Tuesday, July 15, 2008

reflection

aku pernah terfikir satu teori. teori dia mcm ni, memang mengarut la. susah sikit nak cerita secara penuisan ni tapi aku try la.

oh ya. idea ni aku plan nak buat komik la (9 tahun dulu. Bapak lama!) tapi tak buat2 dan tak tau la bila masa aku nak buat pun aku tak tau. jadi sape2 rajin nak buat komik, ciplak je..tukar2 sikit ke. aku tak saman la..bukan ada copyright pun..


ada seorang mamat, nama dia A (aku tak decide lagi nama betul dia)
dia seorang designer yang banyak hutang along. (boleh tukar lagi sikit2)
satu hari dia termakan makanan basi..lepas tu dia jadi pening2 sikit (effect kat sini lebih kurang macam peter parker nak jadi spiderman)

dia balik rumah. tgk cermin. dia tgk reflecton dia lari sikit dalam cermin tu. (dalam 5 cm ke kiri)
dia perasan benda ni pun sebab dia tgk reflection kaki dia ada terkeluar sikit dari karpet yang dia pijak. dia hulur tangan, dan boleh masuk dalam cermin. (sini sound effect kena gempak)

basically, mcm ni la explanation dia : semua cermin di dunia sebenarnya boleh ditembusi dan ada satu dunia lagi dekat sebelah sana, ada clone kita kat sebelah sana yang berfikir dan bergerak sebijik macam kita. tapi kita takleh masuk sebab bila kita nak masuk, 'kita' yang kat sebelah sana tu pun nak masuk sebelah sini (korang ok? ke complex sangat). jadi akibat gerakan yang sama dan daya yang sama..kepala kita akan terantuk kepala dia..tangan kita akan berlanggar dgn tangan dia. takleh masuk la.

jadi si A ni boleh masuk sebab reflection dia dah lari sikit.
jadi dia tukar tempat dengan bayang dia tu.

isi2 kandungan dalam cerita ni :
1. dia kena makan dengan tangan kiri (walaupun orang kat dunia tu panggil kanan)
2.of course la - basuh berak tgn kanan (jijik sial)
3.dan...aku lupa la detail2 dia..

bla bla bla bla..dan akhirnya dia gaduh dengan along tu dan kena tembak tepat kat jantung. tapi dia terselamat sebab jantung dia kat sebelah kiri..mcm tu la..

ah..sial betul. terasa mcm bangang post yang ni.
tapi biar la.
mana tau kau suka.

suka tak?
zzzzz

5 comments:

mukrimania said...

"bla bla bla bla..dan akhirnya dia gaduh dengan along tu dan kena tembak tepat kat jantung. tapi dia terselamat sebab jantung dia kat sebelah kiri..mcm tu la.."

jantung mmg dok belah kiri. kalu reflect. mesti jantung dok belah kanan.

durian said...

dalam dunia cermin tu jantung semua belah kanan. dia dari dunia nyata yen.

.a. said...

hahaha
bijok...

Anonymous said...

humm rasanya yg kena tembak tue org dr alam cermin.sebab yg berutang tue dari alam realiti janntug belah kiri.bila dah bertukarn dgn org alam cermin tue jantung belahh kanan dah. so, bl kena tembak dia mati le.

ininin said...

watak along tu ko ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...