Tuesday, December 30, 2008

aku pun hendak pergi Korea!!!

family aku akan pegi korea bulan 2 bersama family 'buruh' (sila rujuk komen2 aku). tetapi aku tidak pergi. tadi kakak aku telah uploadkan di blog beliau gambar2 anak buah aku yang sudah mengambil gambar passport. hahaha



aku juga ingin ke sana dan main salji dengan mereka. aku dengar dari belakang pintu mereka bisik2 mengenai skating dan snowboard tah ape2 lagi. cis!

aku harap aku menang grand prize pertandingan video crocs yang aku masuk hari tu.
tengok video lakonan 3 minit aku itu di sini.
(right click pada url di page tersebut dan 'save link as' jika mahu download)
tolong doakan aku ya semua.

aku mau main salji dengan Am dan Ichan.

walaupun tajuk blog ini gemuk yg optimis, kadang2 aku kecundang dengan KFC.

ok semua. aku malas nak pikir panjang2. aku tulis ala kadar je lah. sekadar nak melepaskan nafsu blogging aku. (ish..toghuut)

seperti tajuk yang di atas, aku ingin mendedahkan saat2 aku menjadi seorang pessimist. secara analoginya beginilah. jika aku lihat gelas yang ada air separuh di dalamnya, aku takkan pikir sama ada ianya half empty mahupun half full. aku akan fikir ianya harus diletakkan sirap dan ice, lantas melegakan tekak aku yang kering.

itu adalah satu sedutan ringkas berkenaan prinsip, dan statement 'si gemuk yg optimis'.
optimis dengan cara aku sendiri.

siapa yang berbangga2 bahawa badannya gemuk? selain Afdlin Shauki, aku tidak pernah jumpa orang lain. gemuk biasa dikaitkan dengan penyakit, kemalasan, seluar yang terselit di celah bontot dan banyak lagi. aku? aku pun tak pasti aku harus menyebelahi siapa.

pernah sewaktu di UTM dulu. seorang kawan menyuruh aku duduk dengan posisi 'tahyat akhir'.

aku pun buatlah, menyangkakan dia akan buat magic.

lantas dia kata 'haa tengok lutut kanan kau tak sentuh karpet. maknanya kau gemuk..
lemak terkepit celah paha.'

ohh sungguh berhelah teknik mengukur kegemukan beliau (Ladynoe. tunang kau harus bertanggungjawab!!)

aku pernah cuba diet. aku selalu juga berjogging ke kedai fast food yang terdekat.
sebenarnya..kau tahu, aku tidak kisah kau cuba sogok aku dengan friday's atau tony roma's sekalipun. jika aku bukan in the mood, aku akan tolak juga. (ada orang mahu offer?)

tapi, aku tidak tahu mengapa aku tidak mampu menahan bau KFC.
dan tiap kali aku ke kaunter KFC, hati aku akan berkata :

'cuba kau perhatikan gambar di atas..dinner plate adalah paling memuaskan. ditambah pula dengan cheesy wedges'

aku lantas menjawab 'ahh..dua ketul sudah mencukupi! tadi kan sudah makan nasi kerabu dgn solok tadi, selepas menghabiskan mee goreng sarapan pagi..sudah lupakah?'

lalu aku membayar untuk dinner plate dan cheesy wedges.

selepas aku makan ayam seketul aku biasanya akan berkata kepada adik aku 'pih, lain kali kita kena nekad! 2 ketul pun susah nak habis'
lalu adik aku akan berkata 'ya..kita takkan ikut nafsu lagi!'

begitulah trip ke KFC setiap kali.

jadi kesimpulannya, misi aku dalam menjadi optimis selalunya digagalkan oleh Colonel Sanders dengan berjaya.

aku tak dapat pastikan main point aku di sini. tapi setakat ini, itulah benda yang aku nak cerita. nafsu yang berulang2. sungguh bahaya.

jika kawan aku menyuruh aku duduk tahyat akhir sekali lagi dengan umpan belanja KFC, mungkin aku fikir 2 kali.

mari beristiqamah!

Monday, December 29, 2008

haris abadi. kau kenal?

(jika tak mau masuk campur, usah baca!)

semasa aku kecik, aku rasa nama aku sungguh pelik. aku anggap mak aku bersalah atas nama aku yang pelik ini. haris abadi. oh..aku tak dapat bayangkan bagaimana aku akan pakai name tag tertulis nama begini apabila ke pejabat kelak. betul ni aku tak tipu. memang aku rasa begitu dulu.

aku berfikir dua tiga kali apabila hendak meletak nama betul di blog. ye lah mana tau tiba2 JAIS call aku kerana aku mencarut secara pukal di blog. tapi takpelah. mungkin boleh jumpa kawan2 lama dengan pendedahan ini.

setiap kali aku pergi ke kaunter2 dan pejabat kerajaan untuk pendaftaran dan lain2, aku akan dengar soalan yang biasa dari mulut mereka 'adik ebby abadi ke?'. tolonglah siapa2 yang akan berkenalan dengan aku nanti jangan tanya soalan yang sama, kerana aku rasa nak ambik marker dan tulis di pipi mereka 'EBBY ABADI HANYALAH NAMA GLAMOUR BELIAU'.

setiap kali aku dengar lagu rock kapak pula, ada saja perkataan 'abadi' dalam lirik. cuba kau fikirkan satu. mesti ada. aku sudah bosan, tiap2 kali perkataan 'abadi' berkumandang, kawan aku akan berpaling secara mengejut ke arah aku dan membuat gaya 'tupai yang kaget terlihat lampu kereta yang menuju laju'. buat biasa sudah la.

semasa aku belajar di UTM dulu, ada seorang kawan telah menggunakan nick 'haris abadi' untuk account yahoo beliau. sampai la ke sekarang. dah 9 tahun?!!
aku plan dalam minggu ni aku akan pegi ke wangsa maju dan mengutip royalty dari beliau. jadi sesiapa yang pernah berkenalan dengan haris abadi di dalam alam cyber, itu bukan aku. aku tidak suka2 menggatal di internet. hahaha

cikgu matematik aku semasa darjah 4, cikgu zamrah, suka panggil aku dengan nama haris forever dulu. ingat saya batman ke cikgu? tapi dia cool. kelakar.

semasa aku bersekolah di pasir mas, kawan2 aku panggil aku bedi, dengan tanda sabdu pada huruf B. berbunyi bbedi seperti dalam contoh ayat berikut :
"hello..bbedi? mukasurat berapo khijo skoloh?"


dalam umur 13, aku mula suka dengan nama aku. sungguh bangga.

skarang kau kenal siapa haris abadi?

=p/s aku selalu menganggap jika kita senyum dan mengucapkan 'terima kasih' kepada penjaga tol yang berlainan seramai 100 orang, kita akan mendapat nasib baik.

Sunday, December 28, 2008

kau ingat mamak tu friendly ke?

perkara ini pernah terjadi dulu. kawan aku berjalan ke kaunter mamak untuk membayar. juga menuju kaunter, seorang lelaki (lelaki A) berjalan mendahului member aku dan berdiri di depan kaunter untuk membayar.

lelaki A menghulurkan kertas yang bertulis jumlah yang perlu dibayar.


mamak menekan2 butang mesin cashier sambil melihat kertas.

Mamak : duduk mana?

Lelaki A : (sambil membelek2 balang gula2) hah?

Mamak : duduk mana?

Lelaki A : Taman Pulai Utama.


Mamak : ....


Mamak : meja mana duduk?

Lelaki A : oh.. aa meja hujung sana..


member aku telah menggigit kolar baju untuk menahan perasaan.

ok, sesetengah mamak memang friendly. tetapi tidak semua.
lebih baik berhati2.

habis hujung minggu, habis setahun.

bangun lewat hari ni. cis.

semalam aku sungguh letih pergi menjual tshirt. ya, aku bikin dan jual tshirt sekali sekala. pergi ke Borneo semalam dgn adik aku dan James Baung untuk menjalankan misi yang diamanahkan.

rupanya event utamanya adalah battle of the band. Butterfingers cuma artis jemputan yang akan main 2,3 lagu di hujung acara saja. jadi, dari awal event aku sudah tahu fan2 butterfingers hanya akan muncul di akhir rancangan. confirm.
Kadak adjustkan kami meja yang kecik, dan terletak di sudut entrance. di sebalik banting 'twisties' yang sama besar dengan aku. kami rasa sungguh terpinggir, dan sales juga sungguh kurang. namun, niat kami adalah untuk berseronok dan melihat2 orang. wang ringgit adalah bonus. hehe

battle of the band tersebut berakhir awal. jadi butterfingers pun main awal. aku ternampak kelibat seperti Lee tapi aku tidak tegur nanti memalukan pula jika salah orang.

setelah habis lagu terakhir, bogus pun sampai dengan Amal. hahaha inilah padahnya jika niat anda hanya untuk melihat performance butterfingers SAHAJA. haha sori bogus.

namun akhirnya aku berjumpa Lee secara live. sebelum ini aku anggap Lee adalah software ataupun perisian2 yang generate komen2 bernas dan wujud di dalam blog sahaja. rupanya beliau adalah manusia biasa. jadi, disebabkan beliau adalah manusia biasa, kami sempat bergambar. jadi ini pertama kali aku berjumpa kawan yang dikenali dalam blog.



Lee (kiri) adalah penganut butterfingers tegar seperti bogus (tengah). namun beliau sudah 7 tahun tidak menonton butterfingers LIVE dan akhirnya inzal di Borneo, Sunway tempoh hari (dia yang cakap mcm tu)
hari ini aku tiada point2 sinikal ataupun ilmiah. hanya tulisan berbetuk diari.

p/s : memang lemak2 di pipi aku akan berkepit2 semasa aku sengih. kau tak perlu komen.

Thursday, December 25, 2008

dadah memang bahaya..bahaya (suara bergema)

aku sekarang tengah cuba berterus terang sebaik mungkin.

blogging memang addictive. macam dadah. sape yang nak berjinak2 tulis blog lupakanla weh. aku serius ni.

ish bahaya la senang cerita.

aku rasa macam hisap dadah dalam entry ni. depan aku ada seorang budak. budak tu adalah aku.

