Thursday, March 5, 2009

subconscious mind adalah benda yang bahaya. dan juga menarik.

kamu tau siapa yang mengeluarkan term subconscious mind?

tak perlu tahu pun. kecuali kau memang perlu tahu untuk digunakan buat menjawab exam, menulis artikel dalam paper dan cuba kelihatan bijak, cuba menerangkan artwork surrealism kamu tuh, ataupun cuba menunjukkan kematangan semasa berborak dengan bakal bapa mertua.

ok. apa yang penting adalah maksudnya sekarang, ok. dan effectnya.

kalau ikut yang aku belajar dulu, contoh subconscious mind adalah di mana semasa kau tengah membaca contohnya, kau dengar bunyi jam dinding berdetik tapi kau tak sedar pun sebenarnya berapa kali ia berdetik. ia adalah keadaan separa sedar.

semua orang ada subconscious event masing2. kakak aku dalam masa2 nak tertidur dia akan berbunyi 'hek' sekali (macam bunyi tiup rekorder dalam masa 1/10 saat). lepas tu dia akan sedar balik dan tanya 'aku ada buat bunyi ape2?'. tapi yang jenis ni aku tak tau nak kategorikan dekat mana.

jika aku sedang telepon sape2 dalam jangkamasa yang agak lama, semasa aku tengah pegang pen dan kertas, aku akan menconteng tanpa sedar. serius. bila aku letak phone aku akan dapati pelbagai jenis corak muncul, geometrik, organik, bentuk motif jawa, motif sisik naga, dan tak kurang juga yang serabut2 seperti bulu dada Hisham Hj Rahim (oh, beliau jiran aku masa sekolah rendah, keturunan arab2 gitu)

tapi aku memang tertarik dengan benda yang diluar kawalan. sungguh unik. maksud aku mengenai 'benda di luar kawalan' adalah berkaitan dengan subconscious. tercirit dalam seluar bukan contoh untuk maksud aku. ya. cirit dalam seluar sikit pun tak unik.

kadang2 bila aku seorang diri melintasi tempat yang ramai, seperti di stesen bas, ataupun berjalan menuju kaunter kedai mamak, aku secara tiba2 mengeluarkan handset dan memandang hanset seperti tengah text somebody. tapi sebenarnya apa pun aku tak buat. mungkin aku cuba stabilkan diri aku yang bersendirian, terasa seperti diperhatikan atau..ntah la. aku unlock keypad, lock balik keypad, dan simpan balik dalam poket? ha, sila explain apa yang aku buat tuu? hahaha

aku pasti ramai lagi yang membuat sesuatu di luar kawalan. malah lebih aneh lagi kan. sila mengaku. aku tak dapat pikir contoh lain. banyak lagi sebenarnya.

aku tak tau yang ni dikira mcmane. mak aku kantoikan 2 orang adik aku tengah senyum menengok satu babak dalam movie 'ada apa dengan cinta'.

hahaha. feeling!

chow.

11 comments:

Bogus said...

terjatuh longkang masa awal2 nak tido...tuh kategori apa ??

Anonymous said...

tergedik-gedik sewaktu di interview untuk sesuatu jawatan kosong...seperti bermain-main dengan rambut walaupun botak, pusing-pusing kerusi...tu kira perbuatan di luar kawalan jugak kot...tapi bila keluar dewan temuduga, mesti korang rasa nyesal bila pikir apa yang korang dah buat masa dalam dewan...

RIDZWAN AHMAD said...

teringat time belajar.dalam kelas,kalau lecturer tu membosankan atau mata dah ngntuk giler pegang pen dan biler dah mamai,mulerla tangan gerak conteng sana sini.dan biler sedar macam2 corak disekeliling nota..hahahaha

Lee said...

Memasuki Mcd setelah balik dari fitness first... tu kira tak sedar gak tu

Anonymous said...

kawe xtau la plak perbuatan di luar sedar di panggil subconscious mind...

terima kaseh.

kawe sokmo tgok movie.
apabila abis movie msti abis 1-2 bungkus kecik chipsmore...

mkn tanpa sedar,.

Anonymous said...

da*n u write like a pro.
i never failed to read your side of the story. Entertain and knowledgeable sometime.

i've link to mine. Is it ok?

durian! said...

azwan : terjatuh longkang, diterkam rimau dan tergelincir semasa nak sepak bola pada masa sebelum tido itu rasanya dipanggil 'rapid eye movement' hahaha

tan sri jusoh : ya memang di saat2 interview kita banyak melakukan perkara di luar kawalan seperti sawan kadang2..

wan : ada member aku pernah lalok nak tido dalam kelas sejarah dulu. apabila dia sedar, dia telah lukis bentuk segitiga di atas nota. lawa.

lee : hahahahahaha

yen : makan tanpa dalam kawalan sudah menjadi kebiasaan kepada kawe yen. hehe

syera : tq for reading my blog as a pro hehe. tryin my best to make it entertaining and knowledgeable.

yes, do link.

Anonymous said...

bini aku tanya bila mung nok kawin?

aku link kan mung nyer perapuan ni ke rupajiwanalog eh?

ah kalu mung dok bagi pun aku buat jugok.

bereh,
poaq

Anonymous said...

hai mr durian @ mr haris...
ingt conversation ny(jumaat 14/3)....
en.najib : ris ko ada pen x???
pinjm jp...
mr durian : (tidak berkata ape2 tetapi menghulurkan sebtg pen kpd mr najib)...
wawa(aku) : (sepi...aku hanya memerhati mr haris bg pen tu kpd mr najib...walhal pen tu pen aku..)
adakah ini juga dikatakan subconcious jgk mr haris....
hurmmm....
P/S: pen tu sy biasa bt render...
syg gle pen tuh....
agak2 ble dpt blk x pen tuh...
huhuhuh...

Candour Reality Zeal said...

kalau dlm separa sedar terlepas angin pus2 (tanpa tercirit) kira cmne plak yan?sedar2 dh pening2 lalat je,aiya....

Hidayat Shamsuri said...

kenapa perlu concious pd benda yg kt suke buat?
kdg2 apa yg berlaku saat subconcius tu lg baik & cun.

feel free t visit ny blog:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...