Monday, August 2, 2010

Bantal panas / tungku elektrik paling murah di Malaysia!


bini aku suruh promote produk baru beliau ni di blog aku. dia tak tahu ke blog aku ni dekat 2 tahun dah tak aktif?

tapi apa2 pun. kalau nak beli bantal panas/tungku moden ni (hadir dalam pelbagai design) dengan harga serendah rm20, pegilah melawat blog beliau di bantalpanasmurah.blogspot.com. aku post bagi cukup syarat. hehehe

ok sayang?

Friday, April 9, 2010

akhirnya aku kembali

gila, lama gila aku tak tulis blog.. kata aku di depan cermin sambil membentuk2 rambut dengan tangan. Dah lama aku tak sikat rambut guna sikat. lagi lama dari tak menulis blog. selesai betul-betulkan rambut dan ejas-ejas janggut sikit aku bersedia untuk pergi kerja.

aku bangun ngam-ngam dengan azan subuh sekarang. terasa macam tok siak masjid pun ada jugak kadang-kadang. ini kerana jarak rumah aku dengan tempat kerja sekarang mengambil masa dalam sejam setengah untuk sampai. maknanya aku spent masa 3 jam di atas kereta sehari untuk perjalanan pergi balik . 3 jam patutnya boleh layan Avatar seround lagi. tak pun layan Asmaradana 3 episod. tapi kalau aku layan tv, maknanya aku tak pergi kerja hari tu.

selesai memakai stokin, aku berdiri dan menyarung kasut. macam biasa bila kita sarung kasut sambil berdiri, lidah kasut akan termasuk ke dalam. tapi aku tak kisah. 'ah penampilan tak penting. ilmu di dada lebih penting!' jerit aku kuat sambil menggenggam tapak tangan dan membuat muka. perilaku aku ini biasanya diperhatikan oleh mak aku di depan pintu sebelum dia menutup pintu gaya suruh aku blah cepat.

aku keluar dalam suasana masih gelap. biasanya ada seekor katak di sudut depan pintu rumah sedang bersantai layan kelkatu. ayam jantan berkokok sahut menyahut. pintu kereta tidak boleh dibiar terbuka semasa proses pemanasan enjin kereta, nanti masuk nyamuk. nyamuk akan mengganggu fokus aku semasa drive kerana aku akan cuba menangkap beliau. lampu jalan masih menyala dalam kabus tebal manakala makcik-makcik bertelekung sembahyang pula muncul dari tepi jalan. lari jugak stereng aku, terkejut. di waktu ini langit akan bertukar menjadi kemerah-merahan, memancarkan cahaya matahari ke muka budak2 sekolah berbasikal yang kebanyakannya berbedak tak rata. aku macam biasa, terus memandu dengan gaya pegawai kerajaan yang bertanggungjawab.

selepas mengharungi dalam lima nam belas traffic light baru aku sampai ke pengkalan chepa. masa tu lampu jalan dah padam, kereta mulai muncul dengan banyak. pemandu-pemandu biasanya memandu dengan muka tertekan kejar punch card. anak-anak pemandu juga kelihatan tertekan di seat belakang. tak siap homework matematik agaknya, fikir aku sambil membelok masuk simpang ke UMK. Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang amanah, aku harus pantas.

lepas key in nombor staf saja, aku terus masuk ofis. selesai membuat muka friendly kepada rakan-rakan sekerja, aku duduk di kerusi sementara aku dan menarik nafas panjang. terkenang aku tanggungjawab aku sebagai pekerja. akan aku berusaha! aku tarik kerusi rapat ke komputer.

bukak internet seround. tak sedap badan kalau tak kena facebook dulu pagi-pagi ni.