---------------

(bilik yang berasap)

aku : kenapa la kau hisap gak benda ni haa..srottttt

aku kecik
: tah la bang. mula2 saya tengok mamajawa yang hisap. lepas tu akab. macam best je bang. sapa tak nak bang. dapat kawan, dapat perhatian.

aku : tapi kau awal lagi ni..berenti la. bukan susah. aku pun nak berenti la kejap lagi. srottttt (kamera zoom in)

aku kecik : susah bang. saya dah isap ngan ramai orang. diorang pun baik bang. datang bilik saya isap. kadang2 saya takde pun diorang datang isap. sue anna joe pun penah datang hisap kat sini bang.

aku : hah! sue anna joe? yang tegar tu? laki dia pun hisap kan? kau ye-ye je dia datang bilik kau? sape cakap?

aku kecik : ye bang. sape tu..naf..sape..yang pakai spek tu..yang slalu bagi duit kat penagih2 tu..nuffnang..haa..nuffnang.

aku : eh..si nafneng tu kenapa dok amik tau pasal orang. nak kena. aku rasa dia informer la. abih tu..takkan sebab tu kau taknak berenti? uhuk! uhuk!

aku kecik : ye la bang. kita manusia. nakkan perhatian bang. bukan sebab si anna sorang je. si perempuan jomblo tu..siap tulis kat bilik dia, cakap saya tokan. mana tak bangga bang. ramai datang dari bilik dia skarang.

aku : ye..aku paham, aku paham. teruskan..teruskan..kawan lama?

aku kecik
: kawan lama takyah cerita la bang. semua jadi penagih. datang menghisap kat shoutbox. si lee tu hari2 datang. jusoh bedil lagi.

aku : aku dah stone ke aa? kau ada cakap shoutbox? prrrrrrr..

aku kecik
: ada kotak dalam bilik saya, saya panggil shoutbox. saya pun sekarang rajin, pegi bilik sini, pegi bilik sana. hisap sini hisap sana. saya manusia bang. tak boleh lari. dekat bilik mana2 pun hisap. nak menang. satu bilik 4,5 kali sehari.

aku : kotak? hisap dalam kotak? gila ke ape. nak mati lemas. kau tutup ke kotak tu masa hisap?

aku kecik
: itu tak penting bang. come on la bang. jangan merapu.

aku : tah la aku pun tak tau nak cakap. budak2 sekolah pun semua hisap sekarang. tarik pun tak reti kadang2. menyampah aku. kau jangan la jadi tegar sangat.

aku kecik : ye la, saya cuba. bak sini dapur tu. srtttttttt..tapi bang. jangan terkejut. bekas tabligh pun ada. berpengalaman bang. terer hisap. srttttt (mula melihat unicorn di sekeliling bilik)

aku : ye..ye.. suka hati kau la nak hisap ape pun. kerja sekolah jangan lupa buat dah. ingat Allah. malu la aku nak bagi nasihat. kau pegi tukar air jap.

aku kecik
: ye. baiklah.

--------

harap maklum berkenaan metafor dalam entry ini. (metafor je, you fool!)

ngantuk sial.

untuk mereka yang bosan dan ingin ke Norway.

akhirnya aku bercadang menjadikan blog aku lebih bersifat multimedia. youtube akan diletakkan dengan kadar yang sesuai.

kali ini aku menampilkan Lasse Gjertsen dari Norway mengajar bahasa. lihat juga video2 lain beliau di youtube. menarik. walaupun kelihatan sick, tapi ok. 18PL ya adik2.



-mengucapkan terima kasih kepada mereka yang singgah ke wakaf digital hamba.

santa claus, merry christmas.

macam biasa, bangun pagi tadi aku hisap rokok sebatang. sebenarnya tak la pagi sangat. pukul 11.30. (aku dah semayang subuh ok)

aku keluar tengok kasut aku. ya, stokin aku masih lagi dalam kasut, nampaknya santa tak sanggup nak keluarkan. ah, santa..sia2 aku jadi budak baik.

dulu masa kecik, aku biasa bangun pagi dan tengok stokin aku tergantung dengan objek di dalamnya. sumpah aku tak tipu. tapi aku dah tau ape benda sebab aku sendiri yang masukkan. suratkhabar. cepat sikit kering stokin tu. biasa la. aku memang last minute dari kecik. mak aku dah tunggu dalam kereta baru aku ingat kasut sekolah kat belakang peti sejuk lagi.

ahh st. nicholas, kau dah tipu kami, budak2 yang baik!
merry christmas untuk orang2 yang merayakannya.

bye

Tuesday, December 23, 2008

mari menjadi baik #2

hari ini aku bercita2 menjadi pakar motivasi.

sebelum ini aku hanya ingin menjadi orang luar biasa, digilai wanita, melukis ala-ala salvador dali dan membikin video clip tekno-aneh ala-ala daft punk, dan mencari perhatian.

tapi akhirnya tersangkut dengan sistem, hidup di tempat yang tiada pantai dan mempunyai rutin harian yang membosankan. sama macam kau. ya! kita harus ubah rutin sekali sekala. perubahan itu pula haruslah meninggalkan kesan.

baik. mari kita mulakan.
semua berdiri ya. tarik nafass..
katakan YA!! dalam satu nafas. ya, sambil tumbuk orang di sebelah!
berikan semangat kepada mereka!

aku menyarankan perubahan rutin secara random. tiada prioritical order ya.

#1
-pernah ucapkan 'i love u' pada mak dan ayah anda? cuba hari ini. orang putih senang2 saja cakap (di dalam filem2 yg aku tgk). orang melayu juga mampu. ah, kau bukan brutal sangat pun. cakap dengan awek leleh2. habis kredit mintak duit ngan mak. fuck la..ah! maaf..maaf..apa? siaran langsung? ya..ya..saya jaga bahasa..

#2
-banyak duit baru2 ni? cari sesiapa yang sedang minta sedekah di tepi jalan dan ajak dia lepak di kedai terdekat. belanja dia makan. at least dapat memberi satu hari yang berlainan kepada beliau. dan kepada diri kau sendiri.

aku serius la ni.

#3
ambil kertas dan tulis begini

saya : hai, baru balik kerja? bagaimana hari ini? ok? kamu tertekan? mengapa?
anda:

tampal di dalam lif (jika anda tinggal di rumah2 tinggi)
update selalu.

#4
ambil sebatang kayu, dan berjalan ke arah kucing dengan perlahan2. ready untuk menghayun kayu tersebut ke kepala kucing. apabila kucing tersebut kaget dan bersedia untuk lari, campakkan kayu dan berikan beliau ikan goreng. (aku pun tak tau terapi jenis apakah begini)

#5
beli voucher makanan di mana2 outlet makanan, tampalkan pada dinding2 tempat2 awam berserta note 'hanya disediakan untuk orang yang benar2 lapar. jika anda masih mampu membeli makanan, sila jangan usik'

lakukan sebulan sekali apabila mendapat gaji dari sistem yang bosan itu.

#6
telefon kawan2 yang betul2 lama tidak jumpa. dan buatkan mereka gembira.

#7
vandalismakan no top up yang masih belum digunakan di dinding2 dan public phone yang rosak. dan jangan lupa tulis 'untuk kegunaan kecemasan sahaja'

#8
contact aku. belanja makan. atau doakan aku saja.

Sunday, December 21, 2008

aku sungguh terkejut mendapat surat dari tahun 2038 ini.

ehem. kepada durian (2008)
aku adalah durian dari tahun 2038. ah kau mesti terkejut. tapi takpe baca dulu. aku tau kau mesti agak ade orang lain yang mengehack password kau. tapi ini pun kau yang menulis. semasa berumur 56.

jika kau tak percaya, klik gambar di bawah ini dan lihat apa feature terbaru dalam 'add a gadget' tahun 2038. ah..kau mesti tak percaya!



ya..kau masih berblog di tahun 2038. bodoh! pada umur 27 nanti(tahun 2009), kau patut berhenti blogging dan membuat kerja berfaedah. jika kau berhenti, aku mungkin berada di masjid sekarang dan tidak mengadap pc buruk ni. dan, oh ya.. tak payah berharap. kau masih belum pakai Mac semasa umur 38. pergi cari kerja yang lebih lumayan skarang!

bukan hendak mematahkan semangat kau. tapi di tahun 2038 pun, hanya 2,3 orang yang baca dan komen blog kau. itupun orang yang sama - si buruh yang misteri, bogus, lee dan NenekAnakHanny (formerly known as Mummyhanny). si 'Cah Anak Cikgu Man' tu pula dengarnya sudah ditangkap polis kerana mengedar bahan lucah dalam internet.

ahh..akaun nuffnang kita sudah mencapai rm4. tahniah kepada kau kerana menulis blog yang hampeh.

dan berhenti merokok. aku tak selesa blogging di hospital. internet slow.
chow. nanti senang aku post lagi.

Thursday, December 18, 2008

aku pasif.

aku sungguh pasif. aku tidur banyak dan aku mendapat banyak masalah, hanya dengan satu tabiat tersebut. sungguh menyedihkan.

aku tidak pernah bergaduh (maksud aku bertumbuk) sejak kecil. ini kerana tidak ada orang pernah ajak aku bertumbuk. namun walaupun aku tidak bertumbuk, aku ada pengalaman2 tersendiri yang mematangkan aku. tidak perlu bertumbuk untuk jadi hebat. tapi pastikan badan anda sihat selalu dengan mengamalkan senaman.

tetapi aku jarang bersenam. sangat jarang. damn.

masalahnya aku bukan jenis yang agresif. aku tidak akan semena2 pergi menyepak perut anjing yang sedang lepak di tepi jalan. bukan. aku bukan begitu.

lama betul tidak panjat pokok (perenggan ini tiada kaitan langsung dengan entry)

aku seorang yang semasa kecilnya, akan membuat 'kubu' dari cushion2 kerusi dan lepak di dalam. itu saja. aku suka sense of enclosure begitu.

aku merasa cemas dan terancam jika semasa aku sedang berak, aku terperasan ada labah2 besar di dalam tandas. walaupun jauh dari aku, aku takkan provoke ia dengan pancutan air..oh tidak..

aku juga risau jika ada katak yang sedang memperhatikan aku di sudut tandas. (di kampung aku banyak katak yang melepak di sudut tandas) aku tak tipu, aku akan tutup kemaluan aku dengan tangan. bahaya! dia mungkin sangkakan ia cacing! (atau anaconda)

aku tidak suka anjing. lebih2 lagi anjing yang menyalak. aku akan tutup tingkap kereta jika memandu perlahan di sebelah anjing. namun aku tiada masalah dengan Snoopy. sebab dia juga pasif.

namun, dalam mengalami kelemahan2 ini, aku suka. biarlah begitu.

aku tak mahu jadi agresif. orang2 agresif sangat annoying.
janji aku gembira sudah. sekian.

...

