Monday, December 29, 2008

haris abadi. kau kenal?

(jika tak mau masuk campur, usah baca!)

semasa aku kecik, aku rasa nama aku sungguh pelik. aku anggap mak aku bersalah atas nama aku yang pelik ini. haris abadi. oh..aku tak dapat bayangkan bagaimana aku akan pakai name tag tertulis nama begini apabila ke pejabat kelak. betul ni aku tak tipu. memang aku rasa begitu dulu.

aku berfikir dua tiga kali apabila hendak meletak nama betul di blog. ye lah mana tau tiba2 JAIS call aku kerana aku mencarut secara pukal di blog. tapi takpelah. mungkin boleh jumpa kawan2 lama dengan pendedahan ini.

setiap kali aku pergi ke kaunter2 dan pejabat kerajaan untuk pendaftaran dan lain2, aku akan dengar soalan yang biasa dari mulut mereka 'adik ebby abadi ke?'. tolonglah siapa2 yang akan berkenalan dengan aku nanti jangan tanya soalan yang sama, kerana aku rasa nak ambik marker dan tulis di pipi mereka 'EBBY ABADI HANYALAH NAMA GLAMOUR BELIAU'.

setiap kali aku dengar lagu rock kapak pula, ada saja perkataan 'abadi' dalam lirik. cuba kau fikirkan satu. mesti ada. aku sudah bosan, tiap2 kali perkataan 'abadi' berkumandang, kawan aku akan berpaling secara mengejut ke arah aku dan membuat gaya 'tupai yang kaget terlihat lampu kereta yang menuju laju'. buat biasa sudah la.

semasa aku belajar di UTM dulu, ada seorang kawan telah menggunakan nick 'haris abadi' untuk account yahoo beliau. sampai la ke sekarang. dah 9 tahun?!!
aku plan dalam minggu ni aku akan pegi ke wangsa maju dan mengutip royalty dari beliau. jadi sesiapa yang pernah berkenalan dengan haris abadi di dalam alam cyber, itu bukan aku. aku tidak suka2 menggatal di internet. hahaha

cikgu matematik aku semasa darjah 4, cikgu zamrah, suka panggil aku dengan nama haris forever dulu. ingat saya batman ke cikgu? tapi dia cool. kelakar.

semasa aku bersekolah di pasir mas, kawan2 aku panggil aku bedi, dengan tanda sabdu pada huruf B. berbunyi bbedi seperti dalam contoh ayat berikut :
"hello..bbedi? mukasurat berapo khijo skoloh?"


dalam umur 13, aku mula suka dengan nama aku. sungguh bangga.

skarang kau kenal siapa haris abadi?

=p/s aku selalu menganggap jika kita senyum dan mengucapkan 'terima kasih' kepada penjaga tol yang berlainan seramai 100 orang, kita akan mendapat nasib baik.

14 comments:

Marzuki said...

haha, punyalah lawak nama. tapi oke la itu kan nama yg baik wlaupun klakar

buruh said...

haha, abby abadi.

situasi aku:
dialog antara aku dan bapa saudara bini (alang).
1st time jumpa.

alang: ni nama betul apa?
aku : hafizul rahman
alang: oh, nama macam bangla.
aku :........

tapi kalau google pun memang betul ramai bangla nama hafizul rahman.
.
.
.
cilaka!

Weed and Bandages said...

forever namanya..

durian said...

marzuki, lawak ke nama aku? sedih aku kau cakap mcm tu. obi wan kenobi lagi kelakar nama dia.

buruh..haha akan ku google hafizul rahman..

weed, ya weed, forever namanya.

jusoh bedil said...

kadang2 aku keliru antara haris abadi dengan haris adabi...

Ladynoe said...

fandi pun cakap kau adik Ebby abadi.

Wakakakakakak. Cikgu yang panggil kau haris forever tu mmg lawak klasik. wahahahaha. Apsal aku gelak ni.

durian said...

jusoh bedil..aku patut tulis pasal haris adabi..lupa..
itu satu lagi lawak yang aku sudah bosan dengar.

ladynoe, cikgu aku tu memang klasik. nama pun macam nama planet kan..
hehe

BuNnY said...
This comment has been removed by the author.
BuNnY said...

nama aku bani hakim
nama adek aku bani iman adha
nama akak aku noor fonseka
.
.
.
aisey aku lupa apa nak cakap

durian said...

bunny..nama kau cool sial. aku mcm pernah dengar nama noor fosenka. tapi lupa kat mana.

vidadarisakura said...

haris abadi= dayS forever..
haha
cool gilak..hee

mimie said...

haris forever??

bijak ah cikgu tuh :p

RIDZWAN AHMAD said...

orang memang akan ambil jalan mudah dan berseloroh dengan nama kita jika nama kita dekat2 ngan nama artis mcam nama ko.."haris abadi"...

haris abadi said...

royalti mung hanya lah rm1.20....bila nk mari studio?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...