak dengan beg beratnye.

lepas tu aku patah balik ke bas. orang dah ramai sikit beratur depan bas. pakcik tu pun ada. confirm dia tak tipu, memang dia naik bas ni. sambil aku hisap rokok sebatang aku senyum kat dia.

sekali dia datang dekat, "ohh, awe isap rokok ko? rokok gapo isap?"

aku cakap "rokok dunhill." dalam hati aku pikir, ewah, bersolek orang tua ni, nak rokok tanya brand dulu. haha. tapi aku ok je, aku pass kotak kat dia. dalam tu ada 2 batang je lagi. dia ambik, aku pasangkan rokok dia.

lepas tu dia tunjuk kotak rokok aku tu kat aku. "ado sebate lagi awe"
memang la aku tau ada sebatang lagi. rokok aku.

dia cakap lagi "mari ko pokcik la sebate ni. nok buat bekal"

aku sengih je. aku cakap "ambik la". aku pun layan rokok, jauh sikit. time ni bas dah hidup enjin dah. bau karbon monoksida dah menusuk hidung. driver dah bukak pintu bas dan check ticket. sekali lagi pakcik tu datang kat aku.

"awe, tiket awe no brapo?" dia tanya.

aku pun jawab "2D".

dia cakap lagi "pokcik tiket 7C. tapi sebenarnyo pokcik tokleh dok alik belake ni, pening kepalo. Tukar tiket ngan pokcik deh..deh..deh"

perkataan deh deh deh tu bergema masuk ke dalam fikiran aku. aku tak paham la pakcik ni. dia nak apa sebenarnya. aku pun ambik tiket dia, tengok takut2 tiket tipu ke. aku tengok tarikh, time, semua betul. so aku pikir, tukar je lah. aku tak rugi apa2 pun. letak aku kat mana2 pun aku memang boleh tido. aku pun tukar tiket dengan dia.

takde pun ciri2 muka orang yang berterima kasih pada muka dia. ha ha. pelik aku. mungkin dia memang mcm tu kot.

nak dipendekkan cerita, aku pun tido lah malam tu. memang aku letih. aku tau2 je aku dah sampai station bus kuantan. sementara aku tunggu member aku sampai, aku jalan pegi mamak sebelah tu, aku order teh o suam. aku lepak situ. tiba2 aku nampak lagi pakcik tu. masa dekat KL tadi dia ada cakap dia nak turun tengah jalan je, dekat permatang badak. tapi ni dah sampai kuantan dah ni.

aku terperasan dia tengok aku! aku terus pandang dalam teh o. siot..dia nampak aku..dia nampak aku. aku buat2 mcm ngantuk, tapi aku memang perasan di menghampiri aku..sekali dia dah tegur daa..

"laaa...awe ado lagi?!!"

aku pun cakap "eh, pokcik ado lagi?" tapi aku takde la pelawa minum ke apa ke. aku buat2 taip message kat henfon. padahal aku lock, unlock, lock, unlock.

pakcik tu pun cakap "awe, buleh ko pinje telepong, pokcik nok telepong sedaro pokcik la, nok suruh mari ambik di stesen bas ni. terlajok takdi"

akhirnya, selepas beberapa dugaan, aku tewas.

"tokleh telepon ni pokcik, takdok kredit"

pakcik tu pun blah. jalan sampai aku tak nampak dia. rasa bersalah pun ade jugak. ye la, bagi pinjam phone sekejap je pun. sikit je lagi.

kalau la dia tu malaikat, aku dah fail test ni.

God, forgive me.
aku tak mampu nak pecaya SEMUA manusia zaman ni.

nasib baik test aku ni boleh tahan lagi. kalau kena 'penguin test' mcm si perempuan jomblo kena? macamna nak buat?

chow

Wednesday, April 15, 2009

pengumuman berani mati : tell her that i love her

hai. aku nak cepat ni.
sibuk sikit.

jadi mcm ni lah.
16 April, Khamis, adalah harijadi tunang gua - Intan.

sebelum ini, tiap2 tahun, aku akan plan benda dan hadiah yang surprise2 untuk beliau.
tapi tahun ni, aku dok jauh, tak cuti, busy dan takde duit.
mesti dia budget ada surprise tahun ini. kesian dia.

jadi ini adalh pengumuman berani mati dari lelaki macho seperti aku:


sesiapa yang terbaca entry/blog ini (tidak kiralah dia kenal aku ataupun tidak, atau dia sebenarnya tengah search perkataan 'gemuk bogel' atau sebagainya)
pada 16 April atau sebelumnya,
sms lah beliau di 019 62***** dan ucapkan happy birthday.
and tell her i love her.

tq kawan2.

itu saja hadiah yang aku boleh bagi.
happy birthday intan.

Monday, April 13, 2009

hoi..lajunya browsing. sini, sini baca ni dulu.

Aku dapat email dari kawan bertajuk ‘slow down’. Email ini buat aku berfikir juga lah. email dia cerita pasal dunia ni dah laju sangat. jadi aku pun nak elaborate versi aku lah.

Semua benda berlaku dengan amat pantas sekarang. Kau tak risau? Naik lrt sini, sekejap sudah sampai sana. Member naik flight di sini, sekejap sudah sampai di sana. Drive thru sekejap sudah boleh makan, drive thru sekejap sudah boleh makan. Eh, berapa kali aku tulis pasal drive thru?