Wednesday, December 17, 2008

faizal husin. dia ok

tadi aku melepak di mamak seorang diri lepas menghantar barang. selepas mengorder teh o ais, aku pandang2 kiri dan kanan tengok orang.

setelah puas pandang orang, aku pandang tv pula. oh yes, gila2 remaja.

lama juga tak tengok cerita ni. aku layan. teringat masa kecik, balik sekolah bukak tv, ada gila2 remaja. aku tengok dengan keinginan yang sama macam jebon, ingin menjadi faizal husin. aku buka baju sekolah pukul 4 hari tu.

aku tergelak dengan kuat beberapa kali di kedai mamak itu. sungguh cool hero melayu dulu.
dengan rambut panjang belah tengah, dan meninggalkan beberapa helai di dahi sebagai fringe yang macho, jaket kulit berwarna hitam (dan kadang2 merah). beliau mengikut trend semasa, mampu breakdance, menggilai suzy yang berkening tebal dan berbaju aerobik. mempunyai sidekick yang kelakar dan cocky. kuzi contohnya, walaupun mempunyai nama seperti masakan, namun adalah seorang kawan yang setia dan nakal. roy juga mempunyai nama yang ringkas, azroy bin azlan. dia berkawan dengan bangsa2 lain juga. si roy adalah seorang yang bijak, memakai air force one, bermain yoyo dengan rakan yang juga cool, semestinya. roy tidak salah memilih musuh, iaitu farouk. farouk juga adalah musuh negara. ber'port' di rumah buruk yang mempunyai graffiti burung gagak yang juga buruk, dan ada berkotak2 kokain di dalam rumah tersebut (kayanya!).
roy juga prihatin, melawat remy di penjara, membeli kuih dan air kotak, malah menyucuk straw kepada remy. menderma darah kepada awek, mengajak kawan2 turut menderma darah, dan akhirnya menjadi pelajar terbaik. fuh! apa lagi yang kau nak?

dia memang seorang icon. setaraf dengan micheal j fox.

faizal husin. dia memang ok.

Monday, December 15, 2008

memeriahkan bahasa lagi! yay!

semasa aku menerbitkan entry bahasa budaya bangsa hari tu, aku dapat banyak feedback dari dalam alam maya dan di dunia nyata. masing2 ingin memberi contoh perkataan mereka. dan sempena aku ada masa sekarang, mari kita lakukan.

namun aku juga bimbang takut disaman oleh dewan bahasa kelak.

tapi jangan risau. aku tidak cuba membuat sesuatu yang jahat. hanya ingin menggalakkan otak aku berpusing. Thomas Alva Edison berjaya mencipta mentol pada cubaan yang ke seribu. beliau telah ditanya soalan 'bagaimana perasaan kamu? hanya setelah seribu kali mencuba barulah mentol itu menyala'

beliau telah menjawab 'ya, kini aku tahu 999 cara bagaimana tidak membuat mentol'

--------

1.beramal
aku : hello, bogus, jom minum kat Azwath sekarang.
bogus : mana boleh beb. aku dah beramal sekarang. kalau aku keluar nanti bini aku koyak poster2 butterfingers aku.
(perhatian1 : perkataan ini hanya boleh digunakan oleh bogus. tahniah. bogus telah selamat mendirikan rumahtangga bersama Amal Syahirah 2 minggu lepas)
(perhatian2 : namun bogus tidak boleh menggunakan ayat 'mengamalkan' kerana ia menggambarkan beliau telah berkahwin dengan kamal)

2.ternak
makcik : eh Ari, ambiklah lauk lagi..takkan makan sayur je kot..tak sudi ke..
Ari : eh, takpe makcik..takpe kalau saya ternak ayam nanti, saya ambik.
(credit - ari)

3.terpesona
Lee : aku memang nak beli Iswara sebenarnya. sayangnya aku dah terpesona.
(credit - lee )

4.menyampah
lina : eeee...aku geram betul dengan si Mariam tu..mengada2! tak malu! eee...
menyampah dulu la aku..
zainun : haa..alang2 tu ambik sampah kat dapur tu skali. ada dua plastik.

5.menaikkan
haris : hoi..buruk la perangai kau..kau menaikkan tadi?
hafiz : haa..apsal? aku lupa nak flush ke? haha sorry..sory..
(credit - haris hafiz)

6. menaiki
zubir : kau memang tak menaiki ke?
Ismail : haah..aku lagi suka adidas.

7. memerangi.
salmah : sayang, u ni pantang i marah, mula la memerangi i..
salman : sayang, muka i time sedih memang macam ni..nampak mcm memerang ke..
tak baik u..awwww

8. mentadak

husin : Apa ni ane!! come on la..nak tukar syiling pun susah ke? macam ni hal pun u nak mentadak?!
mamak : tadak! tadak! tadak! sana kedai tukar..sini syiling mau bagi pelanggan lain la macha..

ya..kini aku tau 8 lagi cara tidak bercakap bahasa melayu dengan betul.

sekian.

peti cadangan?

senang2 saja cah anak cikgu man menyuruh aku menghuraikan pemikiran beliau berkenaan peti cadangan yang disalahguna. aku sungguh tertekan. namun aku professional menghadapi cabaran2 sebegini. lagipun, aku hanya susah nak bangun tido.

cah, begini.

peti cadangan mempunyai pelbagai bentuk. ada yang cantik dan tidak kurang juga berbentuk seperti sarang burung merpati. tapi aku tidak peduli pada bentuk2 kecuali semasa aku sedang belajar di kelas sculpture 101 - form and content dulu. lebih2 lagi bentuk2 yang dijumpai di pejabat2 kerajaan.

ya, aku mengakui pernah melihat orang memasukkan syiling dan brochure ke dalam peti cadangan. tapi mungkin mereka menyangka peti cadangan tersebut adalah vending machine. mereka hanya mahukan vanilla coke, cah.

jadi. pendapat aku adalah - kita tidak boleh menyalahkan mereka. kita juga kadang2 menolak pintu yang bertulis 'TARIK'. dan kadangkala menarik pintu yang bertulis 'TOLAK' apabila ada makcik yang sedang berpeluh betul2 di hadapan pintu.

jadi. mari kita maafkan mereka. namun mereka2 yang meletakkan brochure ke dalam peti cadangan, adalah seolah2 mereka yang menolak sliding door. mereka sungguh bodoh.

sekian terima kasih.

Saturday, December 13, 2008

mari menjadi baik

assalamualaikum.

bagaimana? baik bukan?
mulai hari ini aku akan mulakan blog aku dengan assalamualaikum. kerana ingin dikenali sebagai blogger muslim. si muslim gemuk yang optimis? oh mungkin tak sesuai. si gemuk yang muslim? mungkin terlalu muallaf bunyinya. jadi cukup sekadar salam je lah.

hari ini aku ingin mengajak para pembaca yang sengaja/terbaca entry ini agar menjadi baik. bukan secara islamiah saja. baik kepada sesiapa saja. termasuk menolong makcik melintas jalan. makcik sape aku tak tau. janji makcik.

baiklah.aku mengaku aku bukan dalam mood mengarang sekarang.

tapi nak mengajak korang jadi baik. contohnya senyum semasa membayar kepada penjaga tol yang sedang menunggu shiftnya habis, dan buat muka macam taik (ah, maaf! terkasar bahasa)

dan bayarkan tol untuk kereta belakang. pasti hati rasa gembira. cubalah!

aku tak pernah.

Friday, December 12, 2008

neraka untuk benda

jika ada neraka untuk benda,

aku rasa,

benda pertama yang masuk ke dalamnya adalah duit.
sebab karna duitlah punca segala kejahatan. duit yang membentuk sistem kehidupan manusia.

duit ingin jadi tuhan. ingin manusia mengikutnya. ingin menjadi the measure of all things.

Benda kedua yang masuk neraka adalah bonggol2 jalanraya yang terlampau tinggi.

Namun, bonggol mungkin sudah tidak dipedulikan sangat di dalam neraka. tidak penting.
kerana duit sudah masuk terlebih dahulu. syaitan2 sudah mengamalkan politik wang dalam neraka.

lebih baik duit masuk ke dalam wallet aku.
aku pastikan ia masuk syurga (syurga untuk benda)

what's up with that W, man?

hari ini aku benar2 demam dan tidak pergi ke ofis.
leher aku sakit kerana tersilap tido smalam namun aku dok sorang2 kat rumah, jadi tiada orang yang akan panggil aku dari belakang dan aku juga tidak akan berpaling kepadanya seperti robocop. ah..leher aku betul2 sakit.

aku baru bermain2 di ruang internet tadi masuk-keluar myspace, masuk-keluar blogger, dan aku jumpa banyak huruf W yang disalah guna. aku pelik.

come on la wei..

takpew law..sukew atiw korang law nak menaip macam manew pown..
aku sajew jew...

jew?

rosak budak sekarang.

Thursday, December 11, 2008

demam

aku tak sihat dan nak demam. walaupun aku tak nak demam, tapi memang itulah term nya - 'nak demam'.

biasanya bila aku demam, aku akan dengar suara bapak aku yang bergema. seperti dia bercakap di dalam baldi. tapi aku tau di alam nyata bapak aku tidak bercakap dalam baldi. adik aku juga ada situasi aneh apabila demam. tapi aku tak paham bila dia ceritakan dekat aku.

ah. biarlah.
aku pun pening mengadap komputer.

lalu aku tutupkan ia.

TIUTT.

Monday, December 1, 2008

duduk, regangkan badan dan lihat



duduk dan tengok gambar ini.
sudah berapa lama kau duduk di kerusi tu?

hisap rokok dan minum coke.

tak mau berjumpa dengan pantai?
risau juga takut2 kau mati di bandar yang sibuk.

hahaha.

Sunday, November 30, 2008

ah dunia, kenapa begini?

susahnya hidup di dunia sekarang.

walaupun baik hati, tetap tidak dihormati kalau tiada wang.
walaupun jujur, tetap merasa susah berbanding mereka yang pecah amanah.
terlampau baik, dipijak orang.
memandu perlahan, dilanggar orang.
menderma dengan ikhlas, tidak boleh bayar tol pula.
bersikap peramah, ditipu orang.

rindu betul pada bau rumput selepas dipotong.
dan bunyi bacaan quran dari speaker masjid pada pagi jumaat.
corak cadar dalam bilik di kampung.

ingin tidur awal dalam gelap, berselimut, di waktu hujan.
dengan latar belakang muzik yang tenang.

ingin baring di permukaan air dan mendengar bunyi nafas sendiri. melihat awan bergerak. tak kisah jika air masuk ke telinga.

ingin berbasikal selepas hujan. di mana jalan masih basah dan wujud bayangan pada lopak.

ingin menangis juga.

ingin makan di bawah pokok. tidak kisah pun makan apa. tetapi pokoknya rendang.
dan tidak lupa, angin yang bertiup secara random. tidak seperti kipas meja.

ingin melukis sehingga siap dan puas.

ingin berpijak di pasir pantai. tanpa desakan masa.

ingin mandi telaga sambil melihat lumut pada telaga. dan melihat ayam dan itik berjalan di tepi telaga. sejuk air telaga mampu bertahan di dalam minda, berpuluh tahun lamanya.

ingin minum kopi, bersama kawan2 terbaik.

ah banyaknya yang diinginkan aku.
tapi aku perlu penuhi apa yang manusia lain inginkan dulu dari aku.

kerana ingin disayangi manusia. dan tuhan.

ah dunia, kenapa begini?

