Saturday, August 9, 2008

tips orang ingin berkasih-sayang #1

bila aku buat blog, aku mahu sebarkan informasi. dan informasi ini aku ambilnya dari pengalaman aku sendiri. jadi mungkin ada yang kau suka dan ada yang kau rasa tak best. aku peduli hape!!

entry ni bg aku adalah 'rare'. dan kalau ia sejenis barangan, ia adalah sebuah 'collector's item' laksana t-shirt wearenvy.
(ya, memang aku tengah syok sendiri! HAHAHA)

aku adalah seorang budak gemuk. aku mula develop self confident aku masa umur 12. walaubagaimanapun aku membentuk diri aku agar mempunyai karakter2 tertentu - supaya aku adalah budak gemuk yang ada karakter. aduh! tengok aku melalut. ok, berbalik kepada topik sebenar..

siapa yang tak mahu berkasih sayang? siapa tak mahu ada teman istimewa? 'seganas mana pun seseekor beruang itu, ia tetap makan ikan salmon dan mengawan' - haris abadi. Member aku pernah lihat seorang lelaki (di Ipoh) memakai baju bertulis 'Satanic Metal Cult' tengah makan dengan awek bertudung. siapa kata dalam hati si pengikut setan itu tiada taman bunga. Aku pernah kantoi mamak penjaga kaunter di Khalifah sek. 3 Shah Alam tersenyum sendiri semasa melihat babak cinta dalam cerita tamil yang tgh bermain dlm televisyen di kedainya.(aku tak tipu! dia memang tengah feeling sorang!)

ok. itu tips yang pertama. aku akan teruskan tips2 ini di entry seterusnya. untuk kali ini pelajarannya adalah - tak salah bercinta. serius. takde ape yang nak dimalukan. bercinta tak bermaksud tak brutal. tak bermaksud tak rock.

cinta adalah sesuatu yang baik.
lesson #1 - self confident.

chow. aku ngantuk pulak

4 comments:

Lee said...

I'm at work dan sangat ngantuk dan busan dan aku bengang sbb page ni lama tak update.... so there... aku letak je apa2 pun..

durian! said...

sorry bro..busy gila skarang.. takpe2 aku ada sketch2 kat buku nota..hehe

johor johor kite said...

aku ade sorang kawan. nama dia usin... dia gemok. dia kawan baik aku... selalu borak... hal peribadi pun dia selalu kongsi ngan aku... dia slalu cakap.. "ko tak paham.... hanya orang gemok je yang paham orang gemok..." aku angguk tanda setuju walaupun aku cube mamahami.... lama-lama aku paham... hanya orang gemok yang paham orang gemok... mungkin satu hari nanti aku gemok.. dan aku akan memahaminya....

Anonymous said...

saya sokong wahai si gemok
seganas mana beruang itu... die tetap ebruang yang comel tp ganas tp mempunyai taman bunga yg comel...
lepas tu manjer plak laa beruangg seekor yg dilamun cinta... tapi awas.. beruang boleh mengganas...

saya mencadangkan en. gemok menggunakan perumpamaan yg seakan2 dirinya... best jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...