Sungguh bahaya. Kadang kadang aku fikir ianya macam melanggar fitrah.

Degupan jantung kita ada tahapnya. Tak perlu dilajukan. Tak ada kelebihan. Apa yang penting, gunakan ia sebaiknya semasa ia masih berdegup.

Kadang2 bila kita naik keretapi, kita terlampau pikirkan tempat yang dituju. Sampai kita lupa untuk menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan.

Hari tu aku ada terfikir. Menghasilkan sesuatu yang seni, dapat memperlahankan hidup kita yang terlampau laju. Buat painting, contohnya. Biarkan ia ambil masa kita dari dunia yang laju. Selagi kita tidak dapat hasil seperti diinginkan, selagi itu ia akan curi masa kita. Mungkin sebab tu la kot, orang kata orang yang ada hobi lebih susah mendapat stress, sebab otak dia ada masa untuk slow down. Memang, masa itu emas. Jadi spend lah emas anda dengan baik. Jangan spend cepat2 nanti tersilap kira.

Maksud aku dengan ‘cuba menjadi perlahan’ bukanlah dengan memandu perlahan. Lebih2 lagi di lane sebelah kanan. Bukan juga maksud aku tak perlu cepat2 pergi appointment. Perlahan sikit. Cool down. Bukan juga maksud aku, berjalan perlahan di dalam crowd pasar malam, sebab aku memang benci kalau ada orang berjalan perlahan dalam crowd kat pasar malam. Aku selalu kena tukar step sebab takut tersepak kaki beliau. Susah tau tak. Secara fizikalnya kita memang kena cepat juga kadang2, tapi dari segi minda, dan soul jom kita slow down sikit.

Hari hari dengar grindcore, dengar la jazz pulak ye tak.

Berkenaan dengan laju, ada sekali tu aku tengah minum2 dengan member aku di Hakim seksyen 7 lama. (aku tak suka Hakim baru sebab dia pasang audio kuat sangat – nak borak pun kena jerit2). Tengah lepak tu sekali ada orang hon motor ‘TIIINNNNNNNNNNNN’. Dalam 4 harakat jugak la. Jadi, kitorang satu meja pun pandang la ke arah bunyi tersebut. Ada sorang awek tengah duduk di kaki lima kat tepi tu. Kat depan dia ada sorang lelaki tengah duduk atas skuter, pakai helmet. Dari gaya nampak macam si perempuan tu awek kepada laki tu. Tapi aku pikir la kenapa nak bye-bye pun kena picit hon lama-lama ke? Depan2 pulak tu.

Lepas tekan hon, laki tu tengok kitorang, sebab kitorang memang tengah tengok dia pun. Dia tutup visor, start motor, terus press motor laju gila.

Laju gila.

Setelah berfikir dua tiga minit. Kami sependapat yang, dia nak tekan starter tapi tertekan hon.

Hahahaha.

Laju = malu
=tak payah laju2.

chow

Sunday, April 5, 2009

L.O.V.E - puisi cinta abad ke 21 di mana duit lebih penting daripada senyum kepada jiran.

cina,
ditambah dengan huruf T,
itu cinta,
literally cinta.

cinta,
bukannya berciuman,
bukannya berpegangan tangan,
bukannya berpelukan.
(sahaja) ha ha!

tanpa idea,
cuba berbual dengan makcik cleaner,
itu cinta.

pamkan tandas,
kesan penguna-penguna yang guna last,
dengan ikhlas,
cinta.

ketawa paksa,
mendengar lawak pakcik jual laksa,
yang tak kelakar mana,
itu cinta.

senyum,
pada orang yang tak perasan pun kau senyum,
hahaha malu! bodoh!
tapi itu pun cinta.

menangis,
tengok berita sedih dan tragis,
itu cinta - pasti,
at least kau alert dengan situasi,
sebab berita datang dan pergi.

telefon kawan-kawan yang goblok,
beritahu perkhabaran road block,
takut RXZ disita,
itupun cinta. membabi buta.
soundtrack : 'wei kalau tak merempit mati ke? babi! nak gi kedai beli santan je pun!'

walaupun hodoh,
walau kau kata 'bodoh!',
kawan itu ketawa,
kau gelak juga,
aku rasa, itu pun cinta.

tolong kumbang yang malang mendaki,
dari dalam sinki,
menggunakan berus gigi,
kecil-kecilan pun, cinta.

berdebar,
bila mendapat idea penting,
tidak sabar,
nak memulakan painting,
cinta juga,
kan?

sembahyang,
dan merasakan diri suci,
walaupun baru beberapa kali,
cinta hakiki,
tidak palsu,
manusia kan bernafsu.

terdetik,
bila lihat landscape yang cantik,
cinta juga dik.

lap kereta baru dan mahal,
sampai nipis catnya,
cinta material,
cinta juga.

dowh,
jangan geli la bodoh,
semua orang bercinta,
cuma faham atau tidak saja,
kalau faham, lebih senang,
bila-bila pun,
di situasi menang-menang.

don't escape,
adapt.

haris abadi.
6 April.
cubaan menulis puisi tanpa mengetahui :
wujudkah format atau formula untuk puisi?
fuck. i don't care.
do remind me sometimes.