Thursday, November 27, 2008

yoga? apa apa lahh...

kecoh pasal yoga.

abis orang2 kampung kat ceruk nun dengar cerita pasal yoga.
oh ya makcik, yoga lain. yang makcik makan tu yogurt. makan je. tak haram.

tak kurang jugak bloggers yang tulis pasal yoga. aku bukan nak tulis pasal yoga. aku menulis sebab aku ada masa lapang. itu sahaja.

kalau korang expect aku pun sama korang silap besar la. aku tak suka sangat yoga ni walaupun keseluruhannya menarik..

yoga ni aku tak nampak pun pengaruh hindu. lebih kepada yahudi aku rasa. jadi aku pelik betul dengan penulisan2 pasal yoga. aku rasa tak salah kalau kita layan yoga janji dalam hati kena ingat tuhan. ramai gak aku tengok remaja2 sekarang macam minat sangat yoga ni. mungkin ni salah satu trend kot.

tapi bila aku mula kenal yoga, dalam darjah 3 mcm tu la. aku mula rasa yoga ni menarik dan ade karakter. dan yang paling terkini, aku tengok yoga beraksi adalah dalam Episode II : Attack of the clones. lawan count Dooku. memang bergaya walaupun yoga lebih pendek dan..

eh.

itu Yoda kan.

sori.

Wednesday, November 19, 2008

susah ke jadi orang kelantan?

aku adalah budak kelantan. walaupun aku tidak berlakon cerita budak kelantan.

aku tahu ramai manusia (lebih2 lagi perempuan) tidak mahu dikenali sebagai budak kelantan. Ini adalah satu fakta. aku tak tau sebabnya. kompleks.

aku juga tahu ramai manusia (lebih2 lagi lelaki) yang sangat mahu dikenali sebagai budak kelantan. Ini adalah satu fakta. aku tak tau sebabnya. kompleks.

budak kelantan banyak yang jahat. namun banyak juga yang baik. (sama saja dengan budak2 lain pun) itu kau kena tengok sendiri. tapi mengikut perhatian aku, ada dua kategori (orang kelantan di luar kelantan):

1)klik - senang bersama dan berbahasa dengan orang kelantan sendiri. jarang bergaul dengan orang luar. ingin membuat persatuan tidak formal. sangat bangga dengan negeri. membeli sticker negeri kelantan untuk cermin belakang kereta. Namun jangan salahkan mereka. aku akan terangkan faktornya.

2)malu - biasanya mereka bersendiri. benci/cuba tidak menjadi kategori (1). tidak mahu mendedahkan negeri asal. mahu membeli kereta dengan plet WGA atau BBM. Kadang2 cakap luar dengan rakan Kelantan sendiri. Namun jangan salahkan mereka. aku akan terangkan faktornya.

3)selebihnya - karakter yang pelbagai.


-Sesetengah orang kelantan mempunyai dialek yang sangat pekat. Masalah ini akn menyusahkan mereka berkomunikasi. lebih2 lagi ia terjadi kepada manusia yang takut malu dan tersasul. Bayangkan, bahasa kelantan memendekkan perkataan yang berakhir dengan 'an', 'am' dan 'ang' kepada 'e'. Kepada mereka yang tidak berpendidikan tinggi, masalah ini sahaja sudah mampu untu menggugat mereka. mereka confuse'pingge' yang mereka guna untuk makan itu sebenarnya dalam bahasa Malaysia 'pinggam' atau 'pinggang'.betul ni. Namun untuk penduduk Pahang, Johor, ataupun Seremban yang kurang pendidikan mungkin takkan menghadapi masalah begini.

kawan aku pernah dengar seorang bapak sedang marah anak berkata "Abah 'rotam' kang!"
Kamu juga mungkin terdengar "Lamanya tak makan 'ayan' KFC"

Belum cerita bahasa yang totally berlainan dengan bahasa melayu. Kamu pernah dengar 'Kube Lana' atau 'Te male tumah'? aku rasa ia klasik dan sungguh cool.

Yang tak bestnya, masalah komunikasi ini akan membawa masalah seperti dilabel 'klik', fanatik, dan banyak lagi. Judgement macam ni dari sesetengah orang yang tak professional memang tak membantu.

-Golongan yang kedua, cuba lari dari masalah ini. Mereka tidak mahu dilabel, tidak mahu dicop. membuatkan mereka confuse dan memilih majoriti. dan akibatnya mungkin mereka makan budu senyap2 dalam tandas.

aku pun tak tau apa aku nak bgtau sebenarnya.
aku cuma tulis apa yang aku nampak.

nasihat aku : BE YOURSELF

guano? demo ado komen?

aku nak cerita..suka hati aku la!

aku boring.

apa yang ada dalam kepala otak aku hanyalah fragmen2 memory yang aku ingat.
jadi aku tulis saja lah ye!

semasa aku kecik, aku adalah kanak2 normal. bangga apabila sudah boleh mengayuh basikal tanpa roda tambahan. aku suka berbasikal. dan apabila sepupu aku datang kami akan berbasikal ke kedai kak mah untuk beli megi perisa ayam. kami akan berdiri di luar kedai dan menyebut perkataan 'nok bbelliii' berulang2 sehingga kak mah sakit hati, menutup mesin pengukur kelapa dan melayan kami.

sejak kecil, apabila musim exam, mak aku akan masak telur masak separuh. resipi mak aku adalah makan telur tersebut dengan kicap dan sos tomato. aku sangka inilah cara universal makan telur masak separuh sehinggalah aku masuk asrama, aku digelakkan rakan apabila meminta sos tomato untuk perasa telur masak separuh.(korang try la dulu siall - sedap!)semasa kecil, aku kagum dengan origami dan aku enjoy masa hujan. lebih2 lagi banjir.

aku hanya pelajar biasa, yang jatuh cinta pada pengawas yang cantik. aku suka berusaha untuk benda yang melalaikan. aku sanggup mengangkat dua tiga kerusi dan memanjat almari untuk mencari di mana ayah aku sorok adaptor video game kami. aku juga berebut tulang ikan sardin dengan adik beradik aku.

aku mengaji quran dengan kak wan sebelah rumah. anak kak wan, abg mat adalah pelajar sekolah menengah yang ada cassete player. dia suka dengar lagu scorpion - wind of change berulang kali sehingga aku lebih hafal lagu tersebut dari al quran. kurang hajar abang mat! aku juga akan menitiskan air mata apabila aku orang last yang mengaji, dan pelajar2 lain kedengaran riang bermain skateboard abang mat yang ada brek di luar rumah. aku tak tipu. memang sedih hahaha.

oh ya, adik abang mat namanya Yu'in (aku tak tau nama betul beliau). Yu'in mampu makan belacan sehingga habis seketul. mulutnya jugak laser. namun aku rasa tiada kaitan makan belacan dengan mulut laser.

bila aku masuk asrama aku homesick. tapi bila aku sudah gembira hidup di asrama aku schoolsick.

semasa aku darjah 4, aku tinggal di pasir mas. pasir mas sungguh seronok. aku belajar memancing, melastik burung dan banyak lagi. aku lihat memerang secara 'live' pertama kali di pasir mas. aku juga tau burung raja udang bertelur dalam tanah. pertama kali aku tengok anak burung tersebut. pertama kali aku pegang. pertama kali juga aku tahu jika pegang anak burung, ibunya akan tinggalkan dia. sebab kita tinggalkan bau manusia - member aku cakap.

aku selalu hilang stokin sebelum pergi sekolah. mak aku amat tension. sebab aku naik dengan dia pergi sekolah tumpang dia pegi kerja. aku juga pernah tertinggal beg sekolah apabila sudah sampai ke sekolah. mak aku menyuruh aku balik sendiri naik beca ambik beg.

akhirnya aku lambat ke sekolah dan pengawas menulis nama aku.
pengawas itu cantik dan aku suka pengawas cantik.

aku juga suka pelawas seperti pisang dan betik. walaupun tidak berkaitan.

bye.

Sunday, November 16, 2008

Bosan? Mari aku bagi idea untuk meneroka laman web

asyik dengar cerita aku, bosan jugak ye tak?

kali ini aku cuba memberi idea kepada mereka2 yang memang takde kerja. Ini antara laman2 yang aku suka.

1.www.papertoys.com
-bagi aku, website ni memang menyeronokkan. kau perlu ada gunting,gam dan printer (colour lg best). dan tak lupa juga keinginan la of course. print saja template apa yang kau suka dan buat model kertas kau yang sendiri. dari rumah Frank Lloyd Wright, sampaila ke Angkor Wat. aku ada try. hasil dia mcm budak2 punya mainan sikit tapi masih style.

2.www.ss42.com/toys.html
-yang ni lg complex. kau boleh buat R2D2 atau C3PO sendiri. tak lupa juga ada Devastator(Transformers) dan jet2 Star Wars dan macam2 lagi. (itu baru bahagian science fiction).mungkin jugak kau teringin nak buat model kapal? atau kereta kebal? memang macam2..tapi model2 kat sini kompleks gila babi. tapi hasilnya memuaskan. kalau kau dah simpan duit 3 tahun nak beli Gundam dan masih tak cukup lagi, nasihat aku silalah pegi ke laman web ni.(website ni akan link kau ke web2 paper models yang lain. pandai2 la kau pilih mana yang berkenan)

dah..cukup..aku bagi dua je dulu.

ini pun dah makan minggu nak siapkan.

bye

Sunday, November 2, 2008

bahasa budaya bangsa

sebenarnya aku takde idea mana. aku dah la busy baru2 ni. dah la hidup kat tempat yang busy di mana semua orang bawak kereta laju (dan tak lupa jugak mereka yang bawak kereta perlahan melampau di lane kanan). semua orang berebut2 kejar masa. lagi best jadi budak2 kan..rilek je, takde benda nak pikir, takde benda nak rebut2 kecuali dalam beberapa perkara seperti berebut tulang ikan sardin dengan adik beradik. biasa la kan.

hari tu aku gi minum di satu kedai mamak. ada awek2 kat sebelah meja aku. semua style2. semua melayu. tapi dia punya borak..tak boleh tahan aku. tak dinafikan mereka memaksa diri bercakap bahasa orang putih. tapi yang simple2 je sebenarnya. yang lain tu melayu jugak. english yang didengari hanyalah : so, what, oh my god, but, i, you, better, boyfriend, my car dan ada lagi la sikit2 yang broken. pelik aku. cakap la melayu je kalau benda tu menyusahkan diri. (tapi tak tau la kalau diorang tgh practise untuk MUET ke, sorry la aku kutuk). sebab bagi aku, english hanya perlu digunakan bila

a)cakap dengan orang yang tak reti cakap melayu sangat
b)bahasa inggeris yang digunakan lebih sesuai menggambarkan sesuatu benda yang nak diceritakan
c)tajuk movie orang putih (tak perlu tukar Lord of The Rings jadi Tuan kepada cincin-cincin)
d)kau memang terer ckp english dan audiennya pulak sesuai
e)bila2 sesuai.

bukannya salah sebenarnya. tak salah. tapi berpada2. bahasa melayu pun tak khatam lagi. banyak lagi ayat dalam kamus BM kita tak guna. dan kalau kau dah khatam kamus dewan sekalipun. di sini aku ada bagi penggunaan beberapa perkataan baru untuk digunakan.

