Saturday, December 13, 2008

mari menjadi baik

assalamualaikum.

bagaimana? baik bukan?
mulai hari ini aku akan mulakan blog aku dengan assalamualaikum. kerana ingin dikenali sebagai blogger muslim. si muslim gemuk yang optimis? oh mungkin tak sesuai. si gemuk yang muslim? mungkin terlalu muallaf bunyinya. jadi cukup sekadar salam je lah.

hari ini aku ingin mengajak para pembaca yang sengaja/terbaca entry ini agar menjadi baik. bukan secara islamiah saja. baik kepada sesiapa saja. termasuk menolong makcik melintas jalan. makcik sape aku tak tau. janji makcik.

baiklah.aku mengaku aku bukan dalam mood mengarang sekarang.

tapi nak mengajak korang jadi baik. contohnya senyum semasa membayar kepada penjaga tol yang sedang menunggu shiftnya habis, dan buat muka macam taik (ah, maaf! terkasar bahasa)

dan bayarkan tol untuk kereta belakang. pasti hati rasa gembira. cubalah!

aku tak pernah.

3 comments:

Anonymous said...

nak jadi baik senang...nampak je pekerja JKR yang dok turap jalan, benti kejap kete, pastu bertegur sapa, bersalam-salaman, bertanya khabar lantas bertanya, "brape kilo lagi nak siap? tak panas ke wat keje tengah jalan? hari tu beraya kat mana? ape acuan nak buat tar jalan? dan banyak lagi soklan2 BAIK yang boleh disoal.....cubalah...kalu anda tak kena pelempang, aku pun nak cuba......

Anonymous said...

aku lupa penutup kata dan noktah....--> ".

Unknown said...

assalamualaikum abang,

silalah melayari blog saya di www.teh-kehidupan.blogspot.com dan jangan lupa menge'link'kan alamat saya.

sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...