Saturday, April 4, 2009

hidup sekali sahaja. kenapa mengeluh?

ok. sebagai entry, aku akan ceritakan pasal kisho. sebab aku call dia ari tu dia cakap 'bila mu nak tulih pasal aku natang?'

kisho adalah member aku. haris abadi palsu. dah 5 tahun beliau menggunakan nama betul aku sebagai nick name ym beliau. cis. siap student aku jumpa nama aku tengah berbual dalam chatroom sedangkan aku sedang tekun buat portfolio pengajaran di meja study.

ok lah. kisho adalah berbulu orangnya. pakai spek. pernah sekali aku pegi rumah kakak aku dengan kisho, sampai pukul 4 pagi lalu tido di ruang tamu. lepas tu aku dikejutkan oleh anak buah aku, Ilham yang umur 3 tahun.
dia tanya aku 'cik, sape ni?' sambil tunjuk dekat kisho.
aku cakap 'kawan cik..nama dia kisho'.
dia tanya lagi 'tissue?'.
aku tergelak sikit, aku jawab 'kisho'.
seterusnya dia cakap
'macam orang je..'.
terus aku bangun sebab nak gelak. ha ha ha memang rasa nak gelak lagi.

ye Ilham, memang dia orang.

dah la tu. ok berkenaan tajuk di atas, aku saja je nak trigger perkataan tu ke dalam otak korang. lagipun lama dah tak menulis. untuk pengetahuan korang, aku adalah seorang bekas tendangan UTM suatu masa dulu. student Landscape Architecture. maksud aku student Landscape Architecture yang bermasalah. Aku pergi kelas lewat, ponteng kelas, main mesin kuda, main snooker dan tido.

tiap tiap petang, aku akan pegi cc di Taman U yang bernama IO studio. macam biasa orang yang akan ada kat kerusi luar cc tersebut adalah fuad dan kisho. jadi kami akan mulakan discussion mengenai Landscape Architecture dan arts di luar cc tersebut. aku tak nafikan bahawa discussion kitorang memang ilmiah dan mencabar, walaupun biasanya discussion itu diselitkan dengan lawak2 tak membina dan cerita2 lucah nusantara. menjadi seseorang dalam kelompok arkitek2 radikal memang membuatkan aku ingin jadi radikal. dalam projek2 studio aku seterusnya, aku banyak mencabar kefahaman2 landskap konvensional sampaikan lecturer aku tak suka aku. ye lah, kalau datang kelas tiap2 hari tu takpela jugak. lepas tu nak melawan pulak.

dengan result aku yang tak seberapa, dan cuba melawan dlam projek2 studio, aku akhirnya ditendang. sedih tak? hehe. Projek terakhir aku buat di UTM adalah landscape design untuk area Sentul - Manjalara. Aku buat presentation bentuk komik. lecturer aku cakap 'siapa ajar mcm ni?'.

aku simpan lagi presentation board tu. sape2 berminat nak beli, aku jual RM2000 sekeping.

aku balik rumah lepas tu. tak cakap ngan bapak aku sebulan. aku buat lawak pun dia tak gelak. memang kental dia..(roy, roy, hati kau keras roy!) sampai la aku dapat offer masuk UiTM pulak baru la dia cakap dengan aku.

so bapak aku selalu tanya. 'apa kau dapat kat UTM?'
aku tak tau nak jawab mcm mane. takkan la aku nak jawab 'macam-macam dapat. saya selalu buat discussion di IO studio petang2 dengan kisho dan fuad.'

dan, takkan la aku nak jawab 'dapat macam-macam. saya pernah dapat rm30 masa bet kuda 1-5 aritu'

so aku tak jawab la biasanya. kadang2 aku tension. sedih pun ada. duit mak bapak habis menghantar aku mengajar. of course la kan, diorang expect the best dari aku. tapi kadang2 aku macam fikir, let me get the experience abah. let us get the experience. kakak dan abang aku dah bergerak secara smooth, biar la aku bengkang bengkok sikit.

ok lah, at least aku dapat rasa perasaan failure dalam hidup. ya lah, hidup sekali saja. kenapa mengeluh.

boleh cuba lagi next time!

Monday, March 30, 2009

handphone aku hilang (lagi)

hari tu aku stay up bengkel sampai pukul 12 lebih. sebab studio art & design nak buat opening ceremony/ re-launching la kot. ahh. tak penting. yang penting, aku blah nak gi minum, tertinggal handphone kat meja luar, aku patah balik, handphone sudah tiada. jadi aku redha je la.

ah ngantuk la pulak. nanti la aku buat entry baru. aku takde idea. pening.

kawan2 sekalian, sila tinggalkan no phone boleh tak. susah la aku nak contact.
aduh. nak call awek pun susah mcm ni.

eh, tunang.

bye

Monday, March 23, 2009

aku sudah ada tunang

hai semua. apa khabar. lama dah aku tak menaip. kadang2 aku nak menaip tapi sebab internet mcm sial jadi aku tak menaip. kadang2 idea aku hilang begitu saja. kadang2 aku dah cuba pastikan aku ingat semua idea2 yang terlintas dengan tiba2 tetapi apabila nak menaip, semua mcm menyorok. cis!

