Friday, April 9, 2010

akhirnya aku kembali

gila, lama gila aku tak tulis blog.. kata aku di depan cermin sambil membentuk2 rambut dengan tangan. Dah lama aku tak sikat rambut guna sikat. lagi lama dari tak menulis blog. selesai betul-betulkan rambut dan ejas-ejas janggut sikit aku bersedia untuk pergi kerja.

aku bangun ngam-ngam dengan azan subuh sekarang. terasa macam tok siak masjid pun ada jugak kadang-kadang. ini kerana jarak rumah aku dengan tempat kerja sekarang mengambil masa dalam sejam setengah untuk sampai. maknanya aku spent masa 3 jam di atas kereta sehari untuk perjalanan pergi balik . 3 jam patutnya boleh layan Avatar seround lagi. tak pun layan Asmaradana 3 episod. tapi kalau aku layan tv, maknanya aku tak pergi kerja hari tu.

selesai memakai stokin, aku berdiri dan menyarung kasut. macam biasa bila kita sarung kasut sambil berdiri, lidah kasut akan termasuk ke dalam. tapi aku tak kisah. 'ah penampilan tak penting. ilmu di dada lebih penting!' jerit aku kuat sambil menggenggam tapak tangan dan membuat muka. perilaku aku ini biasanya diperhatikan oleh mak aku di depan pintu sebelum dia menutup pintu gaya suruh aku blah cepat.

aku keluar dalam suasana masih gelap. biasanya ada seekor katak di sudut depan pintu rumah sedang bersantai layan kelkatu. ayam jantan berkokok sahut menyahut. pintu kereta tidak boleh dibiar terbuka semasa proses pemanasan enjin kereta, nanti masuk nyamuk. nyamuk akan mengganggu fokus aku semasa drive kerana aku akan cuba menangkap beliau. lampu jalan masih menyala dalam kabus tebal manakala makcik-makcik bertelekung sembahyang pula muncul dari tepi jalan. lari jugak stereng aku, terkejut. di waktu ini langit akan bertukar menjadi kemerah-merahan, memancarkan cahaya matahari ke muka budak2 sekolah berbasikal yang kebanyakannya berbedak tak rata. aku macam biasa, terus memandu dengan gaya pegawai kerajaan yang bertanggungjawab.

selepas mengharungi dalam lima nam belas traffic light baru aku sampai ke pengkalan chepa. masa tu lampu jalan dah padam, kereta mulai muncul dengan banyak. pemandu-pemandu biasanya memandu dengan muka tertekan kejar punch card. anak-anak pemandu juga kelihatan tertekan di seat belakang. tak siap homework matematik agaknya, fikir aku sambil membelok masuk simpang ke UMK. Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang amanah, aku harus pantas.

lepas key in nombor staf saja, aku terus masuk ofis. selesai membuat muka friendly kepada rakan-rakan sekerja, aku duduk di kerusi sementara aku dan menarik nafas panjang. terkenang aku tanggungjawab aku sebagai pekerja. akan aku berusaha! aku tarik kerusi rapat ke komputer.

bukak internet seround. tak sedap badan kalau tak kena facebook dulu pagi-pagi ni.



7 comments:

pakd0 said...

jeng k0il m0lek...
g0men xken0 bl0ck k0 FB?

Ilmapung said...

UMK? ahahaha.. sepupu dengan UMP la tuh..

Lee said...

hampir 3 bulan kau senyap.... style penulisan dah lain...

Khemy said...

baru jumpa blog jujur macam ni. gemuk sangat ker? berapa kg?

Tun Jusoh said...

mung bangun serentak dengan azan subuh, smayang subuh ko dop?

_che.amat_____ said...

gomen san ...
man!!!!

Anonymous said...

Gaya betul2kan rambut tu mcm komik dayne je.. ehem ehem

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...