pengusaha-pengusaha permainan elektronik dan software2 komputer memang tahu perisian dan permainan mereka susah dan memakan masa, jadi mereka cipta option 'SAVE' jadi korang tak payah risau untuk teruskan aktiviti tersebut.
sayangnya, hidup kita takde button semacam itu. kalau kau tak zip seluar depan seorang awek yang cun, itu la hakikatnya. takde option untuk patah balik dan buat semula. cover je la dengan suratkhabar tu..
kadang2 aku memang perlukan butang save..dengan desperatenya..
aku cuba observe balik dalam manusia punya life, ada tak benda yang seakan-akan macam ni?
ada rupanya. tapi save dia lain macam sikit. takde la boleh patah balik dan ulang semula. tapi kita ada subconscious mind (minda bawah sedar) di mana ia selalu save dengan automatiknya apa yang kita lalui. otak kita memang hebat.
deria rasa kita adalah perakam, otak pula pita perakam. kita boleh PLAY balik apabila kita tahu kita ada RECORD sesuatu. aku ada perasan aku RECORD beberapa perkara:
1. Pohon Bergoyang
bila aku tengok pohon yang bergoyang ditiup angin, (terhad jugak ke jenis2 pokok yang tertentu sebenarnya) aku akan kembali ke kampung aku masa kecik, di mana aku baring kat tangga dan tunggu kakak sedara aku balik sekolah, tengok pokok besar tepi rumah nenek aku)
2. Mandi Guna Gayung Sambil Bercangkung
juga di masa-masa kecik, tapi aku tak sure kat mana, tapi aku selalu praktik sekarang - masih ada perasaan tu, serius, aku seronok gila. tapi aku takut nak buat selalu takut dia RECORD zaman sekarang pulak. tapi ok gak sebenarnya. nanti di masa depan aku nak ingat masa ni jugak.
3. Lagu
lagu ada banyak untuk dilistkan. tapi aku summarizekan je. lagu (bunyi) adalah antara yang paling power dan kadang2 boleh merekod dengan tepat. contohnya bila aku dengar lagu 'exist-rahsia pohon cemara' aku akan ingat masa aku darjah 3, main game komputer 'DUNE'. time tu kakak aku dok layan lagu tu. aku dok layan game tu. rupanya dia boleh relate. style!
4. Cahaya Berhabuk
Lagi kat kampung aku. bila aku tengok cahaya (cahaya dari tingkap/lubang pada zink akan dapat dilihat apabila ada udara berhabuk) aku akan pergi ke masa kecik jugak di mana aku mesti bangun pagi dan lipat tilam sebab nenek aku nak sapu karpet dengan penyapu lidi.
aku malas nak list lagi. blog ni sebenarnya mcm syok sendiri je sebab lain orang lain rakaman. tapi aku try nak trigger something la. aku rasa korang mesti ada. ini macam time travel jugak. dia punya feeling memang sama. aku tak tau nak cerita mcmane. tapi perasaan ni memang pure, dan real. aku suka siall. aku serius betul ni.
kalau korang ada rakaman yang sama (aku rasa susah nak jumpa yang sama) sila bagitau la.
jap, aku nak cari ubat gigi kodomo lion la kat kedai. aku rasa boleh ingat apa2 kot.
seronok doh jadi manusia.
4 comments:
gempak giler dowh story mory ko pasal save mode nie...aku respect giler dowh... sbb mmg aktivit zaman kecik kte sumer ni sama jer sbnarnye...
aku rase org lain malu nak admit kte mandi bercanggkung...tp tidak aku duri... ko layak mendapat lebih dari satu komen dowh... tp... mana komen2 nye? ko delete yehhh!!!
thank u..thank u..hehe
benda ni pun selalu aku fikirkan.. ya benar sekali.. ianya adalah kebolehupayaan otak kita menyimpan memori..
tak kisah la.. memori dari bau, mata, bunyi, sentuhan tertentu, rasa ke, dan aku percaya ada lagi beberapa perasaan tersembunyi yang tidak dapat dikelaskan/diistilahkan di dalam bahasa kita.
benda2 camni lebih kuat ingatannya kalau kita ambil serius/penting masa kejadian2 tu. Benda ni aku rasa ikut personaliti kot.. kiranya setiap orang memiliki kepekaan tertentu.. dan kreativiti tertentu dalam menilainya// mungkin ada orang.. mata dan bau.. atau.. telinga dan bau ke.. mata dan telinga ke semua sekali ke// entah! (ya,, manusia kan berbeza2)
dan aku rasa ikut carta yang paling baik ingatannya,,
pertama bau, kedua muzik, ketiga mata, keempat mungkin sentuhan..(yg sentuhan tu tak pasti-bedal je) sebb rasanya yang paling jarang digunakan itula yang masih byk ruang ingatan..
Cth..
pasal bau,, aku ada terhidu spray rambut eday guna untuk spray lukisan arang beliau.. tetiba aku kembali ke darjah 5.. ada kawan india aku pakai bau tu.. pukul 7.15 sebelum kelas bermula.. suma orang masih wangi2..
mcm ada haritupun.. masa aku rasa ada satu kuih indon.. tetiba aku teringat berada di kedai mamak.. sbb kuih tu ada bau.. mcm bunga apa ntah. yg warna kuning tu.. buat kalung. sebiji macm membeli barang di kedai mamak, semasa memakan kuih..
ada juga masa makan pai epal mcdonald.. aku teringat kat kedai cina pulak.. bau/rasa colok dowh..
kalau dari segi mata pula,, aku rasa aku kurang feeling kat situ.. ya,, kurang.. mungkin adala.. tpi aku tak exited sgt,, sbb byk kot.
kalau muzik,, yg penting2.. yg ada memori mcm lagu.. ada senior aku suka sangat pasang lagu tu.. lagu spoon, rindu serindu2nya.. aku balik dari dewan makan je aku dengar lagu tu.. mengingatkan aku pada tingkatan satu..
bunyi siren/semboyan,, mungkin ada sestengah warga emas akan teringatkan bunyi2 semasa zaman perang.. dan ingatan mereka semasa melarikan diri dari tentera jepun.
tapi bagi sesetengahnya yang hanya mendengarnya di dalam permainan komputer perang.. feeling dia main game tu jela..
sentuhan,, aku rasa tkde ada sebb untuk ada sebarang sentuhan yang meninggalkan memori.. kena tampar? tak best pun nak feeling..
etc.. aku rasa situasi pun main peranan gak.. gabungan lebih dari satu pancaindera.. mungkin akn lebih membuat anda terpesona jika ianya berlaku semula.. atau dipanggil nostalgia.. kot.
mmh dari sudut seni.. aku rasa, melaui formula tertentu.. kalau kita dapat menyentuh elemen diri kita dari banyak sudut, kita boleh mendapat satu perasaan indah yang hampir mutlak.
akhir kata.. aku pun seronok jadi manusia..
daus, selamba je kau tulis blog dalam ruangan komen aku. tapi aku mengucapkan terima kasih untuk komen yang lengkap. style..
Post a Comment