semasa aku kecik, kalau aku nak ingat sesuatu pagi besoknya, aku akan tukar pakai jam kat tangan kiri (aku biasa pakai jam tangan kanan). jadi jika aku bangun besok pagi, aku akan berkata :

"wah wah wah mengapa aku pakai jam di tangan kiri? oh ya! aku mesti cari Ismail di sekolah sebelum kelas matematik, pinjam buku beliau dan tiru dengan laju"

tapi itu dulu lah kan. tapi tak bermaksud kau akan lupa sesuatu kalau takde jam tangan sebagai mekanisme yang mengingatkan. kau boleh cuba getah gelang, letak hanger di dalam baju ataupun tidak pakai seluar terus. mesti kau akan ingat apa yang kau nak ingat besoknya.

aku juga dah tak menggunakan jam tangan sekarang dalam menentukan masa. aku menggunakan matahari sepenuhnya. caranya adalah dengan membuka tingkap sebelum tidur (jangan buka sepenuhnya), kemudian letakkan sekeping majalah di sebelah anda tidur. apabila sedar dari tidur besok paginya kerana silau, angkat majalah dan menahan cahaya matahari tersebut sambil berkata "alamak!aaaa dah pukul berapa ni!"
begitulah option cara menentukan masa. (sila jangan amalkan)

tapi sekarang, tiap2 kali aku bangun tidur, tanpa memakai jam di sebelah kanan, tanpa sebarang mekanisme yang mengingatkan, aku akan pikir,
wah. aku sudah ada tunang.

seronoknya. hi hi hi

Wednesday, February 25, 2009

diari aku semasa berumur 6 tahun. by memory. by heart.

aku bukan orang yang suka menulis. aku lebih kepada orang yang suka melukis. jadi tak mustahillah aku tak pernah ada diari seumur hidup aku. jadi bila wujudnya teknologi yang membolehkan kita berdiari di dalam alam komputer, aku terus berkecimpung. berkecimpung. cimpung. kecimpung. kelakar kan bunyi dia. berkecimpung.

ok lah, biar je. bukan itu tajuk cerita aku. haa..kembali kepada diari. aku rasa kan orang yang ada diari mesti seronok boleh baca balik apa yang diorang pernah tulis di satu timeframe yang lain. mesti dia teringat balik, dulu dia suka buat ape, pernah buat apa, pernah sepak sape dan sebagainya. aku jeles tau tak. cuba bayangkan kau tulis diari sejak umur 4 tahun. dalam umur 27 tahun try baca balik. gila! mesti best gila!!

jadi aku try recall balik. kalau aku ada diari semasa 6 tahun, mungkin salah satu dari pagenya berbunyi begini:

(12 disember 1988. cuti sekolah. lepak kat kampung)

9 am. aku bangun lambat hari ni. bangun2 je katun dah habis. frust aku. nenek aku tgh sapu karpet guna penyapu lidi. terpaksa la aku bangun sebab tinggal toto aku je kat ruang tamu tu. orang lain semua dah bangun. check seluar dulu. ah, tak kencing malam. nasib baik. rumah dah jadi berhabuk. sebab cahaya masuk. kalau cahaya tak masuk mungkin habuk tu tak nampak pun.

10.am dekat setengah jam aku mandi telaga. nenek aku tgh kukur kelapa. dia bagi aku 'tumbung' yang tumbuh dalam kelapa tua tu. sedap gila tak tipu! aku pakai baju cepat sebab kak yah ajak pegi beli roti canai di kedai nani.


12am. balik tadi aku dah makan, jadi aku keluar balik pegi kedai pokyan (beliau cina) beli tikam. hampa aku. tak dapat pistol mainan yang diidamkan. semuanya bertulis 'terima kasih'. jadi aku beli chewing gum beruang, asam merah yang bulat besar tu, dan air oren botol cap ayam. masa pokyan pegi ambik baki, aku curi sticker street fighter satu.

2pm. aku tgh tulis diari tiba2 ali anak sanusi panggil ajak main. dia cakap nak ajak pegi rumah mak su mah tepi sungai, tangkap ketam. aku malas la nak tulis diari lagi mcm ni. aku nak main. main la seronok


---------------------------

sejak ari tu aku tak tulis diari lagi.

apa ni?

Thursday, February 19, 2009

kali ini aku tribute kepada intan. korang geli pun gelilah. aku tak peduli

cerita kali ni mungkin akan membuatkan setengah2 orang geli. kategori abang2 katang dan mat rempit pasti akan muntah mendengar cerita kali ini. tapi, ye la kan, korang ganas, aku tak ganas. nak buat mcmane.

intan. adalah girlfriend aku. namanya cantik tuan pun cantik. (ah, susah juga ye menulis pasal awek dan dalam masa yang sama cuba menjadi macho). aku sudah dua tahun lebih dengan intan. lama tak lama juga la.

