Showing posts with label sinikal. Show all posts
Showing posts with label sinikal. Show all posts

Friday, May 22, 2009

selingan sementara aku ada idea nak menulis.

"Don't talk like one of them. You're not! Even if you'd like to be. To them, you're just a freak, like me! They need you right now, but when they don't, they'll cast you out, like a leper! You see, their morals, their code, it's a bad joke. Dropped at the first sign of trouble. They're only as good as the world allows them to be. I'll show you. When the chips are down, these... these civilized people, they'll eat each other. See, I'm not a monster. I'm just ahead of the curve."

The Joker, Dark Knight(2008)

-----------------------------

Joker memang jahat,
tapi hidup memang begitu.

Monday, April 13, 2009

hoi..lajunya browsing. sini, sini baca ni dulu.

Aku dapat email dari kawan bertajuk ‘slow down’. Email ini buat aku berfikir juga lah. email dia cerita pasal dunia ni dah laju sangat. jadi aku pun nak elaborate versi aku lah.

Semua benda berlaku dengan amat pantas sekarang. Kau tak risau? Naik lrt sini, sekejap sudah sampai sana. Member naik flight di sini, sekejap sudah sampai di sana. Drive thru sekejap sudah boleh makan, drive thru sekejap sudah boleh makan. Eh, berapa kali aku tulis pasal drive thru?

Sungguh bahaya. Kadang kadang aku fikir ianya macam melanggar fitrah.

Degupan jantung kita ada tahapnya. Tak perlu dilajukan. Tak ada kelebihan. Apa yang penting, gunakan ia sebaiknya semasa ia masih berdegup.

Kadang2 bila kita naik keretapi, kita terlampau pikirkan tempat yang dituju. Sampai kita lupa untuk menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan.

Hari tu aku ada terfikir. Menghasilkan sesuatu yang seni, dapat memperlahankan hidup kita yang terlampau laju. Buat painting, contohnya. Biarkan ia ambil masa kita dari dunia yang laju. Selagi kita tidak dapat hasil seperti diinginkan, selagi itu ia akan curi masa kita. Mungkin sebab tu la kot, orang kata orang yang ada hobi lebih susah mendapat stress, sebab otak dia ada masa untuk slow down. Memang, masa itu emas. Jadi spend lah emas anda dengan baik. Jangan spend cepat2 nanti tersilap kira.

Maksud aku dengan ‘cuba menjadi perlahan’ bukanlah dengan memandu perlahan. Lebih2 lagi di lane sebelah kanan. Bukan juga maksud aku tak perlu cepat2 pergi appointment. Perlahan sikit. Cool down. Bukan juga maksud aku, berjalan perlahan di dalam crowd pasar malam, sebab aku memang benci kalau ada orang berjalan perlahan dalam crowd kat pasar malam. Aku selalu kena tukar step sebab takut tersepak kaki beliau. Susah tau tak. Secara fizikalnya kita memang kena cepat juga kadang2, tapi dari segi minda, dan soul jom kita slow down sikit.

Hari hari dengar grindcore, dengar la jazz pulak ye tak.

Berkenaan dengan laju, ada sekali tu aku tengah minum2 dengan member aku di Hakim seksyen 7 lama. (aku tak suka Hakim baru sebab dia pasang audio kuat sangat – nak borak pun kena jerit2). Tengah lepak tu sekali ada orang hon motor ‘TIIINNNNNNNNNNNN’. Dalam 4 harakat jugak la. Jadi, kitorang satu meja pun pandang la ke arah bunyi tersebut. Ada sorang awek tengah duduk di kaki lima kat tepi tu. Kat depan dia ada sorang lelaki tengah duduk atas skuter, pakai helmet. Dari gaya nampak macam si perempuan tu awek kepada laki tu. Tapi aku pikir la kenapa nak bye-bye pun kena picit hon lama-lama ke? Depan2 pulak tu.

Lepas tekan hon, laki tu tengok kitorang, sebab kitorang memang tengah tengok dia pun. Dia tutup visor, start motor, terus press motor laju gila.

Laju gila.

Setelah berfikir dua tiga minit. Kami sependapat yang, dia nak tekan starter tapi tertekan hon.

Hahahaha.