1) MENGHAYATI
Contoh ayat - "shukri, kau ni tak habis2 MENGHAYATI. kau ingat Hayati suka ke kau telefon dia 24 jam macam ni?"

2) MENGAWAN
Contoh ayat - Firdaus : "Airul, kau rasa aku ni kawan yang baik dan setia tak?"
Airul : "ya firdaus, sebab tu aku suka MENGAWAN dengan kau"

3) PENGETIP
Contoh ayat - "Kau ni memang PENGETIP la Nurul..sampai 10 ringgit kau bagi tip dekat waiter tu??!"

4) TERJUN
Contoh ayat - Kaunter Bank : "Dik, adik silap isi tarikh dekat borang ni dik"
Rozita : "eh..hehe sekarang dah bulan julai eh? sorry saya
TERJUN pulak..hehehe"

5) TERBANG
Contoh ayat - Orang asing : "kau sape? aku bukan laki kau!"
Mak Minah : "alamak..minta maaf saya TERBANG kat awak. Suami saya pun pakai baju merah jugak. sorry ye"

Banyak lagi ayat2 yang boleh diubahsuai. kalau rajin aku cari lagi nanti.
sehingga berjumpa lagi!
bye!

Friday, October 10, 2008

menipu

Pagi tadi sungguh sejuk. aku bangun tidur dam mendapati ada ketulan ais di bawah hidung aku. aku rasa pelik sebab benda ni tak logik. aku turun dari katil, dan menuju ke tandas. tandas tengah digunakan jadi aku lepak isap rokok dulu. lepas 5 minit pintu tandas dibukak dan keluar dua ekor penguin dari tandas tersebut. aku tak kisah ada penguin dalam tandas, tapi diorang mandi berdua! tak malu betul.

aku ambik berus gigi. ubat gigi dah habis. jadi aku ambik ubat gigi baru kat dalam almari kat dapur. dalam almari tu ada megi, berus basuh pinggan, sabun lux, axion dan lebihan maruku raya tahun lepas. aku masuk dalam tandas balik.

aku letak ubat gigi atas sink. aku nak berak. aku berkelip sebanyak 3 kali. tiba2 tandas rumah aku jadi tandas awam! sialll! aku tension betul. bukannya kenapa..tapi tandas awam tak bagi kemudahan tempat sangkut seluar/towel. paku pun dah tercabut. terpaksa la aku berak sambil kepit seluar kat bawah ketiak. (dengan harapan hanset tak terkeluar lalu jatuh dalam mangkuk tandas.

sesudah mandi aku keluar dari tandas. tapi aku tak tau aku kat mana. yang aku tahu aku berdiri di satu tempat parking yang besar gila. tandas ni sebijik je yang wujud. aku dah la tak pakai baju.

aku pun tension. aku duduk kat tepi tandas dan aku berfikir..berfikir..
akhirnya aku telah berjaya memikirkan sesuatu..ya..

aku telah berfikir 'tak baik menipu orang di dalam blog, lebih2 lagi orang yang baca tu awal2 lagi sudah tau aku tipu.'

sekian. terima kasih kerana percaya penipuan aku.

Saturday, September 27, 2008

aku teringin nak main air

hai.
aku pun tak tau kenapa aku tiba2 tulis cerita 'aku teringin nak main air'. memandangkan sekarang ni bulan ramadhan lagi aku harap korang tak baca post ni sebagai 'aku teringin nak minum air'.

masa aku kecik dulu aku penah beli cikedis bon2 (yang ada gambar ayam goreng kat depan) dan dalam tu aku dapat mainan scuba-diver (kecik je). lepas aku makan cikedis tu sampai abis (aku ada bincang dengan kawan aku, ramai yang ambik mainan saje dan keropok ditinggalkan -aku tak suka membazir. coklat ding-dang pun aku habiskan) aku isi air dalam besen yang besar dan aku main scuba-diver tu dalam tu. aku ingat lagi. memang lama aku main benda alah tu.

aku rasa manusia memang kebanyakannya cenderung kepada air. (bukan pada bulan puasa) kalau tidak masakan aku tension tiap kali pegi Air Terjun Lata Tembakah pada hujung minggu. di mana mat rempit membuat barisan motor yang panjang seolah2 akan ada bigfoot yang melompat motor mereka. ditambah kewujudan bas-bas sekolah dan bas kilang yang tah datang dari mana. biasanya kalau terjadi situasi seakan2 circus mcm ni, aku patah balik sebab air terjun tu mesti penuh dan sesak.

aku dah jauh sangat ni pegi ni. berbalik pada cerita tadi..ya..aku cenderung pada air. masa kecik2 dulu aku suka tengok lukisan dasar laut. dan selalu ingin lukis pemandangan dasar laut. sebab tu la aku suka spongebob kot.

ada juga satu musim tu aku teringin nak mimpi berenang. serius.

masa kat UTM dulu aku ada geng yang suka hujan (bukan hujan bila aku sudah tiada). tiap kali hujan kitorang akan ambik shampu dan mandi hujan (padahal kalau mandi kat tandas tak pernah syampu pun - biasa la nak nampak meriah). diorang mungkin mandi sebab rumah sebelah ada awek, tapi aku mandi sebab seronok. betul. dan juga sebab rumah sebelah ada awek.

lama tak mandi hujan. ingat nak try la sekali bila2.
tak sama ngan mandi shower. bunyi dia lain sikit. suhu lain. rasa lain.
ok la. dah la tu. chow.

terima kasih kerana membaca 'aku teringin nak main air'

selamat hari raya

assalamualaikum

aku memang malas sikit nak tulis blog skarang ni, tapi raya dah nak dekat. jadi ni lah peluang aku menggunakan blog untuk beraya buat kali pertamanya.

selamat hari raya kepada :

1.kelompok kawan2 aku - sekolah rendah sri suria 1, Sekolah Dato Abdul Razak, UTM, UiTM Machang dan Shah Alam serta kawan-kawan mereka yang aku kenal.

2.rakan cyber - kawan friendster, myspace, dan benda2 yang macam ni la..dan mereka yang membaca blog aku la khususnya. thank you, thank you

3.peminat rahsia di serata Malaysia.

4.ngkau

ok. maaf zahir batin.

Tuesday, September 16, 2008

terapi jiwa di rumah sendiri

terapi terapi terapi

terapi bukan sejenis kenderaan awam. ia satu aksi, atau aktiviti.

aku balik kampung untuk puasa. lagipun aku bukan ada kerja tetap pun di kl tempoh hari. design tshirt dan jual, dan berborak sambil minum di kedai mamak - sambil menunggu kawan menghabiskan ceritanya sebab aku pun ada cerita hendak cerita. begitulah setiap hari. sehinggalah ibuku telefon dan pancing aku dengan makanan yang sedap2 untuk berbuka, lalu aku pulang ke rumah.

sebenarnya aku rindu juga lepak di rumah. beberapa bulan sekali kita harus juga dengar leteran ibu bapa (apa? mak bapak korang tak berleter?). tapi dalam keadaan kita yang dah matang dan akil baligh aku suka menerima leteran tersebut sebagai terapi jiwa. cuba buat salah sekali sekala (yang munasabah la..jangan la lebih2 seperti gunting seluar dalam ayah dan sebagainya). apabila ibu atau ayah kita marah, cuba kita menerimanya sebagai satu bunyi yang sudah lama ingin dengar tapi tak dengar,umpama lagu roxette-spending my time ataupun bunyi orang mesin rumput di pagi sabtu. jangan melawan..melawan akan membuatkan hati tidak tenang, tidak selesa dan dianiaya dalam masa yang sama. perasaan ini dapat digambarkan dalam situasi ini:

'anda naik kereta dengan kawan anda. anda memilih untuk memasang cd dan lagu pilihan untuk didendangkan. baru saja lagu itu masuk part verse dan anda sudah meng'clear'kan tekak untuk menyanyi, kawan anda mula bercerita. dan anda takleh menyanyi akibat terpaksa melayan cerita beliau.'

jadi mari kita bersama melaksanakan terapi jiwa. seronok juga ada masa lapang bersendiri. kita boleh berfikir dengan bebas (juga tidur dengan bebas) .pada pendapat aku, ia hanya boleh didapati dari keluarga. jadi walaubagaimanapun mereka, sayangi keluarga anda. bak kata orang puteh,

"one does not love something until they realize that it will be gone. one never loves breathing"

alamak mak aku datang..mak aku datang..aku tak basuh pinggan lagi..
chow!

Saturday, August 9, 2008

tips orang ingin berkasih-sayang #1

bila aku buat blog, aku mahu sebarkan informasi. dan informasi ini aku ambilnya dari pengalaman aku sendiri. jadi mungkin ada yang kau suka dan ada yang kau rasa tak best. aku peduli hape!!

entry ni bg aku adalah 'rare'. dan kalau ia sejenis barangan, ia adalah sebuah 'collector's item' laksana t-shirt wearenvy.
(ya, memang aku tengah syok sendiri! HAHAHA)

aku adalah seorang budak gemuk. aku mula develop self confident aku masa umur 12. walaubagaimanapun aku membentuk diri aku agar mempunyai karakter2 tertentu - supaya aku adalah budak gemuk yang ada karakter. aduh! tengok aku melalut. ok, berbalik kepada topik sebenar..

siapa yang tak mahu berkasih sayang? siapa tak mahu ada teman istimewa? 'seganas mana pun seseekor beruang itu, ia tetap makan ikan salmon dan mengawan' - haris abadi. Member aku pernah lihat seorang lelaki (di Ipoh) memakai baju bertulis 'Satanic Metal Cult' tengah makan dengan awek bertudung. siapa kata dalam hati si pengikut setan itu tiada taman bunga. Aku pernah kantoi mamak penjaga kaunter di Khalifah sek. 3 Shah Alam tersenyum sendiri semasa melihat babak cinta dalam cerita tamil yang tgh bermain dlm televisyen di kedainya.(aku tak tipu! dia memang tengah feeling sorang!)

ok. itu tips yang pertama. aku akan teruskan tips2 ini di entry seterusnya. untuk kali ini pelajarannya adalah - tak salah bercinta. serius. takde ape yang nak dimalukan. bercinta tak bermaksud tak brutal. tak bermaksud tak rock.

cinta adalah sesuatu yang baik.
lesson #1 - self confident.

chow. aku ngantuk pulak

Sunday, July 27, 2008

cepatkan masa vs. buang masa

tadi aku nak kencing. jadi aku gi kencing la of course.

aku lari ke tandas (jalan laju sebenarnya, aku jarang2 lari) lalu aku masuk tandas dan tak kunci pintu pun, sekadar tolak je bagi dia rapat sikit ok la. lagipun aku lupa nak bukak lampu.

aku pun kencing dalam gelap (aku target kencing aku menggunakan bunyi. jika tidak aku akan kencing ke belakang mangkuk tandas)

masalahnya - baru kencing sikit, aku dah flush. aku pun tak tau apasal. nak cepat la konon.
dan rupanya bila tangki simbah tu dah habis flush, aku tak habis kencing lagi. bodoh.

jadi aku pun bukak paip, halakan hos ke arah lubang kat tepi tangki simbah tu untuk mempercepatkan proses refill. dan aku bercekak pinggang dalam 2 minit sementara tunggu ia penuh. buang masa sial.

flush sekali lagi.

adik2 jangan contohi abang ye! bye!