jadi beginilah. ceritanya memang kompleks. karakter aku adalah karakter yang bermasalah, aku susah bangun tido, selekeh, jarang2 shave, tidak istiqamah, suka mengutip balik cikedis yang jatuh dan sebagainya. karakter ini agak kontra dengan intan. dia senang bangun tido, tidak selekeh, membiarkan saja cikedis yang jatuh dan banyak lagi. dulu semasa tengah hangat bercinta, aku senang bangun tido tiap kali dating. selalu hensem2 semasa dating. kini aku dah tak macam tu (kata intan lah). kata intan, aku sekarang seronok di Kuantan, sudah tak ingat dkt dia sangat, ramai kawan2 perempuan baru di sini dan telefon pun sudah jarang2 (kata intan lah)

haa. bagaimana tu tuan puan. bagaimana ya membuktikan cinta?

aku pernah buat satu teori. teori itu namanya teori mainan baru. analoginya macam ni lah : bila kita beli satu mainan baru masa kecik dulu, kita akan obses gila dengan benda tu. kita tido dengan mainan tu, pegi sekolah pun bawak mainan tu, etc. tapi bila lama sikit, kita jadi mcm biasa je. mainan pun tah ke mana. tangan tercabut, kaki kat bawah cushion, dan sebagainya lah.

jadi, aku sudah aware pasal benda ni dari awal2 dulu. aku tau tiap kali kita mengalami sesuatu yang baru, kita akan rasa excitement tu menguasai kita. Orang yang tak mampu mengalami dan memahami proses teori mainan baru ini akan berubah fikiran, perasaan dan banyak lagi. tapi aku sudah aware.

jadi aku harap intan tahu apa yang aku buat di sini tidak akan menggangu gugat jiwa ini. ehem!

betul intan. tak tipu. kalau tipu saya sanggup dikenakan hukuman 'dikejar anjing di atas mozek yang licin hanya dengan berstokin'

jika aku ada sebiji epal, aku akan bagi intan epal itu. jika aku ada dua biji epal, aku akan bagi epal yang lebih baik kepadanya. aku rela sacrifice seluruh masa muda tanpa menggatal, mengorat, bercinta. hanya kerana dia. aku rela tidak mempunyai experience dengan 4,5 ex girlfriend atau 45 girlfriend sekaligus, hanya kerana dia. aku rela mempunyai girlfriend pertama dan girlfriend terakhir yang sama, juga kerana dia. (gila! ayat kencang!)

mcmane ye. intan.

kini aku kurang telefon dia. hanya telefon apabila perlu. jumpa juga agak susah. kerana jauh. apatah lagi untuk membuat surprise2 seperti dulu. mungkin aku perlu buat penambahbaikan mulai hari ini. bagaimana ya. bagaimana ya.

apa yang penting? ..kerjaaaasama..

sekian.

Thursday, January 29, 2009

aku bekerja..kini..aneh..

semasa aku darjah 3, aku mengeja perkataan bekerja dengan 'r'. iaitu berkerja. oleh kerana mak aku adalah cikgu bahasa melayu, jadi aku sedar kesalahan aku apabila dia tegur.

tapi kini aku betul2 sudah bekerja. tak kira bekerja atau berkerja, sama saja. aku sudah berkerjayakah?
kini, aku ada perasaan yang sangat neutral. tak tau jika aku suka, atau tak suka. masih dalam mode percubaan aku. tapi nampaknya positif.

namun kadang2 aku terasa sebahagian dari lyric lagu metric - handshakes yang berbunyi:

'drive this car to go to work,
go to work to pay for this car'

aku harap student aku paham aku ajar apa.
sebab aku mahu 'pay for this car' dengan halal.

sekian.

Saturday, January 10, 2009

hai, bertemu lagi kita.. (tak nak berboikot?)

aku memang tidak berniat untuk berenti blogging. jadi selalulah datang melawat ya.

baru2 ni aku sangat sibuk masuk ke tempat kerja baru yang menukar rutin aku sekali lagi. jika biasanya aku berak pukul 10 pagi, kini aku berak pukul 7 pagi. namun itu hanya sekadar contoh. manusia mana yang berak mengikut piawaian masa begitu sekali?

bekerja menjadi pensyarah tidak memaksa aku bersyarah 24 jam. aku cuma jadi cikgu sahaja. nanti bila aku mampu memiliki komputer nanti, aku akan tulis perihal menjadi cikgu ini. tapi bukan sekarang lah. sekarang sibuk lagi, seluar dalam pun masih belum cukup lagi.baru ada 4 helai. dalam seminggu kita ada tujuh hari. sila notice ya, diri sendiri.

kini aku rajin belek suratkhabar di setiap pagi bekerja. aku selalu baca dan ambik tahu pergolakan in Gaza (ya memang itu tajuk utama masa kini, kau pun tau kan). walaupun aku tau, pemboikotan secara sementara hanya memberi kesan buruk pada orang2 local, namun aku boikot juga perlahan2. tak boleh buat banyak aku buat sikit. setakat ini aku boikot coke dulu. boikot, maksud aku, adalah berhenti menggunakannya secara total. mari ikut saya kawan2.

jadi sebagai bahan merapu dalam entry ini, aku mencadangkan tiada siapa yang memboikot nasi goreng USA sebab yang masak tak lain tak bukan orang siam juga. tiada kaitan dengan USA pun.



dan juga ayam ini. mereka innocent. walaupun di kelantan setengah orang panggil mereka dengan nama ayam israel.

boikot apa yang patut. dan jangan lupa istiqmah.

