Saturday, January 10, 2009

hai, bertemu lagi kita.. (tak nak berboikot?)

aku memang tidak berniat untuk berenti blogging. jadi selalulah datang melawat ya.

baru2 ni aku sangat sibuk masuk ke tempat kerja baru yang menukar rutin aku sekali lagi. jika biasanya aku berak pukul 10 pagi, kini aku berak pukul 7 pagi. namun itu hanya sekadar contoh. manusia mana yang berak mengikut piawaian masa begitu sekali?

bekerja menjadi pensyarah tidak memaksa aku bersyarah 24 jam. aku cuma jadi cikgu sahaja. nanti bila aku mampu memiliki komputer nanti, aku akan tulis perihal menjadi cikgu ini. tapi bukan sekarang lah. sekarang sibuk lagi, seluar dalam pun masih belum cukup lagi.baru ada 4 helai. dalam seminggu kita ada tujuh hari. sila notice ya, diri sendiri.

kini aku rajin belek suratkhabar di setiap pagi bekerja. aku selalu baca dan ambik tahu pergolakan in Gaza (ya memang itu tajuk utama masa kini, kau pun tau kan). walaupun aku tau, pemboikotan secara sementara hanya memberi kesan buruk pada orang2 local, namun aku boikot juga perlahan2. tak boleh buat banyak aku buat sikit. setakat ini aku boikot coke dulu. boikot, maksud aku, adalah berhenti menggunakannya secara total. mari ikut saya kawan2.

jadi sebagai bahan merapu dalam entry ini, aku mencadangkan tiada siapa yang memboikot nasi goreng USA sebab yang masak tak lain tak bukan orang siam juga. tiada kaitan dengan USA pun.



dan juga ayam ini. mereka innocent. walaupun di kelantan setengah orang panggil mereka dengan nama ayam israel.

boikot apa yang patut. dan jangan lupa istiqmah.

6 comments:

Siti NurJ3nab said...

inchek durian?

soh said...

ni blogspot ni cemana? nak boikot jugak ke???

BuNnY said...

ahahhaah. nasik goreng USA? ahahhaha..
*tahan kencing*

weh rindu siol ko kat cbox puaka

Mummy Hanny said...

ayam tu patut kene tukar nama... kena gi buat surat sumpah!

Lee said...

haah ek? google adalah milik yahudi kan? jadi apa kata encik durian memulakan 'tompokblog'?

RIDZWAN AHMAD said...

ayam israel?? x penah dengar or makan..kna boikot jugak ke wlaupun skdar nama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...