Wednesday, October 7, 2009

pengalaman aku di mlm pertama. sungguh mendebarkan.

semalam ada member yang aku baru kenal call. bersungguh dia nak ajak aku keluar minum. sebab aku dah tolak beberapa kali sebelum tu, jadi kali ni aku tak tolak.

aku tau dia memang nak ajak aku join dia punya bisnes MLM. tensen betul aku. namun aku redha sajalah. aku redah, dan inilah pengalaman aku di MLM pertama. sebelum ni dengar-dengar gitu je.

cilake betul anggapan korang. apa korang ingat suka2 je aku nak cerita malam pertama? gila!

di kedai tersebut, semua orang sibuk mempromote business. semua orang ada pen dan kertas, dan mereka-mereka yang advance mempunyai laptop. di atas kertas mahupun laptop, terpapar gambaran beberapa piramid. mula-mula aku sangka diorang tengah discuss pasal seni mesir purba, rupanya aku salah sangka. cis.

kawan aku mula mempromote. aku dengar dengan teliti dulu dan memerhatikan catatan dan lukisan beliau. hmm, cantik jugak. dia ni patut amik course art & design ni, pikir aku. garisannya bagus, ada quality of lines. setelah habis dia bercerita, mengenai masa depan, kereta baru, duit riban-riban, bagi duit kat mak bapak, goyang kaki dan sebagainya, aku pun mencelah.

'aku tak nafikan, sistem ni perfect, boleh buat orang hidup senang. tapi dia kurang beberapa aspek penting la aku rasa. kalau la ada aspek psikologi, yang memberi orang memilih, membuat orang tak tertekan, tak membuat kawan-kawan benci kepada kita dan ada kebebasan, pasti sistem ni lagi perfect" aku kata.

member aku nampak hampa dengan aku. borang keahlian aku sekadar tenung je. lepas itu dia berhujah, aku berhujah, dia berhujah, aku berhujah. tapi aku selalu kontrol situasi. aku tak nak diorang, ataupun aku, tertekan. aku cakap lagi,

'kalau la aku join pun, aku tak sanggup nak letak diri aku di situasi kau mcm sekarang ni. mengharap orang berkata ya untuk apa yang kau promotekan. aku tak mampu nak bagi komitmen macam ni.' aku gelak.

sekali datang kawan dia, cover-cover, tengok kiri kanan, bukak beg sandang dia depan aku. ada berlonggok duit dalam tu. dia cakap 'ha, tengok. aku minum2 je, duit masuk macam ni'

terkejut aku.

aku bukan terkejut sebab duit tu banyak. aku terkejut sebab dia ingat semua orang terpukau dengan duit ke? memang duit penting. tapi aku ada prinsip juga. aku selalu tengok orang2 kampung, di kelantan. kalau diorang sokong barisan nasional, macam-macam dia dapat, duit, baja subsidi, pertolongan etc. tapi dia gantung bendera pas juga depan rumah. hah, itu bukan soal duit. itu prinsip. aku bukan cakap pasal politik ni. tapi nilai kebebasan. pasal 'choice'.

aku bukan la tak nak senang sekelip mata. tapi aku nak susah jugak. pernah sekali, seorang saintis membantu seekor rama-rama keluar dari kepompong dengan membelah kepompong menggunakan pisau. tau apa jadi? rama-rama tu cuba terbang, tapi tak boleh. last-last dia mati tepi kepompong. lepas itu barulah saintis itu tau, kesusahan keluar dari kepompong, membantu menguatkan kepak rama-rama. memang itu prosesnya. fitrahnya.

aku ada talent tuhan bagi. aku gunalah talent ni, buat duit sikit-sikit pun takpe.

kalau korang takleh nak buat apa, asyik dirundung malang, nak buat apa pun tak berbakat. aku syorkan korang pegi join MLM mana-mana. serius. benda ni bagus. boleh tolong keluarga. tolong orang melayu.

aku hanya tak nak. tak salah kan?

12 comments:

wawa said...

hi mr haris..
sy x jual mcm mlm tp sy bt bisnes minyak wangi jer...
ala2 one drop tp jenama len...
but stil product france....
kalo nk.... cari r sy...
hehehe...

The story of Saif Al-Hafsham said...

satu quote yg sgt bagus.menarik.mcm menarik rambut dari tepung.rambut jgn putus.tepung jgn berselerak..

gua pun nak tulis psl MLM yg bikin manusia gila duit ni.tp ramai sgt kwn gua bertuhankan MLM ni.haha

Bogus said...

apasal blog semakin tak kelakar ?? jom azwath skang !!!

Lee said...

kamon bai.... bagitau je la nama MLM tu... aku pun pernah ikut ceramah Omegatrend, Amway, CNI, Shaklee... seme aku tunjuk sokongan... masa kat situ je la kan...

Tun said...

mlm pertama aku, GAGAL

aku ada buat MLM jugak..aku la pengasasnya..bini aku jadi downline..stop takat tu..kiranya 2 orang je la join..skang ni dah ada rm30 duit kertas..rm100 duit syiling..aku tak buat loan puluh2 ribu...meh la join aku....

Ilmapung said...

Haris, syukur alhamdulilah... ahahha

anastasheeka said...

'aku tak nafikan, sistem ni perfect, boleh buat orang hidup senang. tapi dia kurang beberapa aspek penting la aku rasa. kalau la ada aspek psikologi, yang memberi orang memilih, membuat orang tak tertekan, tak membuat kawan-kawan benci kepada kita dan ada kebebasan, pasti sistem ni lagi perfect"

mendalam :)

syera said...

modal mlm = suka kutuk org makan gaji

NIMI said...

first of all sokong syera..

betol tu, I pon lebih rela susah dari dapat duit cara senang sebab kalau senang naik senang larr jatuh..
baik I susah dari dibenci kengkawan..
simpang!

siKURUS_yg_RABuN said...

mu mmg suka mendebarkan perasaan aku dgn tajuk blog mung tuhhh!! terpengaruh dgn stail kartun lambok ko? hahaha

Hawk said...

haha... aku dulu pun hampir terjebak gk nge mlm pertama ni.. akhirnya aku end up mengasah lagi talent aku sbb sebijik mace mu story nih..

she said...

hmmm..kadang2 org mlm nih suke pakse2 join.ingat kita ni senang nak cetak duet untuk invest agaknye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...