Tuesday, December 30, 2008

aku pun hendak pergi Korea!!!

family aku akan pegi korea bulan 2 bersama family 'buruh' (sila rujuk komen2 aku). tetapi aku tidak pergi. tadi kakak aku telah uploadkan di blog beliau gambar2 anak buah aku yang sudah mengambil gambar passport. hahaha



aku juga ingin ke sana dan main salji dengan mereka. aku dengar dari belakang pintu mereka bisik2 mengenai skating dan snowboard tah ape2 lagi. cis!

aku harap aku menang grand prize pertandingan video crocs yang aku masuk hari tu.
tengok video lakonan 3 minit aku itu di sini.
(right click pada url di page tersebut dan 'save link as' jika mahu download)
tolong doakan aku ya semua.

aku mau main salji dengan Am dan Ichan.

walaupun tajuk blog ini gemuk yg optimis, kadang2 aku kecundang dengan KFC.

ok semua. aku malas nak pikir panjang2. aku tulis ala kadar je lah. sekadar nak melepaskan nafsu blogging aku. (ish..toghuut)

seperti tajuk yang di atas, aku ingin mendedahkan saat2 aku menjadi seorang pessimist. secara analoginya beginilah. jika aku lihat gelas yang ada air separuh di dalamnya, aku takkan pikir sama ada ianya half empty mahupun half full. aku akan fikir ianya harus diletakkan sirap dan ice, lantas melegakan tekak aku yang kering.

itu adalah satu sedutan ringkas berkenaan prinsip, dan statement 'si gemuk yg optimis'.
optimis dengan cara aku sendiri.

siapa yang berbangga2 bahawa badannya gemuk? selain Afdlin Shauki, aku tidak pernah jumpa orang lain. gemuk biasa dikaitkan dengan penyakit, kemalasan, seluar yang terselit di celah bontot dan banyak lagi. aku? aku pun tak pasti aku harus menyebelahi siapa.

pernah sewaktu di UTM dulu. seorang kawan menyuruh aku duduk dengan posisi 'tahyat akhir'.

aku pun buatlah, menyangkakan dia akan buat magic.

lantas dia kata 'haa tengok lutut kanan kau tak sentuh karpet. maknanya kau gemuk..
lemak terkepit celah paha.'

ohh sungguh berhelah teknik mengukur kegemukan beliau (Ladynoe. tunang kau harus bertanggungjawab!!)

aku pernah cuba diet. aku selalu juga berjogging ke kedai fast food yang terdekat.
sebenarnya..kau tahu, aku tidak kisah kau cuba sogok aku dengan friday's atau tony roma's sekalipun. jika aku bukan in the mood, aku akan tolak juga. (ada orang mahu offer?)

tapi, aku tidak tahu mengapa aku tidak mampu menahan bau KFC.
dan tiap kali aku ke kaunter KFC, hati aku akan berkata :

'cuba kau perhatikan gambar di atas..dinner plate adalah paling memuaskan. ditambah pula dengan cheesy wedges'

aku lantas menjawab 'ahh..dua ketul sudah mencukupi! tadi kan sudah makan nasi kerabu dgn solok tadi, selepas menghabiskan mee goreng sarapan pagi..sudah lupakah?'

lalu aku membayar untuk dinner plate dan cheesy wedges.

selepas aku makan ayam seketul aku biasanya akan berkata kepada adik aku 'pih, lain kali kita kena nekad! 2 ketul pun susah nak habis'
lalu adik aku akan berkata 'ya..kita takkan ikut nafsu lagi!'

begitulah trip ke KFC setiap kali.

jadi kesimpulannya, misi aku dalam menjadi optimis selalunya digagalkan oleh Colonel Sanders dengan berjaya.

aku tak dapat pastikan main point aku di sini. tapi setakat ini, itulah benda yang aku nak cerita. nafsu yang berulang2. sungguh bahaya.

jika kawan aku menyuruh aku duduk tahyat akhir sekali lagi dengan umpan belanja KFC, mungkin aku fikir 2 kali.

mari beristiqamah!

Monday, December 29, 2008

haris abadi. kau kenal?

(jika tak mau masuk campur, usah baca!)

semasa aku kecik, aku rasa nama aku sungguh pelik. aku anggap mak aku bersalah atas nama aku yang pelik ini. haris abadi. oh..aku tak dapat bayangkan bagaimana aku akan pakai name tag tertulis nama begini apabila ke pejabat kelak. betul ni aku tak tipu. memang aku rasa begitu dulu.

aku berfikir dua tiga kali apabila hendak meletak nama betul di blog. ye lah mana tau tiba2 JAIS call aku kerana aku mencarut secara pukal di blog. tapi takpelah. mungkin boleh jumpa kawan2 lama dengan pendedahan ini.

setiap kali aku pergi ke kaunter2 dan pejabat kerajaan untuk pendaftaran dan lain2, aku akan dengar soalan yang biasa dari mulut mereka 'adik ebby abadi ke?'. tolonglah siapa2 yang akan berkenalan dengan aku nanti jangan tanya soalan yang sama, kerana aku rasa nak ambik marker dan tulis di pipi mereka 'EBBY ABADI HANYALAH NAMA GLAMOUR BELIAU'.

