Thursday, December 18, 2008

aku pasif.

aku sungguh pasif. aku tidur banyak dan aku mendapat banyak masalah, hanya dengan satu tabiat tersebut. sungguh menyedihkan.

aku tidak pernah bergaduh (maksud aku bertumbuk) sejak kecil. ini kerana tidak ada orang pernah ajak aku bertumbuk. namun walaupun aku tidak bertumbuk, aku ada pengalaman2 tersendiri yang mematangkan aku. tidak perlu bertumbuk untuk jadi hebat. tapi pastikan badan anda sihat selalu dengan mengamalkan senaman.

tetapi aku jarang bersenam. sangat jarang. damn.

masalahnya aku bukan jenis yang agresif. aku tidak akan semena2 pergi menyepak perut anjing yang sedang lepak di tepi jalan. bukan. aku bukan begitu.

lama betul tidak panjat pokok (perenggan ini tiada kaitan langsung dengan entry)

aku seorang yang semasa kecilnya, akan membuat 'kubu' dari cushion2 kerusi dan lepak di dalam. itu saja. aku suka sense of enclosure begitu.

aku merasa cemas dan terancam jika semasa aku sedang berak, aku terperasan ada labah2 besar di dalam tandas. walaupun jauh dari aku, aku takkan provoke ia dengan pancutan air..oh tidak..

aku juga risau jika ada katak yang sedang memperhatikan aku di sudut tandas. (di kampung aku banyak katak yang melepak di sudut tandas) aku tak tipu, aku akan tutup kemaluan aku dengan tangan. bahaya! dia mungkin sangkakan ia cacing! (atau anaconda)

aku tidak suka anjing. lebih2 lagi anjing yang menyalak. aku akan tutup tingkap kereta jika memandu perlahan di sebelah anjing. namun aku tiada masalah dengan Snoopy. sebab dia juga pasif.

namun, dalam mengalami kelemahan2 ini, aku suka. biarlah begitu.

aku tak mahu jadi agresif. orang2 agresif sangat annoying.
janji aku gembira sudah. sekian.

...

5 comments:

Bogus said...

cacing ke anaconda ke biawak komodo ke kalo tak boleh melintang tiada gunanya...

Lee said...

ada ke org agresif sgt sampai nak sepak perut anjing? tu bukan agresif... tu cari pasal dan teringin nak menyamak...

yen said...

demo agresif x kalu bab mkn?

Cah tapi sekarang Jusoh bedil said...

Aku tidak suka jika sewaktu bersiar-siar, terlihat sekawan angsa yang sedang berkawan..aku akan sengaja lencongkan perjalananku menjadi 500meter walaupun jarak sebenar hanya 50 meter..

durian said...

lee, aku baru sedar contoh aku terlalu extreme.

yen, sebenarnya kawe pasif juga semasa mkn. tapi pasif yang berterusan.

jusoh bedil, aku juga melencong bila melihat angsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...