Laju = malu
=tak payah laju2.

chow

Sunday, April 5, 2009

L.O.V.E - puisi cinta abad ke 21 di mana duit lebih penting daripada senyum kepada jiran.

cina,
ditambah dengan huruf T,
itu cinta,
literally cinta.

cinta,
bukannya berciuman,
bukannya berpegangan tangan,
bukannya berpelukan.
(sahaja) ha ha!

tanpa idea,
cuba berbual dengan makcik cleaner,
itu cinta.

pamkan tandas,
kesan penguna-penguna yang guna last,
dengan ikhlas,
cinta.

ketawa paksa,
mendengar lawak pakcik jual laksa,
yang tak kelakar mana,
itu cinta.

senyum,
pada orang yang tak perasan pun kau senyum,
hahaha malu! bodoh!
tapi itu pun cinta.

menangis,
tengok berita sedih dan tragis,
itu cinta - pasti,
at least kau alert dengan situasi,
sebab berita datang dan pergi.

telefon kawan-kawan yang goblok,
beritahu perkhabaran road block,
takut RXZ disita,
itupun cinta. membabi buta.
soundtrack : 'wei kalau tak merempit mati ke? babi! nak gi kedai beli santan je pun!'

walaupun hodoh,
walau kau kata 'bodoh!',
kawan itu ketawa,
kau gelak juga,
aku rasa, itu pun cinta.

tolong kumbang yang malang mendaki,
dari dalam sinki,
menggunakan berus gigi,
kecil-kecilan pun, cinta.

berdebar,
bila mendapat idea penting,
tidak sabar,
nak memulakan painting,
cinta juga,
kan?

sembahyang,
dan merasakan diri suci,
walaupun baru beberapa kali,
cinta hakiki,
tidak palsu,
manusia kan bernafsu.

terdetik,
bila lihat landscape yang cantik,
cinta juga dik.

lap kereta baru dan mahal,
sampai nipis catnya,
cinta material,
cinta juga.

dowh,
jangan geli la bodoh,
semua orang bercinta,
cuma faham atau tidak saja,
kalau faham, lebih senang,
bila-bila pun,
di situasi menang-menang.

don't escape,
adapt.

haris abadi.
6 April.
cubaan menulis puisi tanpa mengetahui :
wujudkah format atau formula untuk puisi?
fuck. i don't care.
do remind me sometimes.

Saturday, April 4, 2009

hidup sekali sahaja. kenapa mengeluh?

ok. sebagai entry, aku akan ceritakan pasal kisho. sebab aku call dia ari tu dia cakap 'bila mu nak tulih pasal aku natang?'

kisho adalah member aku. haris abadi palsu. dah 5 tahun beliau menggunakan nama betul aku sebagai nick name ym beliau. cis. siap student aku jumpa nama aku tengah berbual dalam chatroom sedangkan aku sedang tekun buat portfolio pengajaran di meja study.

ok lah. kisho adalah berbulu orangnya. pakai spek. pernah sekali aku pegi rumah kakak aku dengan kisho, sampai pukul 4 pagi lalu tido di ruang tamu. lepas tu aku dikejutkan oleh anak buah aku, Ilham yang umur 3 tahun.
dia tanya aku 'cik, sape ni?' sambil tunjuk dekat kisho.
aku cakap 'kawan cik..nama dia kisho'.
dia tanya lagi 'tissue?'.
aku tergelak sikit, aku jawab 'kisho'.
seterusnya dia cakap
'macam orang je..'.
terus aku bangun sebab nak gelak. ha ha ha memang rasa nak gelak lagi.

ye Ilham, memang dia orang.

dah la tu. ok berkenaan tajuk di atas, aku saja je nak trigger perkataan tu ke dalam otak korang. lagipun lama dah tak menulis. untuk pengetahuan korang, aku adalah seorang bekas tendangan UTM suatu masa dulu. student Landscape Architecture. maksud aku student Landscape Architecture yang bermasalah. Aku pergi kelas lewat, ponteng kelas, main mesin kuda, main snooker dan tido.