setiap kali aku dengar lagu rock kapak pula, ada saja perkataan 'abadi' dalam lirik. cuba kau fikirkan satu. mesti ada. aku sudah bosan, tiap2 kali perkataan 'abadi' berkumandang, kawan aku akan berpaling secara mengejut ke arah aku dan membuat gaya 'tupai yang kaget terlihat lampu kereta yang menuju laju'. buat biasa sudah la.

semasa aku belajar di UTM dulu, ada seorang kawan telah menggunakan nick 'haris abadi' untuk account yahoo beliau. sampai la ke sekarang. dah 9 tahun?!!
aku plan dalam minggu ni aku akan pegi ke wangsa maju dan mengutip royalty dari beliau. jadi sesiapa yang pernah berkenalan dengan haris abadi di dalam alam cyber, itu bukan aku. aku tidak suka2 menggatal di internet. hahaha

cikgu matematik aku semasa darjah 4, cikgu zamrah, suka panggil aku dengan nama haris forever dulu. ingat saya batman ke cikgu? tapi dia cool. kelakar.

semasa aku bersekolah di pasir mas, kawan2 aku panggil aku bedi, dengan tanda sabdu pada huruf B. berbunyi bbedi seperti dalam contoh ayat berikut :
"hello..bbedi? mukasurat berapo khijo skoloh?"


dalam umur 13, aku mula suka dengan nama aku. sungguh bangga.

skarang kau kenal siapa haris abadi?

=p/s aku selalu menganggap jika kita senyum dan mengucapkan 'terima kasih' kepada penjaga tol yang berlainan seramai 100 orang, kita akan mendapat nasib baik.

Tuesday, December 23, 2008

mari menjadi baik #2

hari ini aku bercita2 menjadi pakar motivasi.

sebelum ini aku hanya ingin menjadi orang luar biasa, digilai wanita, melukis ala-ala salvador dali dan membikin video clip tekno-aneh ala-ala daft punk, dan mencari perhatian.

tapi akhirnya tersangkut dengan sistem, hidup di tempat yang tiada pantai dan mempunyai rutin harian yang membosankan. sama macam kau. ya! kita harus ubah rutin sekali sekala. perubahan itu pula haruslah meninggalkan kesan.

baik. mari kita mulakan.
semua berdiri ya. tarik nafass..
katakan YA!! dalam satu nafas. ya, sambil tumbuk orang di sebelah!
berikan semangat kepada mereka!

aku menyarankan perubahan rutin secara random. tiada prioritical order ya.

#1
-pernah ucapkan 'i love u' pada mak dan ayah anda? cuba hari ini. orang putih senang2 saja cakap (di dalam filem2 yg aku tgk). orang melayu juga mampu. ah, kau bukan brutal sangat pun. cakap dengan awek leleh2. habis kredit mintak duit ngan mak. fuck la..ah! maaf..maaf..apa? siaran langsung? ya..ya..saya jaga bahasa..

#2
-banyak duit baru2 ni? cari sesiapa yang sedang minta sedekah di tepi jalan dan ajak dia lepak di kedai terdekat. belanja dia makan. at least dapat memberi satu hari yang berlainan kepada beliau. dan kepada diri kau sendiri.

aku serius la ni.

#3
ambil kertas dan tulis begini

saya : hai, baru balik kerja? bagaimana hari ini? ok? kamu tertekan? mengapa?
anda:

tampal di dalam lif (jika anda tinggal di rumah2 tinggi)
update selalu.

#4
ambil sebatang kayu, dan berjalan ke arah kucing dengan perlahan2. ready untuk menghayun kayu tersebut ke kepala kucing. apabila kucing tersebut kaget dan bersedia untuk lari, campakkan kayu dan berikan beliau ikan goreng. (aku pun tak tau terapi jenis apakah begini)

#5
beli voucher makanan di mana2 outlet makanan, tampalkan pada dinding2 tempat2 awam berserta note 'hanya disediakan untuk orang yang benar2 lapar. jika anda masih mampu membeli makanan, sila jangan usik'

lakukan sebulan sekali apabila mendapat gaji dari sistem yang bosan itu.

#6
telefon kawan2 yang betul2 lama tidak jumpa. dan buatkan mereka gembira.

#7
vandalismakan no top up yang masih belum digunakan di dinding2 dan public phone yang rosak. dan jangan lupa tulis 'untuk kegunaan kecemasan sahaja'

#8
contact aku. belanja makan. atau doakan aku saja.

