Wednesday, December 17, 2008

faizal husin. dia ok

tadi aku melepak di mamak seorang diri lepas menghantar barang. selepas mengorder teh o ais, aku pandang2 kiri dan kanan tengok orang.

setelah puas pandang orang, aku pandang tv pula. oh yes, gila2 remaja.

lama juga tak tengok cerita ni. aku layan. teringat masa kecik, balik sekolah bukak tv, ada gila2 remaja. aku tengok dengan keinginan yang sama macam jebon, ingin menjadi faizal husin. aku buka baju sekolah pukul 4 hari tu.

aku tergelak dengan kuat beberapa kali di kedai mamak itu. sungguh cool hero melayu dulu.
dengan rambut panjang belah tengah, dan meninggalkan beberapa helai di dahi sebagai fringe yang macho, jaket kulit berwarna hitam (dan kadang2 merah). beliau mengikut trend semasa, mampu breakdance, menggilai suzy yang berkening tebal dan berbaju aerobik. mempunyai sidekick yang kelakar dan cocky. kuzi contohnya, walaupun mempunyai nama seperti masakan, namun adalah seorang kawan yang setia dan nakal. roy juga mempunyai nama yang ringkas, azroy bin azlan. dia berkawan dengan bangsa2 lain juga. si roy adalah seorang yang bijak, memakai air force one, bermain yoyo dengan rakan yang juga cool, semestinya. roy tidak salah memilih musuh, iaitu farouk. farouk juga adalah musuh negara. ber'port' di rumah buruk yang mempunyai graffiti burung gagak yang juga buruk, dan ada berkotak2 kokain di dalam rumah tersebut (kayanya!).
roy juga prihatin, melawat remy di penjara, membeli kuih dan air kotak, malah menyucuk straw kepada remy. menderma darah kepada awek, mengajak kawan2 turut menderma darah, dan akhirnya menjadi pelajar terbaik. fuh! apa lagi yang kau nak?

dia memang seorang icon. setaraf dengan micheal j fox.

faizal husin. dia memang ok.

6 comments:

Bogus said...

roy derma darah untuk bapak awek dia laa...bukan kat awek dia...awek dia derma dara jer bukan darah...haih

p/s-teringat time form 1 ko nak jadi norman kru kan...pastuh arwah faizal edry...aku nak jadi errkkk...rahsia...ke camner ntah tp ko mmg obses kru time tuh...

durian said...

doh..jangan pecahkan rahsia aku di blog..ahhhh..sialan..

Lee said...

cite apa yg faizal husin main bunuh lalat pakai tiup straw tu? tu tahap cool yg tak masuk akal... tapi still cool..

Cah anak Cikgu Haji Osman said...

roy jugak suka belajar walaupun suka merempit juga..sebab itu dia tidak lupa untuk membawa buku teks sewaktu merajuk membawa diri..

dia juga inginkan anak yang banyak dan bukannya anak yang ramai...

tapi mana pergi ibu bapa mereka? adakah mereka kawan-kawan yang majmuk yatim piatu?

cah said...

haha..apesal aku tak terbaca komen no.1 tuh..memang btol la tuh..masa darjah nam, siap beli buku hape name ntah, yang pasal KRU..yang ada karikatur KRU tuh...hahahaha

durian said...

natammmmm...
terbongkar imej rap aku yang sebenar!
cis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...