tiap tiap petang, aku akan pegi cc di Taman U yang bernama IO studio. macam biasa orang yang akan ada kat kerusi luar cc tersebut adalah fuad dan kisho. jadi kami akan mulakan discussion mengenai Landscape Architecture dan arts di luar cc tersebut. aku tak nafikan bahawa discussion kitorang memang ilmiah dan mencabar, walaupun biasanya discussion itu diselitkan dengan lawak2 tak membina dan cerita2 lucah nusantara. menjadi seseorang dalam kelompok arkitek2 radikal memang membuatkan aku ingin jadi radikal. dalam projek2 studio aku seterusnya, aku banyak mencabar kefahaman2 landskap konvensional sampaikan lecturer aku tak suka aku. ye lah, kalau datang kelas tiap2 hari tu takpela jugak. lepas tu nak melawan pulak.

dengan result aku yang tak seberapa, dan cuba melawan dlam projek2 studio, aku akhirnya ditendang. sedih tak? hehe. Projek terakhir aku buat di UTM adalah landscape design untuk area Sentul - Manjalara. Aku buat presentation bentuk komik. lecturer aku cakap 'siapa ajar mcm ni?'.

aku simpan lagi presentation board tu. sape2 berminat nak beli, aku jual RM2000 sekeping.

aku balik rumah lepas tu. tak cakap ngan bapak aku sebulan. aku buat lawak pun dia tak gelak. memang kental dia..(roy, roy, hati kau keras roy!) sampai la aku dapat offer masuk UiTM pulak baru la dia cakap dengan aku.

so bapak aku selalu tanya. 'apa kau dapat kat UTM?'
aku tak tau nak jawab mcm mane. takkan la aku nak jawab 'macam-macam dapat. saya selalu buat discussion di IO studio petang2 dengan kisho dan fuad.'

dan, takkan la aku nak jawab 'dapat macam-macam. saya pernah dapat rm30 masa bet kuda 1-5 aritu'

so aku tak jawab la biasanya. kadang2 aku tension. sedih pun ada. duit mak bapak habis menghantar aku mengajar. of course la kan, diorang expect the best dari aku. tapi kadang2 aku macam fikir, let me get the experience abah. let us get the experience. kakak dan abang aku dah bergerak secara smooth, biar la aku bengkang bengkok sikit.

ok lah, at least aku dapat rasa perasaan failure dalam hidup. ya lah, hidup sekali saja. kenapa mengeluh.

boleh cuba lagi next time!

Monday, March 30, 2009

handphone aku hilang (lagi)

hari tu aku stay up bengkel sampai pukul 12 lebih. sebab studio art & design nak buat opening ceremony/ re-launching la kot. ahh. tak penting. yang penting, aku blah nak gi minum, tertinggal handphone kat meja luar, aku patah balik, handphone sudah tiada. jadi aku redha je la.

ah ngantuk la pulak. nanti la aku buat entry baru. aku takde idea. pening.

kawan2 sekalian, sila tinggalkan no phone boleh tak. susah la aku nak contact.
aduh. nak call awek pun susah mcm ni.

eh, tunang.

bye

Monday, February 9, 2009

saja nak suruh korang jeles. itu saja

baru2 ini aku pergi 'family day' bersama-sama ahli2 art & design kolej. aku agak gembira jugak sebab aku tengah in the mood untuk bersama alam sekitar. maksud aku alam sekitar yang natural lah kan. bukan alam sekitar yang berbentuk konkrit dan segi empat.

aku telah pergi camping di Lata Jarum, Ulu Dong, Raub. (perhatikan, nama tempat tersebut memang Ulu Dong. Bukannya aku cuba cakap Indonesia. paham).
korang patut try pegi tengok. scenery cantik. fresh. dan boleh ambik gambar untuk buat painting. ataupun ambik gambar untuk frame gambar tersebut. eh?

ah..apa? korang kerja di bandar? yang ada KLCC tu? oh kesiannya.
bukannya aku nak condemn kemajuan. tapi tempat2 begitu macam takde 'soul' la.
sekali sekala ok la. mintak maaf kalau terkasar bahasa.

aku rasa aku dah tak pandai sangat la nak tulis blog skarang. tensen betul.
lain kali aku tulis lagi. jadi, tanpa membuang masa, biar aku letak gambar intro sekeping dua. barulah tujuan aku tercapai.

ah..sialan. aku tak berjaya upload gambar. internet problem ni.

takpe..takpe..
esok aku upload. aku nak balik.