Tuesday, July 22, 2008

5 M - wah hebatnya!

aku tertekan tengok satu iklan kesihatan. dia menyuruh kita melakukan 5 M.
Mengurangkan gula
Mengurangkan garam
Menambahkan sayur-sayuran
Menambahkan apekebenda tah
Menambahkan buah-buahan kot.

boleh tahan formula dia.

ahhh. at least dia try.

pelajaran? atau trend?

kali ini aku berjanji tidak mengarut dalam blog. kali ini lebih serius. tidak ada bayangan sotong kurita membelit jambatan pulau pinang atau bayangan kerengga menghurung badan seorang gadis yang bogel dan sebagainya.

aku mempunyai abang yang berjaya dalam pelajaran. ya, dia dapat 100% untuk exam add maths dan fizik masa form5 (sungguh menakutkan!). dan aku ada 2 adik yang aku tak tahu menahu pasal pelajarannya. tapi aku selalu nasihat, kalau mau ada pengaruh, kena jadi pandai dulu. nasihat ini diberikan lepas aku lihat mereka ingin jadi famous dengan cepat. mahu main muzik di atas stage di masa2 majlis makan fakulti. mahu ada stuff2 yang 'in' dan 'rare'. mahu ada t-shirt yang cantik. mahu ada trend yang bagus2.

tak salah. itu semua tak salah. pembangunan karekter amat perlu. tapi kena pandai. mahu ke jadi artis yang tak tahu bercakap apabila ditemuramah dalam tv? tak kisah kalau mahu.tapi aku tak galakkan.

aku rasa trend yang selalu terkini adalah menjadi seorang yang bijak. itu saja. siapa2 pun hamba trend. tak ada yang terlepas.mak aku? - hamba trend. mat kereta - hamba trend. budak punk - hamba trend. mat rempit - hamba trend. mat hip hop? hamba trend. mat despatch? hamba tak tau. tak sure.

apabila kita banyak ilmu. senang. jadi la ape2 pun. takde hal. boleh jadi trend setter. hebat. aku selalu terpikir pasal mat rempit. sangat authentic trend ini. asli. tak pernah dengar di barat. siapa trend setternya? ada pakaian sendiri. siapa yang setkan t-shirt lengan panjang belang2 baru style? siapa yang setkan motor rxz dan yamaha sebagai motor2 rempit? siapa yang setkan no plet mana yang tengah top dan yang dah ketinggalan? sapa yang setkan kena pakai rantai silver yang macam keretapi tu? sape trendsetter tersebut? dia hebat. aku tak tau dia siapa. tapi hebat.

aku pun hamba trend. aku rasa aku blogging pun banyak ikut trend. aku baca melayu minimalis. aku suka cara dia menulis. aku sudah ikut trend. aku baca neraka. aku suka. aku ikut trend lagi. macamana mau lari? manusia asalnya memang suka meniru. tapi yang memberi tiru itu lebih hebat. cepat! tiru aku!

aku tau korang nak mempertikaikan pendapat aku. fuck la korang. dengar sini. aku belajar di tempat aku belajar pasal art. pasal form. pasal design. pasal art elements. pasal design elements. aku keluar, tengok satu motor, lawa gila. cukup form cukup function. cukup decoration. cukup cool. (brand dirahsiakan) semua balance. aku pun cakap 'lawa siot'. member aku menyanggah 'mcm tu pun lawa? mana ada orang beli. mat rempit pun tak nak curi'.
................
settle. trend kills. 'taste' sudah tak diterima pakai oleh manusia. jadi aku bertekad. apa yang aku rasa cantik aku akan cakap cantik. apa yang aku rasa cool aku akan cakap cool. at least aku try.

korang reset balik taste korang sekarang. awek yang korang suka, betulkah korang suka yang mcm tu? atau korang banyak tgk filem hollywood (atau bollywood). mesti mau jujur balik. baru ilmu pengetahuan itu jadi relevan balik.

aku rasa lagi baik aku tulis pasal kerengga menghurung badan gadis bogel kot.

biar la. at least aku try. kepada yang tak setuju dengan post ini,
your mother is a cow.
tq

Tuesday, July 15, 2008

reflection

aku pernah terfikir satu teori. teori dia mcm ni, memang mengarut la. susah sikit nak cerita secara penuisan ni tapi aku try la.

oh ya. idea ni aku plan nak buat komik la (9 tahun dulu. Bapak lama!) tapi tak buat2 dan tak tau la bila masa aku nak buat pun aku tak tau. jadi sape2 rajin nak buat komik, ciplak je..tukar2 sikit ke. aku tak saman la..bukan ada copyright pun..


ada seorang mamat, nama dia A (aku tak decide lagi nama betul dia)
dia seorang designer yang banyak hutang along. (boleh tukar lagi sikit2)
satu hari dia termakan makanan basi..lepas tu dia jadi pening2 sikit (effect kat sini lebih kurang macam peter parker nak jadi spiderman)

dia balik rumah. tgk cermin. dia tgk reflecton dia lari sikit dalam cermin tu. (dalam 5 cm ke kiri)
dia perasan benda ni pun sebab dia tgk reflection kaki dia ada terkeluar sikit dari karpet yang dia pijak. dia hulur tangan, dan boleh masuk dalam cermin. (sini sound effect kena gempak)

basically, mcm ni la explanation dia : semua cermin di dunia sebenarnya boleh ditembusi dan ada satu dunia lagi dekat sebelah sana, ada clone kita kat sebelah sana yang berfikir dan bergerak sebijik macam kita. tapi kita takleh masuk sebab bila kita nak masuk, 'kita' yang kat sebelah sana tu pun nak masuk sebelah sini (korang ok? ke complex sangat). jadi akibat gerakan yang sama dan daya yang sama..kepala kita akan terantuk kepala dia..tangan kita akan berlanggar dgn tangan dia. takleh masuk la.

jadi si A ni boleh masuk sebab reflection dia dah lari sikit.
jadi dia tukar tempat dengan bayang dia tu.

isi2 kandungan dalam cerita ni :
1. dia kena makan dengan tangan kiri (walaupun orang kat dunia tu panggil kanan)
2.of course la - basuh berak tgn kanan (jijik sial)
3.dan...aku lupa la detail2 dia..

bla bla bla bla..dan akhirnya dia gaduh dengan along tu dan kena tembak tepat kat jantung. tapi dia terselamat sebab jantung dia kat sebelah kiri..mcm tu la..

ah..sial betul. terasa mcm bangang post yang ni.
tapi biar la.
mana tau kau suka.

suka tak?
zzzzz

Monday, July 14, 2008

pendek

aku rasa mulai ari ni aku akan tulis pendek2 sikit walaupun nafsu aku selalu menyuruh aku tulis panjang. aku rasa orang prefer blog yang ringkas2. ye ke?

seperti aku pernah baca dalam suratkhabar bahagian soal jawab kesihatan :
orang asia walaupun lazimnya mempunyai kemaluan yang lebih pendek namun mampu memberi kesan yang sama dalam hubungan seks dengan menggunakan teknik2 lain yang membantu.

hmm
apa salahnya pendek.
lagipun korang malas membaca.

bulu bertuah

hari tu kawan aku si A memberitahu sesuatu pada kawan aku si B,

A : wei B kau kalau shave mesti nak tinggal bulu hidung terkeluar macam ni.

B: oooo yang ni? Ini feng shui..feng shui..

aku rasa aku percaya.
menyesal aku potong selama ni.

Saturday, July 5, 2008

rokok - rutin yang bahaya

kali ni entry aku mungkin radikal dengan pendapat aku sendiri. tapi sebagai manusia normal aku harus selalu relevan dan berfikir.

aku ada baca beberapa posts pasal rokok yang ditulis oleh kawan aku dan jugak bukan kawan aku. tapi aku harus bgtau bahawa orang yang tak merokok takkan tahu mengenai perokok dengan detail - perasaan mereka, psychology mereka etc. Aku percaya 80% daripada girlfriend2 sedunia menyuruh balak mereka berenti merokok. dan mungkin jugak 50% daripada perokok yang disuruh berenti oleh gfriend2 mereka takkan bgtau rakan2 rokok mereka bahawasanya gfriend mereka suruh mereka berenti. awek aku yakni Intan adalah tergolong dalam gfriend yang 80% tu. aku tertekan. hehehe

sebelum aku menentang diri aku sendiri, biar aku ceritakan kelebihan rokok.

1.rokok adalah antara ice breakers yang terbaik. korang tak tau betapa senangnya nak berkawan bila kita merokok. malah, teknik meminjam lighter dari orang yang tak dikenali juga membantu membentuk cara bersosial dengan lebih baik. Malah jika nafsu menguasai diri tatkala rokok abis, anda boleh berkenalan dengan sesiapa saja ntuk memintak rokok dengan sesiapa yang tak dikenali (dengan umpan duit 50sen kononnya nak beli)

2.rokok adalah pelawas yang unggul-selain pisang dan betik, rokok mampu memberi keenakan yang tersendiri dalam proses nyahtinja. pernafasan seakan2 latihan perempuan mengandung memberi kelebihan semasa berak. aku tak tipu.

