Sunday, November 15, 2009
Pertandingan Menggambarkan Peristiwa Menakutkan / Setaraf
sempena kemunculan filem ini di pawagam. aku julung-julung kalinya mengadakan pertandingan peristiwa menakutkan / setaraf. ini disebabkan feedback yang aku baca berkenaan filem ini. ada kata best, ada kata tak best. aku nak tengok sendiri pun tiket cepat gila habis.
tanpa mengambil kira jumlah beberapa pembaca yang biasa singgah di blog aku, aku terus mengadakan pertandingan tidak berlesen.
cara menyertai
anda hanya perlu menghantar penyertaan di dalam komen saya di entry ini berserta no akaun CIMB atau Maybank (untuk pengurusan hadiah).
contoh penyertaan
contoh 1: (format satu ayat)
"peristiwa paling menakutkan adalah semasa bontot saya gatal dalam dewan UPSR"
contoh 2: (format cerita pendek)
"pada satu hari di sebuah shopping complex, saya terasa sakit perut ingin berak yang amat sangat. ini kerana saya banyak makan telur rebus di kenduri pada hari sebelumnya. saya berjalan dengan laju terkepit2 ke tandas awam, hampir-hampir sampai ke muka pintu, saya telah terserempak dengan kawan lama dari sekolah rendah. dia sangat excited berjumpa saya. sungguh menakutkan sekali"
penghakiman & hadiah
Juri adalah aku sendiri semata-mata. penilaian adalah berdasarkan kreativiti dan kecekalan. pastikan memenuhi kriteria 'peristiwa menakutkan' atau lebih menakutkan dari filem 2012. ayat panjang tidak bermakna hebat.
karya pemenang pertama akan disiarkan di entry seterusnya nanti. aku tidak akan bias. pemenang pertama akan mendapat hadiah dalam lingkungan RM 7 - RM 10 dimasukkan dalam akaun beliau. aku tak tipu. ok la tu kan. babi. ingat senang nak buat pertandingan?
tarikh tutup
22 November 2009
----------------------------
sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
interesting :)
malangnye aku tade cerita yg menakutkan...
tinggilah sikit hadiah tu..ehehhe!
ok aku nk masuk pertandingan ni..perkara yang paling menakutkn aku mungkin bjumpa kembali dengan kawan Yan(penganjur pertandingan ni).kawan dia tu dikenali sebagai GEMUK oleh beliau(yan) dan juga kami semua.dipendekkan cerita la..
Aku takut dengan GEMUK bukan sebab di gemuk,tp sebab dia mentafsir satu lawak aku pernah hasilkan ke tahap yang begitu tinggi melebihi yang aku jangka.jd bila jd macam tu,aku dh tak berani lagi nak but lawak depan di,takut lawak baru aku tu tak dap menandingi lawak lama aku dan mungkin akan dianggap oleh beliau(GEMUK)bahawa aku sudah ketandusan idea lagi dalam membuat lawak.tapi kan,"henset ada mouse" tu sebenarnya kelakar ker?aku pun tak faham.
peristiwa paling menakutkan bagi aku belum berlaku lagi...tapi akan berlaku bila aku jumpa ngan pakcik rahim...mesti aku kena belasah....fuhhh sungguh menyeramkan
NIMI, tu je yang aku mampu..haha. next time aku tambah voucher percutian sekali.
weh, jogho. tu bukan menakutkan bengong hahaha
bogus, setakat ni kau punya paling seram. setakat ni kau kawan aku yang paling WANTED ngan bapak aku.
peristiwa yg menakutkan ialah apabila bangun solat subuh lewat.huhu..
ok peristiwa menakutkan aku yang seterusnya...
jumpa member2 yang menganggur dan mereka tau aku dah keje.dan perjumpaan tersebut berlaku di sebuah kedai yang agak menyeramkan(poket).seperti kopitiam dsb..
aku taku jupo Ari.mesti dia marah sebab aku x hantar work..
aku rasa kurang yaken lah ngn ang yan...ko betol ker? kang masok front page metro lak.."satu lagik tektik penipuan berlaku.mnggunakan blog" pastuh da gambaq ang n kami semua sbgai mangsa...huhu
Baru nak join dah deadline..
Sapa menang??
zlf, takde pemenang sebab saingan tak sengit langsung ahahaha. next pertandingan la kau masuk pulak.
yan....aku plg tkt klau 1 hari nnt aku x leh berak/kencing....sbb bnda 2 plg nikmat..alhamdulillah pekara 2 x blaku lg.....
Post a Comment