Thursday, January 29, 2009

aku bekerja..kini..aneh..

semasa aku darjah 3, aku mengeja perkataan bekerja dengan 'r'. iaitu berkerja. oleh kerana mak aku adalah cikgu bahasa melayu, jadi aku sedar kesalahan aku apabila dia tegur.

tapi kini aku betul2 sudah bekerja. tak kira bekerja atau berkerja, sama saja. aku sudah berkerjayakah?
kini, aku ada perasaan yang sangat neutral. tak tau jika aku suka, atau tak suka. masih dalam mode percubaan aku. tapi nampaknya positif.

namun kadang2 aku terasa sebahagian dari lyric lagu metric - handshakes yang berbunyi:

'drive this car to go to work,
go to work to pay for this car'

aku harap student aku paham aku ajar apa.
sebab aku mahu 'pay for this car' dengan halal.

sekian.

Tuesday, December 30, 2008

walaupun tajuk blog ini gemuk yg optimis, kadang2 aku kecundang dengan KFC.

ok semua. aku malas nak pikir panjang2. aku tulis ala kadar je lah. sekadar nak melepaskan nafsu blogging aku. (ish..toghuut)

seperti tajuk yang di atas, aku ingin mendedahkan saat2 aku menjadi seorang pessimist. secara analoginya beginilah. jika aku lihat gelas yang ada air separuh di dalamnya, aku takkan pikir sama ada ianya half empty mahupun half full. aku akan fikir ianya harus diletakkan sirap dan ice, lantas melegakan tekak aku yang kering.

itu adalah satu sedutan ringkas berkenaan prinsip, dan statement 'si gemuk yg optimis'.
optimis dengan cara aku sendiri.

siapa yang berbangga2 bahawa badannya gemuk? selain Afdlin Shauki, aku tidak pernah jumpa orang lain. gemuk biasa dikaitkan dengan penyakit, kemalasan, seluar yang terselit di celah bontot dan banyak lagi. aku? aku pun tak pasti aku harus menyebelahi siapa.

pernah sewaktu di UTM dulu. seorang kawan menyuruh aku duduk dengan posisi 'tahyat akhir'.

aku pun buatlah, menyangkakan dia akan buat magic.

lantas dia kata 'haa tengok lutut kanan kau tak sentuh karpet. maknanya kau gemuk..
lemak terkepit celah paha.'

ohh sungguh berhelah teknik mengukur kegemukan beliau (Ladynoe. tunang kau harus bertanggungjawab!!)

aku pernah cuba diet. aku selalu juga berjogging ke kedai fast food yang terdekat.
sebenarnya..kau tahu, aku tidak kisah kau cuba sogok aku dengan friday's atau tony roma's sekalipun. jika aku bukan in the mood, aku akan tolak juga. (ada orang mahu offer?)

tapi, aku tidak tahu mengapa aku tidak mampu menahan bau KFC.
dan tiap kali aku ke kaunter KFC, hati aku akan berkata :

'cuba kau perhatikan gambar di atas..dinner plate adalah paling memuaskan. ditambah pula dengan cheesy wedges'

aku lantas menjawab 'ahh..dua ketul sudah mencukupi! tadi kan sudah makan nasi kerabu dgn solok tadi, selepas menghabiskan mee goreng sarapan pagi..sudah lupakah?'

lalu aku membayar untuk dinner plate dan cheesy wedges.

selepas aku makan ayam seketul aku biasanya akan berkata kepada adik aku 'pih, lain kali kita kena nekad! 2 ketul pun susah nak habis'
lalu adik aku akan berkata 'ya..kita takkan ikut nafsu lagi!'

begitulah trip ke KFC setiap kali.

jadi kesimpulannya, misi aku dalam menjadi optimis selalunya digagalkan oleh Colonel Sanders dengan berjaya.

aku tak dapat pastikan main point aku di sini. tapi setakat ini, itulah benda yang aku nak cerita. nafsu yang berulang2. sungguh bahaya.

jika kawan aku menyuruh aku duduk tahyat akhir sekali lagi dengan umpan belanja KFC, mungkin aku fikir 2 kali.

mari beristiqamah!

