Thursday, February 19, 2009

kali ini aku tribute kepada intan. korang geli pun gelilah. aku tak peduli

cerita kali ni mungkin akan membuatkan setengah2 orang geli. kategori abang2 katang dan mat rempit pasti akan muntah mendengar cerita kali ini. tapi, ye la kan, korang ganas, aku tak ganas. nak buat mcmane.

intan. adalah girlfriend aku. namanya cantik tuan pun cantik. (ah, susah juga ye menulis pasal awek dan dalam masa yang sama cuba menjadi macho). aku sudah dua tahun lebih dengan intan. lama tak lama juga la.

jadi beginilah. ceritanya memang kompleks. karakter aku adalah karakter yang bermasalah, aku susah bangun tido, selekeh, jarang2 shave, tidak istiqamah, suka mengutip balik cikedis yang jatuh dan sebagainya. karakter ini agak kontra dengan intan. dia senang bangun tido, tidak selekeh, membiarkan saja cikedis yang jatuh dan banyak lagi. dulu semasa tengah hangat bercinta, aku senang bangun tido tiap kali dating. selalu hensem2 semasa dating. kini aku dah tak macam tu (kata intan lah). kata intan, aku sekarang seronok di Kuantan, sudah tak ingat dkt dia sangat, ramai kawan2 perempuan baru di sini dan telefon pun sudah jarang2 (kata intan lah)

haa. bagaimana tu tuan puan. bagaimana ya membuktikan cinta?

aku pernah buat satu teori. teori itu namanya teori mainan baru. analoginya macam ni lah : bila kita beli satu mainan baru masa kecik dulu, kita akan obses gila dengan benda tu. kita tido dengan mainan tu, pegi sekolah pun bawak mainan tu, etc. tapi bila lama sikit, kita jadi mcm biasa je. mainan pun tah ke mana. tangan tercabut, kaki kat bawah cushion, dan sebagainya lah.

jadi, aku sudah aware pasal benda ni dari awal2 dulu. aku tau tiap kali kita mengalami sesuatu yang baru, kita akan rasa excitement tu menguasai kita. Orang yang tak mampu mengalami dan memahami proses teori mainan baru ini akan berubah fikiran, perasaan dan banyak lagi. tapi aku sudah aware.

jadi aku harap intan tahu apa yang aku buat di sini tidak akan menggangu gugat jiwa ini. ehem!

betul intan. tak tipu. kalau tipu saya sanggup dikenakan hukuman 'dikejar anjing di atas mozek yang licin hanya dengan berstokin'

jika aku ada sebiji epal, aku akan bagi intan epal itu. jika aku ada dua biji epal, aku akan bagi epal yang lebih baik kepadanya. aku rela sacrifice seluruh masa muda tanpa menggatal, mengorat, bercinta. hanya kerana dia. aku rela tidak mempunyai experience dengan 4,5 ex girlfriend atau 45 girlfriend sekaligus, hanya kerana dia. aku rela mempunyai girlfriend pertama dan girlfriend terakhir yang sama, juga kerana dia. (gila! ayat kencang!)

mcmane ye. intan.

kini aku kurang telefon dia. hanya telefon apabila perlu. jumpa juga agak susah. kerana jauh. apatah lagi untuk membuat surprise2 seperti dulu. mungkin aku perlu buat penambahbaikan mulai hari ini. bagaimana ya. bagaimana ya.

apa yang penting? ..kerjaaaasama..

sekian.

21 comments:

__mr.amat__ said...

aku doakan korang kekal bahagia selama2 nya.....
ko taip la camana pon kan, tp aku anggap macho ( walaupun pe yg ko taip tu kekurangan kemachoan)
hidup man!!!!! silap... hidup yan!!!!!

mwahh2......

Bogus said...

geli dowh...serius

Unknown said...

bijok cik..cinta itu lumrah..kawe senang hati melihat kamu berdua mesra dan tidak pernah bergaduh..demo idola kawe..damn u!

hisyamrahman said...

pergh...giler karat....menyedari kesilapan adalah satu yang bagus bro....tetapi penambaikan akan memastikan kesilapan akan dihapuskan atau dikurangkan...