Saturday, February 6, 2010

memang macam tu. aku nak buat macamane?

tahukah anda

1. mi kari akan menitik pada baju anda hanya pada hari anda memakai baju putih.
2. syiling akan jatuh dari coin box semasa jalan tol tengah clear.
3. mak anda akan menelefon anda semasa anda sedang drive beriringan dengan polis trafik.
4. tidak akan ada road block jika anda memakai tali pinggang keledar.
5. anda cenderung untuk kencing semasa menaiki bas
6. kawan anda yang telah lost contact sejak 10 tahun dulu akan telefon anda semasa bateri henfon tengah low, di stesen bas.
7. cikedis yang dibeli oleh kawan rasanya lebih sedap.
8. semasa ada duit, kereta tidak akan rosak
9. pensel boleh hilang dengan tiba-tiba semasa kita sedang membuat kerja

dan

10. semasa sibuk, idea untuk blogging datang mencurah-curah.

memang macam tu. aku nak buat macamane?

Thursday, January 7, 2010

thanks Allah, for the wife

malam semalam intan masak udang sambal. dan ternyata pedas. jadi, aku ambil udang sajalah semalam, dan aku ambik kicap untuk gantikan kuah. lauk tu tak habis semalam, jadi ia disimpan dalam peti sejuk saja.

hari ini, bangun pagi, di bawah tudung saji. ada udang masak kicap untuk lunch.

untuk kesusahan dia bangun awal pagi dan alter lauk untuk aku, aku bagi lifetime warranty of happines kepada perkahwinan kami. tq, wifey.

yang benar, dan suka makan udang,

HARIS ABADI.

Monday, January 4, 2010

merong mahawangsa - something to wait and see

ok kali ini aku tak menipu dalam blog. aku dah tua dah.

suatu hari di kuantan, aku pernah pergi ke panggung wayang di Kompleks Teruntum untuk menonton filem. pada masa itu, ada dua poster coming soon terletak bersebelahan antara satu sama lain - satu, filem Queen of Langkasuka dari thailand, dan di sebelahnya Bohsia - jangan pilih jalan hitam. kontra.

aku yang dah menempuh beberapa tahun belajar dalam bidang fine art, dah disumbat dengan ilmu-ilmu untuk menilai warisan, terasa juga sedih di hati melihat kedua-dua poster. bukannya aku against filem bohsia, tapi entah la. Poster Queen of Langkasuka, dengan heronya memegang keris, dengan hulu tajong lagi, membuat aku iri hati. poster malaysia, sekadar gambar dua couple rempit atas motor.

"tengok beza dua ni. bila la malaysia nak sedar. orang lain dah buat cerita hero jenis lord of the ring pakai keris dah. tak sempat aku nak buat dulu" kata aku kepada makcik sebelah. dia stare aku 5 saat, terus tarik anak dia pergi.

tapi hari ni aku dah jumpa trailer Merong Mahawangsa oleh KRU studio selepas dengar kabar angin tempoh hari. aku harap filmnya pun se'epik' trailernya lah. even kalau cerita ni menghampakan pun nanti, aku still salute KRU lah untuk effort diorang. Dan khabarnya skrip ditulis oleh Amir Hafizi. kalau beliau adalah 'the Amir Hafizi', aku harap skripnya mantap dan membuatkan aku puas menonton cerita dari sejarah macam ni. Sebab itu hari aku rasa Puteri Gunung Ledang tak cukup memuaskan aku.



tonton trailer di http://www.youtube.com/watch?v=2hasCIdPpsw

seriously aku cakap, cicak man GAGAL bagi aku. tak original, cerita bodoh, skrip hancur. lantak kau la nak cakap ape. sekian

sampai sekarang takde orang buat lagi kan?


Tadi aku layan Nujum Pak Belalang kat tv2. untuk kali keberapa ntah.

tak kiralah, cerita hollywood ke, bollywood ke, korea ke, hong kong ke, aku tak pernah tengok villain/criminal pakai baju polkadot besar gitu. lagi style pada baju 'Riddler'.

memang 'catchy'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...