Tuesday, December 30, 2008

walaupun tajuk blog ini gemuk yg optimis, kadang2 aku kecundang dengan KFC.

ok semua. aku malas nak pikir panjang2. aku tulis ala kadar je lah. sekadar nak melepaskan nafsu blogging aku. (ish..toghuut)

seperti tajuk yang di atas, aku ingin mendedahkan saat2 aku menjadi seorang pessimist. secara analoginya beginilah. jika aku lihat gelas yang ada air separuh di dalamnya, aku takkan pikir sama ada ianya half empty mahupun half full. aku akan fikir ianya harus diletakkan sirap dan ice, lantas melegakan tekak aku yang kering.

itu adalah satu sedutan ringkas berkenaan prinsip, dan statement 'si gemuk yg optimis'.
optimis dengan cara aku sendiri.

siapa yang berbangga2 bahawa badannya gemuk? selain Afdlin Shauki, aku tidak pernah jumpa orang lain. gemuk biasa dikaitkan dengan penyakit, kemalasan, seluar yang terselit di celah bontot dan banyak lagi. aku? aku pun tak pasti aku harus menyebelahi siapa.

pernah sewaktu di UTM dulu. seorang kawan menyuruh aku duduk dengan posisi 'tahyat akhir'.

aku pun buatlah, menyangkakan dia akan buat magic.

lantas dia kata 'haa tengok lutut kanan kau tak sentuh karpet. maknanya kau gemuk..
lemak terkepit celah paha.'

ohh sungguh berhelah teknik mengukur kegemukan beliau (Ladynoe. tunang kau harus bertanggungjawab!!)

aku pernah cuba diet. aku selalu juga berjogging ke kedai fast food yang terdekat.
sebenarnya..kau tahu, aku tidak kisah kau cuba sogok aku dengan friday's atau tony roma's sekalipun. jika aku bukan in the mood, aku akan tolak juga. (ada orang mahu offer?)

tapi, aku tidak tahu mengapa aku tidak mampu menahan bau KFC.
dan tiap kali aku ke kaunter KFC, hati aku akan berkata :

'cuba kau perhatikan gambar di atas..dinner plate adalah paling memuaskan. ditambah pula dengan cheesy wedges'

aku lantas menjawab 'ahh..dua ketul sudah mencukupi! tadi kan sudah makan nasi kerabu dgn solok tadi, selepas menghabiskan mee goreng sarapan pagi..sudah lupakah?'

lalu aku membayar untuk dinner plate dan cheesy wedges.

selepas aku makan ayam seketul aku biasanya akan berkata kepada adik aku 'pih, lain kali kita kena nekad! 2 ketul pun susah nak habis'
lalu adik aku akan berkata 'ya..kita takkan ikut nafsu lagi!'

begitulah trip ke KFC setiap kali.

jadi kesimpulannya, misi aku dalam menjadi optimis selalunya digagalkan oleh Colonel Sanders dengan berjaya.

aku tak dapat pastikan main point aku di sini. tapi setakat ini, itulah benda yang aku nak cerita. nafsu yang berulang2. sungguh bahaya.

jika kawan aku menyuruh aku duduk tahyat akhir sekali lagi dengan umpan belanja KFC, mungkin aku fikir 2 kali.

mari beristiqamah!

13 comments:

Lee said...

ahad dec 21st, aku layan kfc dgn family
Rabu dec 24th, aku layan wendy's dgn hXr
Khamis dec 25th, aku layan burger king dgn family
Sabtu dec 27th, lepas balik Borneo, aku layan a&w dgn hXr + awin
Isnin dec 29th, aku layan baskin robbins + kenny rogers dgn family...

dan aku masih belum layan prosperity burger lagi untuk tahun ni..

so, kalau kau tanak rasa bersalah bila layan semua benda tu, sila ajak aku bersama, sbb kau akan berfikir, "aku masih ok"

jusoh said...

try buat latihan tekan tubi tanpa tangan dan kaki menyentuh permukaan bumi

buruh said...

prosperity burger mahal babi!
harga double prosperity nak mencecah rm20!
babi!

mari makan kfc.

Jusoh Bedil said...

komen untuk entry "HARIS ADABI, KAU KENAL?"

adik ipar aku nama Nur Istiqamah...bagus dia ni, hari2 dok beristiqamah kat Public Bank..

durian said...

Lee dan Buruh, layan prosperity McD equine park la kalau berani! belanja aku la kalau lagi berani!

jusoh, teknik tahyat akhir lebih syahdu dari teknik tekan tubi.

Lee said...

ye, aku sangap gila ni.. cuti 16 hari tak seindah yg disangka kan.. aku dah siap cat dapur aku jadi purple for God's sake!! kalau rajin petang ni aku turun equine, kalau kau ada, aku roger lah..

durian said...

hahaha. cuti 16 hari. hui lama tu. kalau aku pun aku dah buat painting abstract kat dapur. petang ni aku tolong awek aku pindah rumah la Lee. malam2 skit aku ade la. (awek aku pindah blakang mcD equine sebenarnya haha) papehal roger.

Mummy Hanny said...

ahaks. supo jah ngan papa sirhan. tak tahan godaan kfc dan roti india kat manal. :)

Pewaris Reformasi said...

agak 'iblis penghasut' juga ujian kegemukan yang kau hadapi...

sabar jerla, hahaha

durian said...

mummyhanny, roti india? sedap ko? ahh bunyi mcm sedap..

amin. memang iblis..ujian paling getir untuk orang2 macam aku. mari banteras di tahun 2009.

Anonymous said...

ko tau apatu rfc?fikirlah..biar otakko senamrobik sket..

Anonymous said...

ahahhh.
cik harris!
even en harris cmtu pown,
en harris tetap cute di mata saye.
heheheheeee.
p/s:anastasha
;PP

azfa said...

hahah...pilihan aku kat kfc pun dinner plate ngan cizi wejes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...