Monday, December 15, 2008

memeriahkan bahasa lagi! yay!

semasa aku menerbitkan entry bahasa budaya bangsa hari tu, aku dapat banyak feedback dari dalam alam maya dan di dunia nyata. masing2 ingin memberi contoh perkataan mereka. dan sempena aku ada masa sekarang, mari kita lakukan.

namun aku juga bimbang takut disaman oleh dewan bahasa kelak.

tapi jangan risau. aku tidak cuba membuat sesuatu yang jahat. hanya ingin menggalakkan otak aku berpusing. Thomas Alva Edison berjaya mencipta mentol pada cubaan yang ke seribu. beliau telah ditanya soalan 'bagaimana perasaan kamu? hanya setelah seribu kali mencuba barulah mentol itu menyala'

beliau telah menjawab 'ya, kini aku tahu 999 cara bagaimana tidak membuat mentol'

--------

1.beramal
aku : hello, bogus, jom minum kat Azwath sekarang.
bogus : mana boleh beb. aku dah beramal sekarang. kalau aku keluar nanti bini aku koyak poster2 butterfingers aku.
(perhatian1 : perkataan ini hanya boleh digunakan oleh bogus. tahniah. bogus telah selamat mendirikan rumahtangga bersama Amal Syahirah 2 minggu lepas)
(perhatian2 : namun bogus tidak boleh menggunakan ayat 'mengamalkan' kerana ia menggambarkan beliau telah berkahwin dengan kamal)

2.ternak
makcik : eh Ari, ambiklah lauk lagi..takkan makan sayur je kot..tak sudi ke..
Ari : eh, takpe makcik..takpe kalau saya ternak ayam nanti, saya ambik.
(credit - ari)

3.terpesona
Lee : aku memang nak beli Iswara sebenarnya. sayangnya aku dah terpesona.
(credit - lee )

4.menyampah
lina : eeee...aku geram betul dengan si Mariam tu..mengada2! tak malu! eee...
menyampah dulu la aku..
zainun : haa..alang2 tu ambik sampah kat dapur tu skali. ada dua plastik.

5.menaikkan
haris : hoi..buruk la perangai kau..kau menaikkan tadi?
hafiz : haa..apsal? aku lupa nak flush ke? haha sorry..sory..
(credit - haris hafiz)

6. menaiki
zubir : kau memang tak menaiki ke?
Ismail : haah..aku lagi suka adidas.

7. memerangi.
salmah : sayang, u ni pantang i marah, mula la memerangi i..
salman : sayang, muka i time sedih memang macam ni..nampak mcm memerang ke..
tak baik u..awwww

8. mentadak

husin : Apa ni ane!! come on la..nak tukar syiling pun susah ke? macam ni hal pun u nak mentadak?!
mamak : tadak! tadak! tadak! sana kedai tukar..sini syiling mau bagi pelanggan lain la macha..

ya..kini aku tau 8 lagi cara tidak bercakap bahasa melayu dengan betul.

sekian.

4 comments:

cah anak cikgu man said...

Jemaah :
ustaz, apakah ganjaran bagi seseorang yang solat dengan sempurna?

Ustaz :
Berdosa!! waktu solat kita tidak boleh melakukan perkara-perkara yang membatalkan solat. apatah lagi merokok..

durian said...

hahaha..solat dengan sampoerna?

Bogus said...

oit...kamal aper plak nih...aku straight dowww...

jumpa RTW8

Red Sins Golden Ambitions said...

wahahaha.. klaka la ko ni. terpakse aku mengutarakan komen sbb klaka sgt. salu aku menyelatankan je komen2 aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...