3.rokok mampu menghalau nyamuk-alasan ni memang saja diada-adakan untuk menambah kelebihan rokok. lagipun ubat nyamuk bukan mahal pun.

ari tu adik aku berenti merokok dengan bantuan produk s'detox. korang research la sendiri produk ni. memang bagus. aku pun ada try (dengan perasaan takut). tapi jangan takut. melalui experiment aku, at least kau kena ada 40% keinginan untuk berenti baru la produk ni berkesan.

tau kenapa? sebab rokok adalah rutin. rutin adalah bahaya. sangat bahaya. orang yang garu hidung tiap2 hari selama beberapa bulan akan mencipta satu tabiat yang rutin (contoh tahapehape). Kerajaan budget dengan buat slogan TAK NAK akan meninggalkan kesan pada perokok? no way man. malah dia akan menambah vokabulari lawak perokok dengan slogan tersebut. kadang2 orang isap rokok bukan sebab ketagih, tapi saje je, tabiat, rutin. macam kau tak rasa panas pun tapi kau bukak kipas - sebab bilik kau sunyi, dan kau perlukan bunyi kipas untuk menutup kesunyian tu. hui..complex

merokok adalah sangat cool (kepada perokok) dan sangat merosakkan kesihatan (pada yg tak merokok). orang yang bijak pandai, atau punyai kelebihan takkan mau berenti merokok sebab merokok bertindak sebagai 'balancer' untuk kelebihan atau kebaikan dia. contohnya, kau dapat no 1 je dalam exam, so orang akan cakap "fuyyo mamat tu hisap rokok tapi tiap2 kali exam pun dpt no 1". ishh..korang boleh paham tak ni? balancer..aku pun tak sure mcmane nak bgtau.

aku nak berenti. tapi aku nak satu benda yang boleh ganti rokok. apa2 saja. contohnya menggunakan penggaru belakang badan menggantikan rokok. jadikan ia satu trend. (dan pastikan ia cool) di mana jika kau lalu mamak atau mana2 tempat kelihatan remaja2 sedang menggaru belakang badan. sambil lepak2 minum teh, garu belakang. pelajar ponteng kelas dan menggaru belakang di dalam stor (oh ya, jgn lupa jadikan tabiat menggaru belakang illegal - dan kalau boleh wujudkan papan2 tanda TAK NAK garu belakang)

contoh aku memang berbunyi mengarut. tapi consider the strategy. aku serius ni sial.

ok la. panjang pulak. nasihat aku untuk mereka yang nak berenti (termasuk aku skali) kita kena fokus. jangan jadi seperti semasa kau tengah cari ketip kuku contohnya, bukak drawer, cari sini, cari sana, angkat cushion sofa, dan akhirnya terjumpa suratkhabar bulan lepas - ada isu menarik -kau pun baca sehingga habis.

dan berakhir dengan kuku kau tetap panjang.

fokus. fokus. fokus (eh mana lighter aku tadi aa)

Sunday, June 29, 2008

postpone lagi..aduhh

aku bukan takde idea.

malah aku ada banyak benda nak cerita ni.

masa tak mengizinkan. (tido tak mengizinkan)

takpe jgn risau aku tulis dalam buku semua isi2 penting.
nanti aku update. serius

tu je la nk bgtau stakat ni.

chow

Monday, June 16, 2008

BABI!

babi adalah binatang yang dikaitkan dengan sifat tamak dan gemok. boleh juga dikaitkan dengan masyarakat cina kerana mereka makan ia. kadang2 ia dikategorikan sebagai comel mungkin atas sebab ia berwarna pink, dan bulat.

babi berhuruf besar bermaksud menyebut perkataan babi dengan kuat.

babi berhuruf besar dengan tanda seruan (!) disebut dengan lebih kuat

ia terjadi apabila kita dah menaip blog dengan panjang, lepas tu komputer kat CC ni hang dan meninggalkan recovery yang sangat sikit seperti post yang bertajuk 'aku penganggur' di bawah.
perkataan 'siot' telah diletakkan untuk mengganti perenggan2 yg hilang.

BABI!

Aku Penganggur

akhirnya aku habis gak belajar. wah..ini rupanya perasaan habis belajar. perasaan yang member2 aku dah rasa 3,4 tahun dulu.apa perasaan? takde ape pun. sama je sebenarnya.

tapi aku bukan student lagi. aku dah tukar title jadi penganggur. tanam anggur (lawak old-school)


sekejap.

untuk pengetahuan korang, komen2 anda telah jadi satu input yang menyusahkan aku. sekarang bila aku tulis blog aku mula menyesuaikannya dengan pembaca2 yang aku kenal. masalah la macam ni

siot

Sunday, June 1, 2008

pangkor!


sungguh bergaya!

Tuesday, May 27, 2008

confuse

aku baru update blog aku yg satu lagi. dengan tujuan aku boleh separate yang formal dengan yang tak formal. blog mengarut dgn blog art.

masalahnya aku jadi confuse apabila nak post.

aku yang ngada2 nak buat. sape suruh.

Wednesday, May 21, 2008

agak2 sudah jauh berjalan, sila SAVE life anda

pengusaha-pengusaha permainan elektronik dan software2 komputer memang tahu perisian dan permainan mereka susah dan memakan masa, jadi mereka cipta option 'SAVE' jadi korang tak payah risau untuk teruskan aktiviti tersebut.

sayangnya, hidup kita takde button semacam itu. kalau kau tak zip seluar depan seorang awek yang cun, itu la hakikatnya. takde option untuk patah balik dan buat semula. cover je la dengan suratkhabar tu..

kadang2 aku memang perlukan butang save..dengan desperatenya..

aku cuba observe balik dalam manusia punya life, ada tak benda yang seakan-akan macam ni?
ada rupanya. tapi save dia lain macam sikit. takde la boleh patah balik dan ulang semula. tapi kita ada subconscious mind (minda bawah sedar) di mana ia selalu save dengan automatiknya apa yang kita lalui. otak kita memang hebat.

deria rasa kita adalah perakam, otak pula pita perakam. kita boleh PLAY balik apabila kita tahu kita ada RECORD sesuatu. aku ada perasan aku RECORD beberapa perkara:

1. Pohon Bergoyang
bila aku tengok pohon yang bergoyang ditiup angin, (terhad jugak ke jenis2 pokok yang tertentu sebenarnya) aku akan kembali ke kampung aku masa kecik, di mana aku baring kat tangga dan tunggu kakak sedara aku balik sekolah, tengok pokok besar tepi rumah nenek aku)

2. Mandi Guna Gayung Sambil Bercangkung
juga di masa-masa kecik, tapi aku tak sure kat mana, tapi aku selalu praktik sekarang - masih ada perasaan tu, serius, aku seronok gila. tapi aku takut nak buat selalu takut dia RECORD zaman sekarang pulak. tapi ok gak sebenarnya. nanti di masa depan aku nak ingat masa ni jugak.

3. Lagu
lagu ada banyak untuk dilistkan. tapi aku summarizekan je. lagu (bunyi) adalah antara yang paling power dan kadang2 boleh merekod dengan tepat. contohnya bila aku dengar lagu 'exist-rahsia pohon cemara' aku akan ingat masa aku darjah 3, main game komputer 'DUNE'. time tu kakak aku dok layan lagu tu. aku dok layan game tu. rupanya dia boleh relate. style!

4. Cahaya Berhabuk
Lagi kat kampung aku. bila aku tengok cahaya (cahaya dari tingkap/lubang pada zink akan dapat dilihat apabila ada udara berhabuk) aku akan pergi ke masa kecik jugak di mana aku mesti bangun pagi dan lipat tilam sebab nenek aku nak sapu karpet dengan penyapu lidi.

aku malas nak list lagi. blog ni sebenarnya mcm syok sendiri je sebab lain orang lain rakaman. tapi aku try nak trigger something la. aku rasa korang mesti ada. ini macam time travel jugak. dia punya feeling memang sama. aku tak tau nak cerita mcmane. tapi perasaan ni memang pure, dan real. aku suka siall. aku serius betul ni.

kalau korang ada rakaman yang sama (aku rasa susah nak jumpa yang sama) sila bagitau la.

jap, aku nak cari ubat gigi kodomo lion la kat kedai. aku rasa boleh ingat apa2 kot.

seronok doh jadi manusia.


Tuesday, May 20, 2008

aku nak mengarang tapi aku busy

aku nak mengarang tapi aku busy
sorry

aku hanya masuk untuk check komen skarang

komen aku
aku dahaga puji-pujian

korang pun sama kan?!

chow

Monday, May 5, 2008

Jujur? Penting ke?

Tajuk blog kali ni ada kaitan sikit dengan kenapa aku guna jujur dan radikal sebagai nama web blogspot ni. Jujur, penting ke?

Ceritanya bermula masa aku darjah 4. Venue - dalam bilik darjah. Masa - di antara kelas. Beberapa pelajar tengah lepak sementara cikgu datang (tapi biasanya mengharap cikgu tak masuk la). Seorang member aku memulakan cerita..(telah dialih bahasa dari bahasa kelantan)

"semalam mak aku demam, dia suruh aku masak nasi..kena la aku masak nasi. ingatkan susah..senang je..kau pernah masak nasi?" kata beliau pada kami.

"pernah..senang je.." kata si A

"pernah la..masak sambal tumis pun aku boleh.." jawab si B

"pernah la" kata aku (perhatikan, tiada huraian dalam jawapan apabila kita menipu)

tiba tiba datang si C, nama dia Khairul Amilin. Dia ketua darjah aku masa tu. Lantas dia cakap..
"ish aku tak pernah la..mcmane aa masak nasik.."

"Bodo..masak nasik pun tak reti..masuk air je ikut sukatan" kata si B

"Serius aku tak pernah masak nasik" kata Amilin lagi.

(Perhatikan, aku senyap lagi sebab aku menipu)

Ini bukan cerita rekaan. Ini betul2 terjadi. sampai sekarang aku ingat sebab aku time tu rasa malu dan respek gila la kat Amilin sebab dia jujur dan sanggup jadi minoriti. Lepas tu aku malu sebab..sebab ape aa..mcmane nak cakap ni aa..sebab aku mengaku pandai masak nasik (padahal topiknye masak nasik je..takde kaitan dengan peer pressure ataupun mencabar kejantanan pun). Tapi aku rasa aku ikut majoriti la masa tu.

walaupun cerita ni simple mcm tu je, tapi impak dia besar jugak. aku ambik pengajaran sampai sekarang. Lepas kejadian tu kalau aku tak tau sesuatu benda tu aku cakap tak tau je. Bila makin besar sekarang ni lagi la banyak benda2 mcm ni muncul, lagi2 kalau lepak dengan mana2 kawan yang gemar bersosial ke..contohnya pernah skali aku lepak ngan member aku lepas tu ada la awek2 yang kononnya hip dan urban..cerita2 kat aku dia pegi apebende tah nama disco tu..aku hampir2 nak ckp 'oooo...' tapi aku bertekad ckp 'kat mane tu? aku tak pegi disko he he' (biasa aku tambah gelak bagi nampak natural sikit) dan diorang akan buat ekspresi muka macam aku tak cool la..babi betul. mampos la, aku bukan kisah pun.

Bila kita jujur, banyak kebaikan sebenarnya. first sekali, of course la orang tau la yang kita ni jujur. Lepas tu kita akan tau benda baru..tak payah buat2 tahu sesuatu benda lepas tu balik rumah google benda2 bodoh yang kadang2 tak penting pun. Tak rugi langsung jadi jujur, dan aku rasa bila aku jujur, aku boleh memainkan watak Amilin dan mengajar seseorang..ok apa..kita ni bukan perfect. Tahap pengetahuan orang bukan sama. Orang yg duduk kat bukit mungkin tak tau ikat mata kail yang takde lubang berbanding orang dok tepi laut. belajar je la, apa susah?