Sunday, December 28, 2008

kau ingat mamak tu friendly ke?

perkara ini pernah terjadi dulu. kawan aku berjalan ke kaunter mamak untuk membayar. juga menuju kaunter, seorang lelaki (lelaki A) berjalan mendahului member aku dan berdiri di depan kaunter untuk membayar.

lelaki A menghulurkan kertas yang bertulis jumlah yang perlu dibayar.


mamak menekan2 butang mesin cashier sambil melihat kertas.

Mamak : duduk mana?

Lelaki A : (sambil membelek2 balang gula2) hah?

Mamak : duduk mana?

Lelaki A : Taman Pulai Utama.


Mamak : ....


Mamak : meja mana duduk?

Lelaki A : oh.. aa meja hujung sana..


member aku telah menggigit kolar baju untuk menahan perasaan.

ok, sesetengah mamak memang friendly. tetapi tidak semua.
lebih baik berhati2.

Thursday, December 25, 2008

santa claus, merry christmas.

macam biasa, bangun pagi tadi aku hisap rokok sebatang. sebenarnya tak la pagi sangat. pukul 11.30. (aku dah semayang subuh ok)

aku keluar tengok kasut aku. ya, stokin aku masih lagi dalam kasut, nampaknya santa tak sanggup nak keluarkan. ah, santa..sia2 aku jadi budak baik.

dulu masa kecik, aku biasa bangun pagi dan tengok stokin aku tergantung dengan objek di dalamnya. sumpah aku tak tipu. tapi aku dah tau ape benda sebab aku sendiri yang masukkan. suratkhabar. cepat sikit kering stokin tu. biasa la. aku memang last minute dari kecik. mak aku dah tunggu dalam kereta baru aku ingat kasut sekolah kat belakang peti sejuk lagi.

ahh st. nicholas, kau dah tipu kami, budak2 yang baik!
merry christmas untuk orang2 yang merayakannya.

bye

Tuesday, December 23, 2008

mari menjadi baik #2

hari ini aku bercita2 menjadi pakar motivasi.

sebelum ini aku hanya ingin menjadi orang luar biasa, digilai wanita, melukis ala-ala salvador dali dan membikin video clip tekno-aneh ala-ala daft punk, dan mencari perhatian.

tapi akhirnya tersangkut dengan sistem, hidup di tempat yang tiada pantai dan mempunyai rutin harian yang membosankan. sama macam kau. ya! kita harus ubah rutin sekali sekala. perubahan itu pula haruslah meninggalkan kesan.

baik. mari kita mulakan.
semua berdiri ya. tarik nafass..
katakan YA!! dalam satu nafas. ya, sambil tumbuk orang di sebelah!
berikan semangat kepada mereka!

aku menyarankan perubahan rutin secara random. tiada prioritical order ya.

#1
-pernah ucapkan 'i love u' pada mak dan ayah anda? cuba hari ini. orang putih senang2 saja cakap (di dalam filem2 yg aku tgk). orang melayu juga mampu. ah, kau bukan brutal sangat pun. cakap dengan awek leleh2. habis kredit mintak duit ngan mak. fuck la..ah! maaf..maaf..apa? siaran langsung? ya..ya..saya jaga bahasa..

#2
-banyak duit baru2 ni? cari sesiapa yang sedang minta sedekah di tepi jalan dan ajak dia lepak di kedai terdekat. belanja dia makan. at least dapat memberi satu hari yang berlainan kepada beliau. dan kepada diri kau sendiri.

aku serius la ni.

#3
ambil kertas dan tulis begini

saya : hai, baru balik kerja? bagaimana hari ini? ok? kamu tertekan? mengapa?
anda:

tampal di dalam lif (jika anda tinggal di rumah2 tinggi)
update selalu.

#4
ambil sebatang kayu, dan berjalan ke arah kucing dengan perlahan2. ready untuk menghayun kayu tersebut ke kepala kucing. apabila kucing tersebut kaget dan bersedia untuk lari, campakkan kayu dan berikan beliau ikan goreng. (aku pun tak tau terapi jenis apakah begini)

#5
beli voucher makanan di mana2 outlet makanan, tampalkan pada dinding2 tempat2 awam berserta note 'hanya disediakan untuk orang yang benar2 lapar. jika anda masih mampu membeli makanan, sila jangan usik'

lakukan sebulan sekali apabila mendapat gaji dari sistem yang bosan itu.

