Monday, January 17, 2011

jalur lebar

betapa senang manusia sekarang. nak apa-apa, masuk internet. nak apa-apa, masuk internet.
budak-budak sekarang tak payah ajak mak bapak pegi library. click saja sudah dapat apa yang berhajat di hati.

kalau difikirkan balik, aku bersyukur juga masa kecik dulu tak ada internet di kalangan manusia. ye la, aku pun banyak masa bermain mainan-mainan yang sebenar. kalau ada internet dulu, confirm aku lagi banyak duduk rumah mengadap komputer, dan berat badan aku sekarang pun mungkin lebih extreme hasil aktiviti pasif masa kecik.

namun, semasa aku berak tadi aku pikir, seronok juga kalau ada internet masa aku kecik-kecik dulu. boleh aku:

1. usha facebook dulu sebelum masuk kelas untuk check line mood cikgu matematik .

2. check out makanan favourite sebenar kura-kura.

3. layan balik scene kamen rider masa fight dengan abang dia. (dan tak payah buat2 demam tiap-tiap hari khamis)

4. check out intisari rancangan tv.

5. google biodata faizal hussein.

6. google gambar voltron untuk tiru. tak payah aku standby pensel ngan kertas depan tv.

7. check stok kelapa parut kedai Kak Mah ada lagi tak? kang sia-sia aku kayuh basikal.

8. check betul ke abang si Faizul tu boleh buat sommersault macam ninja.

9. check teknik untuk buang kemuncup degil yang melekat kat seluar trek.

10. kenalpasti cita-cita awek sekelas dalam facebook.

11. check out kasut sekolah mana yang tengah 'in'.

12. blog pasal si Faizul menipu aku hidup-hidup.

gila. ini kalau aku list semua, sampai pagi pun tak habis!
memang ini la bahana internet!!

Tuesday, January 11, 2011

teknologi

ini kisah benar.

baru-baru ini aku pernah ternampak sepupu aku yang masih kecik-kecik main game komputer jenis strategy. jenis-jenis macam Red Alert juga lah. umur diorang baru menjangkau 7-8 tahun. terpikir juga aku, masa aku umur macam diorang, aku setakat main tetris je. paling mencabar pun game koboi dalam game watch tu. itu dah kira kompleks dah. sape ada game watch pun dah boleh jadi budak yang popular di kawasan kejiranan. tapi, apa yang pasti, aku nampak budak-budak sekarang ni lagi cepat menaik dia punya tahap kecerdikan tu. ini semua gara-gara teknologi. gila hebat teknologi.

baru-baru ini juga aku lepak di kedai kopi di ibukota. aku tengok manusia-manusia yang baru balik kerja, tanpa membuang masa dan menukar baju, terus terjun masuk ke dalam dunia maya melalui komputer riba mereka di kedai kopi. masing-masing hanyut dalam laman sosial. tinggal jasad saja atas kerusi - rohnya masuk menerawang dalam salur-salur gentian optik. cuma sekali sekala saja rohnya kembali ke jasad dan mengarah badan menyuap air kopi ke mulut dan menyalakan rokok. gila life sekarang. macam tu jadinya manusia sekarang. gila hebat teknologi.

semalam, semasa on the way balik rumah, aku dengar radio dalam kereta. DJnya bukak topik pasal Anugerah Juara lagu 2010. Ramai juga yang telefon. ramai juga yang tak puas hati Anna Rafali menang. aku peduli hape, dah juri pilih tu, betul la tu. tiba-tiba ada seorang pendengar wanita menelefon dan memberi komen,

"Seriously, persembahan Faizal Tahir memang hebat! siap jatuh dalam air. saya pun pelik macamana dia boleh menyanyi masa dalam air. memang hebat!"

terus aku bukak siaran lain. dengar orang mengaji lagi bagus.

Bodoh. jenis tak reti teknologi.

Sunday, January 9, 2011

hoi! mana entry baru?

aku rasa aku ni macam hangat2 taik ayam je nak blogging.




feel, feel belum ada.

Thursday, January 6, 2011

Hari Jumaat

semenjak aku duduk kat kg Dato' Harun ni, feel hari Jumaat memang ada. pagi-pagi, dari tingkat 13 ni memang jelas dengar orang bagi ceramah kat mesjid, kadang-kadang pasang tape orang mengaji. tak tau la kalau diorang dah tukar guna CD. takkan pakai tape lagi? zaman sekarang, tok bilal pun dah ada Facebook. Khutbah pun dah pakai powerpoint di setengah tempat. memang macho. itu yang kita nak dengar tu.

tadi aku lepak luar masjid, dengar kutbah sambil hisap rokok. hari cantik -mendung, banyak awan dan berangin. biasanya hari jumaat la hari paling panas dalam seminggu, betul tak?

tiba-tiba lalu seekor kucing depan aku. aku amati kucing ni, memang ada gaya rimau. lalu aku terpikir, kucing ni kalau letak sekandang dengan rimau, apa jadi? dia layan macam bapak dia ke? ke diorang gaduh.

oh, imam dah panggil. aku pun masuk semayang.


Tuesday, January 4, 2011

Layout baru 2011

Sebagai menghormati keputusan diri sendiri yang berhajat kembali aktif berblogging, aku telah nekad menghias blog aku dengan beberapa imej dan rekaletak baru. berikut adalah alasan dan justifikasi aku untuk perubahan drastik ini, setelah 2 tahun tidak aktif.

1. warna maroon kecoklatan - sebagai lambang keberanian dan kekuatan (ah, designer berhak bercakap - lagipun pernah ke korang persoalkan maksud warna bendera Malaysia dalam kelas dulu?!)

2. corak sisik ikan - sebagai tanda menghormati ikan. sesetengah ikan memang sedap dimakan dan memberi kesenangan kepada manusia. (ya, masih lagi hak designer untuk berkata-kata)

3. imej palitan cat dari roller - gambaran versatiliti penulis - selain menulis, beliau pandai mengecat. namun biasanya leher akan krem dan mata merasa silau setiap kali mengecat siling. (ya, masih lagi dalam kuasa designer)

4. tagline 'jangan banyak bunyi. baca sudah' - betapa penulis memerlukan tagline yang sangat cool untuk menarik pembaca-pembaca baru. hampir 10 minit juga beliau tersengih sorang2 semasa menaip tagline ini di depan laptop. sungguh memalukan! namun, seperti yang telah ditegaskan di atas, adalah hak mutlak penulis untuk berasa syok sendiri dengan blog ini.

kesimpulan : saya sungguh bangga dengan penampilan blog ini. jika anda ada komen yang membina, sila hubungi saya di durian959@yahoo.com. apa yang pasti, aku mesti tidak akan peduli langsung pendapat kau.

hahaha. padan muka kau.


Monday, January 3, 2011

dah 2011 ke?

gila. berapa keping je blog yang aku tulis di tahun 2010. ini semua facebook punya pasal.

sampai dah tak reti menulis. bahaya betul.

jadi dengan rasminya aku mendeclare azam aku tahun ini adalah untuk kembali menulis. agar otak dan lemak di jari2 kembali aktif. sekian.

ok sambung tahun depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...