Masa aku baca blog awal2 dulu, aku tengok orang yang tulis blog semua buat blog yang gempak2. politik, pepatah cina la, petikan itu la, ini la. Sampai aku pikir "ramainya orang bijak dalam dunia ni"..ataupun "ish, umur aku ni patutnya pengetahuan aku takat mane aa.." ataupun "ish, aku lama sangat tak baca suratkhabar ke?" ataupun "aku rasa aku kena jadi macam diorang la..semua buku penah baca, semua movie pernah tengok (yang rare2 pulak tu), dengar muzik yang cool2 pulak tu" sampaikan aku ajar adik aku tulis blog yang bagus menggunakan elemen2 yang diorang gunakan.

*currently listening to 'why the fuck did you care' nyanyian band 'the why the fuck did u care'

Akhir kata aku bagi nasihat bahawasanya penipuan yang berpanjangan (lebih2 lagi penipuan untuk menjadikan diri cool) akan membuat orang bosan dan menyampah jugak akhirnya. Last2 kau kena jadi true to yourself jugak. Buatlah karya -writing ke, drawing ke, apa2 ke - dengan bangganya. Aku rasa dengan cara tu lah karya kita lebih ada 'soul' sikit. Dan InsyaAllah orang yang baca/dengar/tengok pun dapat soul tu..baru best.

Aku bukan nak jadi baik. aku tau baik2 sangat pun tak cool. aku bgtau apa yang aku rasa je. mungkin ada berbeza pendapat. but fuck! who cares? (ditulis dalam bahasa inggeris agar nampak cool menggunakan bahasa campuran)

god bless Khairul Amilin.

Friday, May 2, 2008

kwuoirzoq (tribute to haris hafiz)

Memang macam cibai rasanya apabila adik aku telah pandai mengemukakan teori sendiri malah menamakannya dalam blognya yang bertajuk 'kwuoirzoq'. korang boleh check teori beliau di www.inuts-kebarangkalian.blogspot.com. Aku rasa beliau pernah mengemukakan teori ni pada aku dulu. Aku risau dia akan jadi lebih hebat dari aku kelak (untuk perasaan ini aku tolak 20# dari diri aku) cis. aku terguna teori beliau.

Dalam mencari rasional kepada kwuoirzoq aku rasa kita patut ambil contoh seorang penyanyi nigger kumpulan 'All for One'. Aku pernah dengar masa kecik dulu..suaranya memang best gila (100#) tetapi beliau mempunyai wajah hodoh dan bibir setebal polisterin (-100#). Jadi dia akan kembali normal. Tetapi bagaimana pula Alicia Keys? Suaranya sangat hebat (100#) tetapi beliau juga cantik (100#)? Jadi aku pasti beliau mempunyai satu tabiat buruk yang bernilai 200# seperti suka mencium tahi telinga selepas mengoreknya (-200#), contohnya.

Namun untuk sesuatu yang bersifat subjektif begini, kita perlu ada satu sistem yang sistematik. Sesuatu seperti kamus, atau buku sifir, dan juga perlu ada formula2 yang membantu. Teori ini mungkin baru di tahap hipotesis. Namun relevannya tinggi. Dan ia wujud dalam makhluk2 ciptaan Allah. Ikan Terubuk goreng contohnya, mempunyai isi yang sedap (65#) tetapi mempunyai banyak tulang (-50#). Lepas itu kau akan merasa susah membasuh pinggan kerana banyak tulang terlekat padanya (-15#). hmmm. memang normal.

Oh ya, berkenaan rekod kwuoirzoq yang ingin aku cipta, amatlah sukar. kerana dalam memperkembangkan teori sebegini, profesional2 dalam mengkaji kehidupan amat diperlukan untuk memberi rating kepada kwuoirzoq2 yang berkenaan. Aku cuba nak list tetapi amat sukar. Jadi biarkan saja ia. Ia akan jadi satu asas tidak formal yang membantu manusia menjadi lebih optimis. Contohnya jika kita melihat seorang awek kilang yang amat hodoh, mungkin kita akan berfikir..hmm pastinya ketiak beliau sangat wangi dan beliau mahir mengendalikan mesin kilang yang kompleks. (contoh saje)

Jadi. Nasihat aku untuk adik aku adalah gunakan kuasa ini sebaiknya. Jangan tersesat dari jalan Allah. Berikan kwuoirzoq yang negatif dahulu baru stabilkannya dengan kwuoirzoq positif (optimistik) dan jangan lakukan sebaliknya. kerana itu merupakan satu dosa.

Adik aku sungguh hebat tetapi.. (-#)

chow!

Tuesday, April 29, 2008

semuanya akan baik2 saja

Hari ni aku menulis blog di studio. aku rehat sekejap lepas bertungkus lumus buat artwork yang patutnya mengambil masa selama satu semester untuk disiapkan. aku pulak cuba buat dalam masa 3 hari. namun aku harap ia akan berhasil.

masuk tahun ini sudah dua tahun aku bergiat dalam bidang art and design. Aku ingat lagi semasa first year dulu, kawan aku tengok result SPM aku lantas dia ckp "result kau ok, apsal tak ambik course account ke, business ke.." aku sungguh tertekan mendengar kebodohan beliau, namun kebodohan itulah yang menghantui fikiran semua rakyat Malaysia. Kebolehan dalam bidang seni adalah termasuk dalam tujuh major intelligence dan bukan sebarangan orang mempunyai bakat. Fenomena ini memang wujud turun temurun dan ia menyakitkan hati aku - di mana pendapat mereka orang yang ambik art adalah mereka yang tak boleh blah mata pelajaran lain (termasuk art jugak sebenarnya) Selepas selesai beliau mengajukan pertanyaan itu, aku terus ambil pisau cukur dan kerat nadi di pergelangan tangannya (memang aku teringin nak buat macam tu waktu itu).

Aku mula melukis semasa 4 tahun. Aku lukis kepala kura2 (mak aku cakap) tapi aku tak pasti ianya terhasil secara intentionally ataupun accidentally. tapi itu tak penting. aku rasa yang pentingnya mak aku puji aku. Puji-pujian amat penting dalam hidup. Aku percaya orang yang terer matematik adalah kerana dipuji dalam kelas2 awal mereka di sekolah rendah. Selepas dipuji aku rajin la melukis. sampai sekarang. tapi itu pun ada kontranya. bila hobi kita jadi mata pelajaran, kita akan malas untuk membuatnya. Alhamdulillah tiada mata pelajaran merokok (mungkin kodnya RKK 101) kalau tidak mungkin aku malas pegi ambik rokok ni..

Aku dah datang balik. Sambung pasal melukis. pasal art. Ape yang kau dapat apabila ambik art? entah la. kau jawab la sendiri. aku rasa, belajar art maksudnya menajamkan minda. kita akan lebih alert dengan benda2 yang orang lain anggap tak penting dan absurd. dalam dunia ini wujud banyak benda yang kita rasa tak penting pun tapi menyeronokkan. contohnya berjalan dalam shopping complex dengan menghasilkan rhythm sendiri berdasarkan bentuk mozek lantai. mungkin koordinasi 2-1-2-1 atau selang satu mozek ataupun berjalan atas corak bunga etc. ataupun melukis pada karpet masjid yang baru (warnanya lebih gelap apabila kita tarik jari bertentangan dengan alur bulunya) dengan tujuan show off kepada orang sebelah bahawa kita terer melukis. ok. aku rasa benda-benda ni penting.

Kejap lagi aku akan sambung buat kerja. buat artwork lagi. mungkin nanti aku jadi artis (bukan artis macam Mawi) tapi biarlah. Walaupun nama artis tak semegah nama arkitek, lawyer atau engineer di Malaysia, yang penting aku happy. Apa guna duit banyak tapi tak gembira pun bekerja. buat apa pun, kalau gembira, dan senang hati, semuanya akan baik2 saja.

apa guna, bawak BMW tapi tak merasa nikmat melukis pada karpet masjid. (contoh sahaja)

chow.

Friday, April 25, 2008

Tanpa Idea - boleh juga mencipta idea

Blogging?

Aku...

Aku bukannya cerdik-pandai dan ekstremis filosofi-filosofi gampang. Hanya ingin jadi komersial, lantas menjual nama. Optimistic personality, quotes2 radikal, semua tipu untuk 'versatile'kan words2 xtreme yang zuhud.

Akhirnya aku berjaya menulis blog yang relevan dalam alphabetical order.

sekian.

Tuesday, April 15, 2008

tragedi tangki simbah - cuba menjadi optimistik

Aku bukan orang lama dalam blog. aku tak tahu pun tahap kebolehan aku dalam mengarang ayat2 untuk membuatkan orang berfikir mahupun ketawa. Secara realitinya, di luar dunia maya ICT, internet dan dunia2 yang berselirat dengan jalur2 wayar lebar ni, di dunia nyata, aku orang yang suka bercerita. Kebanyakan cerita2 yang aku kumpul adalah lucah (cerita lawak lucah memang senang didapati) dan satu lagi cerita pertandingan yang melibatkan karakter2 A, B dan C di mana pastinya karakter C yang menang dengan cara yang lebih hebat. Ini hanya intro dalam blogspot - 'si gemuk yang optimis' ini, jadi aku rasa penulisan pertama tidak perlu hebat2. hanya ala kadar, dan menggunakan bahasa melayu 100%. Baiklah adik2, ini cerita pertama saya.
Tadi aku kencing di tandas awam (aku tak tau kenapa tapi banyak isu tandas awam diketengahkan dalam blog aku. mungkin kerana banyak kejadian dramatik terjadi dalam tandas awam - seperti terberak di hadapan pintu semasa meng'adjust' kunci, contohnya.) Selepas aku kencing, aku flush. Air yang keluar dari tangki simbah itu sungguh laju sehingga tersimbah ke kaki seluar aku. jangan risau, tiada tahi yang terkena seluar aku. kalau ada pun aku takkan bagitau perkara sebenar. Kesan dan implikasi dari tragedi itu tadi membuat aku tertanya2 mungkin ini sebabnya orang tak minat nak flush kat tandas awam - lantas membuatkannya hancing. Kalau diorang flush, air kotor akan terkena seluar, kemudian anjing akan menjilat seluar dan terus seluar tu takleh dibawak sembahyang. (sebenarnya tak payah letak anjing tu pun dah cukup dah, aku mengaku aku saja buat2 cerita). Jadi kerajaan takleh nak salahkan mentaliti pengguna tandas awam dalam hal2 macam ni, sebab kerosakan mekanisme tangki simbah juga boleh menambahkan kekotoran tandas awam.
Ya, aku yakin orang Malaysia budi pekertinya mulia. Termasuk aku. Selepas kejadian tadi aku terus keluar dan kencing di dalam sink - sebagai tanda protes kepada plumber. Kemudian aku balik dan tulis blog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...