#6
telefon kawan2 yang betul2 lama tidak jumpa. dan buatkan mereka gembira.

#7
vandalismakan no top up yang masih belum digunakan di dinding2 dan public phone yang rosak. dan jangan lupa tulis 'untuk kegunaan kecemasan sahaja'

#8
contact aku. belanja makan. atau doakan aku saja.

Friday, December 12, 2008

neraka untuk benda

jika ada neraka untuk benda,

aku rasa,

benda pertama yang masuk ke dalamnya adalah duit.
sebab karna duitlah punca segala kejahatan. duit yang membentuk sistem kehidupan manusia.

duit ingin jadi tuhan. ingin manusia mengikutnya. ingin menjadi the measure of all things.

Benda kedua yang masuk neraka adalah bonggol2 jalanraya yang terlampau tinggi.

Namun, bonggol mungkin sudah tidak dipedulikan sangat di dalam neraka. tidak penting.
kerana duit sudah masuk terlebih dahulu. syaitan2 sudah mengamalkan politik wang dalam neraka.

lebih baik duit masuk ke dalam wallet aku.
aku pastikan ia masuk syurga (syurga untuk benda)

what's up with that W, man?

hari ini aku benar2 demam dan tidak pergi ke ofis.
leher aku sakit kerana tersilap tido smalam namun aku dok sorang2 kat rumah, jadi tiada orang yang akan panggil aku dari belakang dan aku juga tidak akan berpaling kepadanya seperti robocop. ah..leher aku betul2 sakit.

aku baru bermain2 di ruang internet tadi masuk-keluar myspace, masuk-keluar blogger, dan aku jumpa banyak huruf W yang disalah guna. aku pelik.

come on la wei..

takpew law..sukew atiw korang law nak menaip macam manew pown..
aku sajew jew...

jew?

rosak budak sekarang.

Monday, December 1, 2008

duduk, regangkan badan dan lihat



duduk dan tengok gambar ini.
sudah berapa lama kau duduk di kerusi tu?

hisap rokok dan minum coke.

tak mau berjumpa dengan pantai?
risau juga takut2 kau mati di bandar yang sibuk.

hahaha.

Sunday, November 30, 2008

ah dunia, kenapa begini?

susahnya hidup di dunia sekarang.

walaupun baik hati, tetap tidak dihormati kalau tiada wang.
walaupun jujur, tetap merasa susah berbanding mereka yang pecah amanah.
terlampau baik, dipijak orang.
memandu perlahan, dilanggar orang.
menderma dengan ikhlas, tidak boleh bayar tol pula.
bersikap peramah, ditipu orang.

rindu betul pada bau rumput selepas dipotong.
dan bunyi bacaan quran dari speaker masjid pada pagi jumaat.
corak cadar dalam bilik di kampung.

ingin tidur awal dalam gelap, berselimut, di waktu hujan.
dengan latar belakang muzik yang tenang.

ingin baring di permukaan air dan mendengar bunyi nafas sendiri. melihat awan bergerak. tak kisah jika air masuk ke telinga.

ingin berbasikal selepas hujan. di mana jalan masih basah dan wujud bayangan pada lopak.

ingin menangis juga.

ingin makan di bawah pokok. tidak kisah pun makan apa. tetapi pokoknya rendang.
dan tidak lupa, angin yang bertiup secara random. tidak seperti kipas meja.

ingin melukis sehingga siap dan puas.

ingin berpijak di pasir pantai. tanpa desakan masa.

ingin mandi telaga sambil melihat lumut pada telaga. dan melihat ayam dan itik berjalan di tepi telaga. sejuk air telaga mampu bertahan di dalam minda, berpuluh tahun lamanya.

ingin minum kopi, bersama kawan2 terbaik.

ah banyaknya yang diinginkan aku.
tapi aku perlu penuhi apa yang manusia lain inginkan dulu dari aku.

kerana ingin disayangi manusia. dan tuhan.

ah dunia, kenapa begini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...