RIDZWAN AHMAD said...

semoga bahagia dan kekal abadi wahai haris abadi dan intan..yang penting mcm wonderpets "kerjaaaasaamaa"

Mummy Hanny said...

ihiks. kompleks nih. tp kalau mummy and daddy hanny buleh survive, takkan anda tokleh. dlm diri kamu tentu ada sedikit genetik jiwa kental haji rahim! anda boleh!!!

Anonymous said...

huh..cam xcaya je haris abadi yg tulis ni..hilang kemachoan lelaki ke klu tulis psl awek? x..kan..
tp xdpt gmbrkn la klu awak 'dikejar anjing di atas mozek yang licin hanya dengan berstokin'...hehehe

i luv u bebeh..

hari5ahaja said...

tam demo comment control gtu.apa2 hal pn demo kak ipar kawe.damn u!

saidah said...

hoho..lelaki sume prangai gni ea..

durian! said...

wah..respon baikk punya.

che amat..thank you. muahh too

mohd azwan..cheh kau dulu pun mcm ni..kau ingat aku tak tau!

teh..sapo kato kawe tidak bergaduh? kami malah wrestling apabila bosan.

en. hisyam..ah, malu saya. ya saya mengaku karat tetapi saya tetap datang awal ke shahputra. hehe tq untuk advise2.

wan..tq tq..haha kantoi layan wonderpets!

mummyhanny..ya, haji rahim memang kental. kalau tidak masakan aku disebat2 masa kecik dulu kerana makan cucur udang di rumah jiran.

syg..ehem, kan i dah cakap i karat. u tak pecaya! tengok ape dah jadi!! luv u too bebeh.

pih..nati kawe bayar hute demo pih

saimal..ah kau pun leleh2 jugak kan..ngaku je senang. haha

Amin Ahmad said...

gua mcm biasa, sapot! sebab gua kurus, gua sapot atau tak sapot lu rebah pun mmg akan gedebab bunyinya!

gua suka la entry ni, nanti gua nak plagiat gak! muahahaha

durian! said...

Amin, haa aku nak dengar jugak cerita karat lu mcmane...hehehe tulis jangan tak tulis min

Anonymous said...

hahahaa...Yan...

mung mbuat kan aku terkentut2 hingga keluar sisa nasi..damm..

haha..bagus2 aku suka sikap keterbukaan mu...ni mnndakan mu mmg superb nk ko dia..hebat2..
aku kagum...

kalau aku jd intan, aku kekoh dah ketiah sebelah kanan mu..mnndakn rasa kerjasama....

-nije-

hasni Jamali said...

hmm, minta tumpang beri komen. entah bagaimana saya tercampak utk ke dasar blog ni. apa2 pun, jika dia jodoh en. akan dapat juga. kalau tidak di dunia, pasti di syurga. amin. ya!

Anonymous said...

nk nikoh nati ajk kawe etek deh.

durian! said...

nije, hebat sungguh terkentut hingga terkeluar sisa nasi..haha. memang aku saja cuba mendedahkan sikap keterbukaan aku ni nije. ketiak aku terbuka sahaja untuk dikekos.

hasni jamali. tq. touching i dengar ayat u. mmm. di syurga. amin.

yen. dont worry yen..hehe

Lee said...

tapi kenapa ada 2 biji epal je? nape tak beli banyak terus? tak pun nape tak check btol2 sebelum beli? ya aku ngantuk... sekian

durian! said...

hah. tu la. susah jugak soalan kau ni. patut aku guna contoh kereta ke, kan, kan. haih!

Anonymous said...

baco kisah epal,
teringat kat pengorbanan bini kawe,
kalu makey kfc ko, ciken cop ko,
dio mesti bui hok besar ko kawe...
ailebiu...

Anonymous said...

aku minat tang last 2 jer....lagu wonderpets....hahahaha (2 jer komen, ape la punyo saing...)

Anonymous said...

hi en.durian...

entry ni sangat sweet..sgt bertuah intan..moga bahagia sokmo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...