Monday, March 23, 2009

aku sudah ada tunang

hai semua. apa khabar. lama dah aku tak menaip. kadang2 aku nak menaip tapi sebab internet mcm sial jadi aku tak menaip. kadang2 idea aku hilang begitu saja. kadang2 aku dah cuba pastikan aku ingat semua idea2 yang terlintas dengan tiba2 tetapi apabila nak menaip, semua mcm menyorok. cis!

semasa aku kecik, kalau aku nak ingat sesuatu pagi besoknya, aku akan tukar pakai jam kat tangan kiri (aku biasa pakai jam tangan kanan). jadi jika aku bangun besok pagi, aku akan berkata :

"wah wah wah mengapa aku pakai jam di tangan kiri? oh ya! aku mesti cari Ismail di sekolah sebelum kelas matematik, pinjam buku beliau dan tiru dengan laju"

tapi itu dulu lah kan. tapi tak bermaksud kau akan lupa sesuatu kalau takde jam tangan sebagai mekanisme yang mengingatkan. kau boleh cuba getah gelang, letak hanger di dalam baju ataupun tidak pakai seluar terus. mesti kau akan ingat apa yang kau nak ingat besoknya.

aku juga dah tak menggunakan jam tangan sekarang dalam menentukan masa. aku menggunakan matahari sepenuhnya. caranya adalah dengan membuka tingkap sebelum tidur (jangan buka sepenuhnya), kemudian letakkan sekeping majalah di sebelah anda tidur. apabila sedar dari tidur besok paginya kerana silau, angkat majalah dan menahan cahaya matahari tersebut sambil berkata "alamak!aaaa dah pukul berapa ni!"
begitulah option cara menentukan masa. (sila jangan amalkan)

tapi sekarang, tiap2 kali aku bangun tidur, tanpa memakai jam di sebelah kanan, tanpa sebarang mekanisme yang mengingatkan, aku akan pikir,
wah. aku sudah ada tunang.

seronoknya. hi hi hi

10 comments:

Anonymous said...

Tahniah..

Anonymous said...

mekanisme yang ko anjurkan ni tak berapa efisyen la aku rasa...cuba kalau macam ni sebagai contoh,

Ko bangun tido, ko tengok ada pompuan kat sebelah ko..tapi tak semestinya pompuan tu tunang ko...haa!! ko jangan main-main ngan mekanisme bangun tido nih..silap2 pala durian tukar jadi pala lesung....

amaran : jangan tido sebelum kawin!!

durian! said...

ilmapung - oh thank you very much.

tan sri - tan sri, baik2 tan sri, tunang saya kerap baca blog saya skarang tan sri sebab mcm banyak cerita berkaitan ngan dia tan sri. hahaha

siKURUS_yg_RABuN said...

apo kena tajuk dgn isi lari jauh weii...hahahaha

Byn Emms said...

Tahniah Durian!!! Semoga kau terus pakai seluar masa tidur

__mr.amat__ said...

walau kau tak inform...
aku tau juga kau sudah bertunang...
terima kasih kepada jogho..
hohohoho

wish u happy ever after forever n ever and sampai bile2....

hisyamrahman said...

memang tajuk dgn isi...tak leh pakai bro...out of direction...hahahaha

Anonymous said...

kongrats brader, aku ada job hari ko tunang, kim salam intan! bila plan nak kawin?

wan fuad

Anonymous said...

tahniah beb.... tp ko lpe janji mau mengirim mms.... ko tidak jujur yan....

razip said...

tahniah yan..cukup gak duit ko..risau gak aku lepas ko memperjudikan nasib di PD aritu..kang xbertunang plak ko..jgn bg gemok baca post ko ni..kang dia tuntut utang..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...