Tuesday, September 16, 2008

terapi jiwa di rumah sendiri

terapi terapi terapi

terapi bukan sejenis kenderaan awam. ia satu aksi, atau aktiviti.

aku balik kampung untuk puasa. lagipun aku bukan ada kerja tetap pun di kl tempoh hari. design tshirt dan jual, dan berborak sambil minum di kedai mamak - sambil menunggu kawan menghabiskan ceritanya sebab aku pun ada cerita hendak cerita. begitulah setiap hari. sehinggalah ibuku telefon dan pancing aku dengan makanan yang sedap2 untuk berbuka, lalu aku pulang ke rumah.

sebenarnya aku rindu juga lepak di rumah. beberapa bulan sekali kita harus juga dengar leteran ibu bapa (apa? mak bapak korang tak berleter?). tapi dalam keadaan kita yang dah matang dan akil baligh aku suka menerima leteran tersebut sebagai terapi jiwa. cuba buat salah sekali sekala (yang munasabah la..jangan la lebih2 seperti gunting seluar dalam ayah dan sebagainya). apabila ibu atau ayah kita marah, cuba kita menerimanya sebagai satu bunyi yang sudah lama ingin dengar tapi tak dengar,umpama lagu roxette-spending my time ataupun bunyi orang mesin rumput di pagi sabtu. jangan melawan..melawan akan membuatkan hati tidak tenang, tidak selesa dan dianiaya dalam masa yang sama. perasaan ini dapat digambarkan dalam situasi ini:

'anda naik kereta dengan kawan anda. anda memilih untuk memasang cd dan lagu pilihan untuk didendangkan. baru saja lagu itu masuk part verse dan anda sudah meng'clear'kan tekak untuk menyanyi, kawan anda mula bercerita. dan anda takleh menyanyi akibat terpaksa melayan cerita beliau.'

jadi mari kita bersama melaksanakan terapi jiwa. seronok juga ada masa lapang bersendiri. kita boleh berfikir dengan bebas (juga tidur dengan bebas) .pada pendapat aku, ia hanya boleh didapati dari keluarga. jadi walaubagaimanapun mereka, sayangi keluarga anda. bak kata orang puteh,

"one does not love something until they realize that it will be gone. one never loves breathing"

alamak mak aku datang..mak aku datang..aku tak basuh pinggan lagi..
chow!

2 comments:

Anonymous said...

Saye sadis membace quote anda ini..
(dengan harapan website saye masih akan disiapkan...)

"seronok juga ada masa lapang bersendiri. kita boleh berfikir dengan bebas (juga tidur dengan bebas"

Mungkingkah...semakin kte besar semakin kecil nilai wang ringgit...

"lagipun aku bukan ada kerja tetap pun di kl tempoh hari. design tshirt dan jual, dan berborak sambil minum di kedai mamak"

....dan kasihanilah mereka yang mengasihani...

durian! said...

semua yang ditulis di dalam blog adalah dalam bahasa kasar.

aku bangga dengan apa yang aku tulis. kecuali anda baca dengan perasaan dan emosi yang lain. he he

website 'kita' akan disiapkan norma..saya janji.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...