Monday, June 1, 2009

jangan lupa melawat

ok, semua, biasalah aku kembali.

aku sekarang sibuk la kat ofis. tambah pulak dengan preparation kawin sekarang. ye la kan. nak kawin. duit tak banyak mana.

ok skip.

hah, maka aku telah membuka sebuah kedai design dan print di sini. tujuan aku tidak lain dan tidak bukan adalah merealisasikan idea2 aneh dari mereka2 yang aneh di dunia.

di samping itu, aku juga ingin mengaut keuntungan dari kerja mendesign sehingga layak bergelar kapitalis kelak. kemudian, hasil keuntungan itu, aku perjudikan di genting highland, dan duit menang judi itu akan aku guna untuk membeli kuda2 yang terlatih untuk bertanding dalam lumba kuda. najis kuda itu akan aku gunakan untuk menternak cacing. cacing2 ini pula akan dijual kepada mereka yang berminat dengan cacing. maka dengan keuntungan itu aku akan membelikan motor2 baru berkuasa tinggi kepada peragut2 di seluruh dunia, dengan syarat 50% daripada duit yang didapati dalam handbag makcik itu diberi kepada aku tiap2 kali meragut.

bukan senang nak dapat rezeki halal. kalau rezeki haram, tengok, senang je. so sila2 support benda baik2 ni ye.

ape ntah aku nak cakap.

oh ya. aku nak promote blog baru tu.
jangan lupa melawat.

Monday, May 25, 2009

kamu ada buat? #1

segmen 'kamu ada buat?' adalah segmen yang ringkas.
direka untuk aku, agar aku boleh selalu update blog dengan benda2 yang ringkas dan boleh kita kongsi bersama. mungkin juga kamu takkan setuju. tapi, itulah kan,

aku peduli apa.

[?] tiap2 kali aku berhadapan dengan skrin, tak kira skrin kecil atau besar, aku selalu mengecheck sama ada aku sudah clearly melihat screen. contohnya semasa menonton bola di screen di kedai makan. dengan kewujudan orang2 yang besar di meja depan, aku selalu check dengan menutup mata kiri dan mata kanan. kadang2 sebelah mata aku sudah dapat melihat keseluruhan screen, tapi mata sebelah lagi tertutup sedikit dengan rambut orang hadapan. maka, hasil tontonan adalah sedikit tak puas hati. jadi, aku selalu buat 3D check yang begitu.

kamu ada buat?

Friday, May 22, 2009

selingan sementara aku ada idea nak menulis.

"Don't talk like one of them. You're not! Even if you'd like to be. To them, you're just a freak, like me! They need you right now, but when they don't, they'll cast you out, like a leper! You see, their morals, their code, it's a bad joke. Dropped at the first sign of trouble. They're only as good as the world allows them to be. I'll show you. When the chips are down, these... these civilized people, they'll eat each other. See, I'm not a monster. I'm just ahead of the curve."

The Joker, Dark Knight(2008)

-----------------------------

Joker memang jahat,
tapi hidup memang begitu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...