Tuesday, November 10, 2009

cerita-cerita secara random.

1. benda pertama yang aku lukis semasa kecil adalah kepala kura-kura, kata mak aku.

2. semasa darjah 2 aku pernah membasuh dan menyimpan bahagian tulang sejenis ikan sebab aku rasa ia cantik. bersama koleksi tulang-tulang itu, ada juga aku simpan biji buah salak. juga sebab ia cantik. akhirnya kak mah, pengasuh aku telah terjumpa koleksi eksotik ini dalam almari baju aku dan menjerit berkata 'kenapa simpan ni? ini pelesit!!'. sampai sekarang aku tak paham lagi maksud beliau.

3. semasa kecil, aku selalu menyimpan impian untuk membela kura-kura dalam akuarium. tetapi di zaman itu, kedai ikan di kawasan rumah aku tak jual kura-kura. yang ada hanya ikan emas, ayam dan burung merpati. semasa itu aku berfikir, kalau ada kura-kura, aku harap dia akan terkena toksik, menjadi mutan seperti ninja turtle, dan berkawan dengan aku. aku akan bermain susun-susun kusyen dengan beliau.

4. semasa kecil, aku tertipu oleh anak ayam warna-warni yang dijual di pasar tani. rupanya apabila mereka mencecah remaja, mereka bertukar menjadi ayam biasa yang bosan.

5. semasa kecil juga, abah melarang aku memakan cikedis. katanya buah pinggang boleh rosak. tiap-tiap kali balik dari kedai kak yah, aku akan makan dia atas basikal. potato chip plastik oren yang seposen tu akan disumbat-sumbat secara membabi buta ke dalam mulut.

6. semalam kawan aku seorang pensyarah fashion design bagitau, jangan potong kain hari selasa. nanti salah potong. gila kurafat. hahaha

7. kata bini aku, boyfriendnya semasa sekolah adalah anak seorang askar. kuku sentiasa dipotong kemas. rambut pendek, kemas. kalau rambut beliau panjang, beliau akan demam. haha.

8. di kawasan rumah aku ada seorang budak perempuan. dia dipanggil tetek sebagai nama manja oleh ahli keluarga beliau. namun begitu ia tidak mencetuskan kontroversi kerana di kelantan kami panggil buah dada, kopek.

9. semasa di sekolah aku tidak pernah menang pertandingan melukis. aku percaya juri-juri sekolah tidak cukup kontemporari.

10. punca utama kerosakan selipar aku semasa kecil adalah kerana tapak sebelah kanannya haus. ini berpunca dari amalan songsang kanak-kanak zaman itu yang membrek basikal dengan menggunakan kaki pada tayar depan.

11. saat perubahan pagi dari gelap ke cerah adalah durasi masa yang paling memorable bagi aku. semasa kecil, ini adalah masa bersiap untuk pegi sekolah. emak aku akan menyikat rambut aku belah tengah.

12. semasa kecil, aku menyimpan cita-cita untuk membela misai.

13. aku percaya, memori-memori seperti ini, walaupun remeh, mampu menghalang manusia menjadi jahat.

14. aku tidak bakar kerusi di stadium bukit jalil.

7 comments:

syera said...

no 14 tu confirm ke?

laztep said...

priceless...

Bogus said...

ko yang lastik wartawan tu kan

Tun Jusoh said...

nasib baik je bini aku halang aku malam tu..kalu tak, dah lama dah aku masuk sinar harian kes bakar rumah sendiri, tumbuk TV, koyak sofa...aiii...aiii....aku rasa macam nak tanduk je dada halim sapi ngan indrapura..main macam bangkai..sepupu nenek aku main gasing lagi bagus dari dorang....cilakeeeeeeeeeee!!!! nasib baik aku tak berjudi..

Unknown said...

aku agak kurang yakin yg no 14..bab ko da topeng optimus prime..so ko leh smbnyikan wajah ko itu..hurm??

amborgklate said...

yup..small stories but have a big impact kan...sapa berani kata small matters dont matter..small matters do matter..wahai laki2 sume..

p/s:pelesit suka tulang ikan ke?tp hantu suka mkn telur rebus...

anastasheeka said...

num 14 tu klaka! hahahha ;DD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...