Thursday, December 18, 2008

aku pasif.

aku sungguh pasif. aku tidur banyak dan aku mendapat banyak masalah, hanya dengan satu tabiat tersebut. sungguh menyedihkan.

aku tidak pernah bergaduh (maksud aku bertumbuk) sejak kecil. ini kerana tidak ada orang pernah ajak aku bertumbuk. namun walaupun aku tidak bertumbuk, aku ada pengalaman2 tersendiri yang mematangkan aku. tidak perlu bertumbuk untuk jadi hebat. tapi pastikan badan anda sihat selalu dengan mengamalkan senaman.

tetapi aku jarang bersenam. sangat jarang. damn.

masalahnya aku bukan jenis yang agresif. aku tidak akan semena2 pergi menyepak perut anjing yang sedang lepak di tepi jalan. bukan. aku bukan begitu.

lama betul tidak panjat pokok (perenggan ini tiada kaitan langsung dengan entry)

aku seorang yang semasa kecilnya, akan membuat 'kubu' dari cushion2 kerusi dan lepak di dalam. itu saja. aku suka sense of enclosure begitu.

aku merasa cemas dan terancam jika semasa aku sedang berak, aku terperasan ada labah2 besar di dalam tandas. walaupun jauh dari aku, aku takkan provoke ia dengan pancutan air..oh tidak..

aku juga risau jika ada katak yang sedang memperhatikan aku di sudut tandas. (di kampung aku banyak katak yang melepak di sudut tandas) aku tak tipu, aku akan tutup kemaluan aku dengan tangan. bahaya! dia mungkin sangkakan ia cacing! (atau anaconda)

aku tidak suka anjing. lebih2 lagi anjing yang menyalak. aku akan tutup tingkap kereta jika memandu perlahan di sebelah anjing. namun aku tiada masalah dengan Snoopy. sebab dia juga pasif.

namun, dalam mengalami kelemahan2 ini, aku suka. biarlah begitu.

aku tak mahu jadi agresif. orang2 agresif sangat annoying.
janji aku gembira sudah. sekian.

...

Wednesday, December 17, 2008

faizal husin. dia ok

tadi aku melepak di mamak seorang diri lepas menghantar barang. selepas mengorder teh o ais, aku pandang2 kiri dan kanan tengok orang.

setelah puas pandang orang, aku pandang tv pula. oh yes, gila2 remaja.

lama juga tak tengok cerita ni. aku layan. teringat masa kecik, balik sekolah bukak tv, ada gila2 remaja. aku tengok dengan keinginan yang sama macam jebon, ingin menjadi faizal husin. aku buka baju sekolah pukul 4 hari tu.

aku tergelak dengan kuat beberapa kali di kedai mamak itu. sungguh cool hero melayu dulu.
dengan rambut panjang belah tengah, dan meninggalkan beberapa helai di dahi sebagai fringe yang macho, jaket kulit berwarna hitam (dan kadang2 merah). beliau mengikut trend semasa, mampu breakdance, menggilai suzy yang berkening tebal dan berbaju aerobik. mempunyai sidekick yang kelakar dan cocky. kuzi contohnya, walaupun mempunyai nama seperti masakan, namun adalah seorang kawan yang setia dan nakal. roy juga mempunyai nama yang ringkas, azroy bin azlan. dia berkawan dengan bangsa2 lain juga. si roy adalah seorang yang bijak, memakai air force one, bermain yoyo dengan rakan yang juga cool, semestinya. roy tidak salah memilih musuh, iaitu farouk. farouk juga adalah musuh negara. ber'port' di rumah buruk yang mempunyai graffiti burung gagak yang juga buruk, dan ada berkotak2 kokain di dalam rumah tersebut (kayanya!).
roy juga prihatin, melawat remy di penjara, membeli kuih dan air kotak, malah menyucuk straw kepada remy. menderma darah kepada awek, mengajak kawan2 turut menderma darah, dan akhirnya menjadi pelajar terbaik. fuh! apa lagi yang kau nak?

dia memang seorang icon. setaraf dengan micheal j fox.

faizal husin. dia memang ok.

Saturday, December 13, 2008

mari menjadi baik

assalamualaikum.

bagaimana? baik bukan?
mulai hari ini aku akan mulakan blog aku dengan assalamualaikum. kerana ingin dikenali sebagai blogger muslim. si muslim gemuk yang optimis? oh mungkin tak sesuai. si gemuk yang muslim? mungkin terlalu muallaf bunyinya. jadi cukup sekadar salam je lah.

hari ini aku ingin mengajak para pembaca yang sengaja/terbaca entry ini agar menjadi baik. bukan secara islamiah saja. baik kepada sesiapa saja. termasuk menolong makcik melintas jalan. makcik sape aku tak tau. janji makcik.

baiklah.aku mengaku aku bukan dalam mood mengarang sekarang.

tapi nak mengajak korang jadi baik. contohnya senyum semasa membayar kepada penjaga tol yang sedang menunggu shiftnya habis, dan buat muka macam taik (ah, maaf! terkasar bahasa)

dan bayarkan tol untuk kereta belakang. pasti hati rasa gembira. cubalah!

aku tak pernah.

Friday, December 12, 2008

neraka untuk benda

jika ada neraka untuk benda,

aku rasa,

benda pertama yang masuk ke dalamnya adalah duit.
sebab karna duitlah punca segala kejahatan. duit yang membentuk sistem kehidupan manusia.

duit ingin jadi tuhan. ingin manusia mengikutnya. ingin menjadi the measure of all things.

Benda kedua yang masuk neraka adalah bonggol2 jalanraya yang terlampau tinggi.

Namun, bonggol mungkin sudah tidak dipedulikan sangat di dalam neraka. tidak penting.
kerana duit sudah masuk terlebih dahulu. syaitan2 sudah mengamalkan politik wang dalam neraka.

lebih baik duit masuk ke dalam wallet aku.
aku pastikan ia masuk syurga (syurga untuk benda)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...