Monday, December 15, 2008

peti cadangan?

senang2 saja cah anak cikgu man menyuruh aku menghuraikan pemikiran beliau berkenaan peti cadangan yang disalahguna. aku sungguh tertekan. namun aku professional menghadapi cabaran2 sebegini. lagipun, aku hanya susah nak bangun tido.

cah, begini.

peti cadangan mempunyai pelbagai bentuk. ada yang cantik dan tidak kurang juga berbentuk seperti sarang burung merpati. tapi aku tidak peduli pada bentuk2 kecuali semasa aku sedang belajar di kelas sculpture 101 - form and content dulu. lebih2 lagi bentuk2 yang dijumpai di pejabat2 kerajaan.

ya, aku mengakui pernah melihat orang memasukkan syiling dan brochure ke dalam peti cadangan. tapi mungkin mereka menyangka peti cadangan tersebut adalah vending machine. mereka hanya mahukan vanilla coke, cah.

jadi. pendapat aku adalah - kita tidak boleh menyalahkan mereka. kita juga kadang2 menolak pintu yang bertulis 'TARIK'. dan kadangkala menarik pintu yang bertulis 'TOLAK' apabila ada makcik yang sedang berpeluh betul2 di hadapan pintu.

jadi. mari kita maafkan mereka. namun mereka2 yang meletakkan brochure ke dalam peti cadangan, adalah seolah2 mereka yang menolak sliding door. mereka sungguh bodoh.

sekian terima kasih.

1 comment:

Jusohbedil said...

ya..betul..aku tidak melintas untuk memperkatakan tentang pintu
7E yang seakan-akan peti cadangan walaupun idea itu melintas sambil berlari-lari anak dihadapanku dan terus ke blog ini..ah..biarkan..biarkan...mari kita mencari kesalahan orang..jangan kita dipersalahkan hanya kerna kebodohan kita...(aku tak rasa aku ni bodoh..malah cerdik lagi comel aku rasa)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...