Tajuk blog kali ni ada kaitan sikit dengan kenapa aku guna jujur dan radikal sebagai nama web blogspot ni. Jujur, penting ke?
Ceritanya bermula masa aku darjah 4. Venue - dalam bilik darjah. Masa - di antara kelas. Beberapa pelajar tengah lepak sementara cikgu datang (tapi biasanya mengharap cikgu tak masuk la). Seorang member aku memulakan cerita..(telah dialih bahasa dari bahasa kelantan)
"semalam mak aku demam, dia suruh aku masak nasi..kena la aku masak nasi. ingatkan susah..senang je..kau pernah masak nasi?" kata beliau pada kami.
"pernah..senang je.." kata si A
"pernah la..masak sambal tumis pun aku boleh.." jawab si B
"pernah la" kata aku (perhatikan, tiada huraian dalam jawapan apabila kita menipu)
tiba tiba datang si C, nama dia Khairul Amilin. Dia ketua darjah aku masa tu. Lantas dia cakap..
"ish aku tak pernah la..mcmane aa masak nasik.."
"Bodo..masak nasik pun tak reti..masuk air je ikut sukatan" kata si B
"Serius aku tak pernah masak nasik" kata Amilin lagi.
(Perhatikan, aku senyap lagi sebab aku menipu)
Ini bukan cerita rekaan. Ini betul2 terjadi. sampai sekarang aku ingat sebab aku time tu rasa malu dan respek gila la kat Amilin sebab dia jujur dan sanggup jadi minoriti. Lepas tu aku malu sebab..sebab ape aa..mcmane nak cakap ni aa..sebab aku mengaku pandai masak nasik (padahal topiknye masak nasik je..takde kaitan dengan peer pressure ataupun mencabar kejantanan pun). Tapi aku rasa aku ikut majoriti la masa tu.
walaupun cerita ni simple mcm tu je, tapi impak dia besar jugak. aku ambik pengajaran sampai sekarang. Lepas kejadian tu kalau aku tak tau sesuatu benda tu aku cakap tak tau je. Bila makin besar sekarang ni lagi la banyak benda2 mcm ni muncul, lagi2 kalau lepak dengan mana2 kawan yang gemar bersosial ke..contohnya pernah skali aku lepak ngan member aku lepas tu ada la awek2 yang kononnya hip dan urban..cerita2 kat aku dia pegi apebende tah nama disco tu..aku hampir2 nak ckp 'oooo...' tapi aku bertekad ckp 'kat mane tu? aku tak pegi disko he he' (biasa aku tambah gelak bagi nampak natural sikit) dan diorang akan buat ekspresi muka macam aku tak cool la..babi betul. mampos la, aku bukan kisah pun.
Bila kita jujur, banyak kebaikan sebenarnya. first sekali, of course la orang tau la yang kita ni jujur. Lepas tu kita akan tau benda baru..tak payah buat2 tahu sesuatu benda lepas tu balik rumah google benda2 bodoh yang kadang2 tak penting pun. Tak rugi langsung jadi jujur, dan aku rasa bila aku jujur, aku boleh memainkan watak Amilin dan mengajar seseorang..ok apa..kita ni bukan perfect. Tahap pengetahuan orang bukan sama. Orang yg duduk kat bukit mungkin tak tau ikat mata kail yang takde lubang berbanding orang dok tepi laut. belajar je la, apa susah?
Masa aku baca blog awal2 dulu, aku tengok orang yang tulis blog semua buat blog yang gempak2. politik, pepatah cina la, petikan itu la, ini la. Sampai aku pikir "ramainya orang bijak dalam dunia ni"..ataupun "ish, umur aku ni patutnya pengetahuan aku takat mane aa.." ataupun "ish, aku lama sangat tak baca suratkhabar ke?" ataupun "aku rasa aku kena jadi macam diorang la..semua buku penah baca, semua movie pernah tengok (yang rare2 pulak tu), dengar muzik yang cool2 pulak tu" sampaikan aku ajar adik aku tulis blog yang bagus menggunakan elemen2 yang diorang gunakan.
*currently listening to 'why the fuck did you care' nyanyian band 'the why the fuck did u care'
Akhir kata aku bagi nasihat bahawasanya penipuan yang berpanjangan (lebih2 lagi penipuan untuk menjadikan diri cool) akan membuat orang bosan dan menyampah jugak akhirnya. Last2 kau kena jadi true to yourself jugak. Buatlah karya -writing ke, drawing ke, apa2 ke - dengan bangganya. Aku rasa dengan cara tu lah karya kita lebih ada 'soul' sikit. Dan InsyaAllah orang yang baca/dengar/tengok pun dapat soul tu..baru best.
Aku bukan nak jadi baik. aku tau baik2 sangat pun tak cool. aku bgtau apa yang aku rasa je. mungkin ada berbeza pendapat. but fuck! who cares? (ditulis dalam bahasa inggeris agar nampak cool menggunakan bahasa campuran)
god bless Khairul Amilin.
5 comments:
Aku rasa inilah antara blog post yang paling bijak dan cool dalam blogosphere Malaysia (walaupun ko mungkin tak berniat utk jadikannya camtu).
Aku lebih respek orang yang mengaku dia tak tau sesuatu.. drp orang yang pretend dia tau segala2nya..
Pasal topik2 "berat" yang orang tulis dalam blog pulak.. bagi aku, biasalah tu.. orang nak express pandangan masing2.. itu hak masing2, tapi kalau diorang ingat diorang bijak atau cool semata2 sbb bole tulis ttg topik2 "berat", diorang silap aa..
bakpo watak si A nge B xdop namo.
ko demo x ingt nmo dio..
kawe yakin ore akn baco penulise hk jujur lg...
kawe tok ingat yen namo dio..ha ha
Post a Comment