Monday, January 17, 2011

jalur lebar

betapa senang manusia sekarang. nak apa-apa, masuk internet. nak apa-apa, masuk internet.
budak-budak sekarang tak payah ajak mak bapak pegi library. click saja sudah dapat apa yang berhajat di hati.

kalau difikirkan balik, aku bersyukur juga masa kecik dulu tak ada internet di kalangan manusia. ye la, aku pun banyak masa bermain mainan-mainan yang sebenar. kalau ada internet dulu, confirm aku lagi banyak duduk rumah mengadap komputer, dan berat badan aku sekarang pun mungkin lebih extreme hasil aktiviti pasif masa kecik.

namun, semasa aku berak tadi aku pikir, seronok juga kalau ada internet masa aku kecik-kecik dulu. boleh aku:

1. usha facebook dulu sebelum masuk kelas untuk check line mood cikgu matematik .

2. check out makanan favourite sebenar kura-kura.

3. layan balik scene kamen rider masa fight dengan abang dia. (dan tak payah buat2 demam tiap-tiap hari khamis)

4. check out intisari rancangan tv.

5. google biodata faizal hussein.

6. google gambar voltron untuk tiru. tak payah aku standby pensel ngan kertas depan tv.

7. check stok kelapa parut kedai Kak Mah ada lagi tak? kang sia-sia aku kayuh basikal.

8. check betul ke abang si Faizul tu boleh buat sommersault macam ninja.

9. check teknik untuk buang kemuncup degil yang melekat kat seluar trek.

10. kenalpasti cita-cita awek sekelas dalam facebook.

11. check out kasut sekolah mana yang tengah 'in'.

12. blog pasal si Faizul menipu aku hidup-hidup.

gila. ini kalau aku list semua, sampai pagi pun tak habis!
memang ini la bahana internet!!

8 comments:

Stalker00 said...

ade lagi. Boleh tanya kawan sekelas dah siap belom kerja sekolah. Esok datang awal, nak copcatz! :DD

durian! said...

haha..betul, betul..aku termiss..

± said...

lagi bahana sekarang ramai yang jam biologi dah tak btol

apa aku buat sampai 5 pagi ni?demm! lg 10 hari camni boleh ke alam barzah (amik fakta kat internet gakk..haha)

natasya eddie said...

folio pun tiru bulat2 je dekat internet.hee ^_^

hana said...

hahaha
bahana internet..
=P

.drakula. said...

betul2..

Unknown said...

hahahaa...aku rasa klo aku ada tenet masa kecik, aku xkn xtau main guli, aku xtau main lubang tikus tuh yg mana.aku mesti gemok sbb hnya duduk je xDDD

Amar Alis said...

#5 tak boleh belah.
haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...