Sunday, October 11, 2009

keinginan terkini aku. ada sape-sape mahu ambik tau?

keinginan terkini aku adalah aku mahu duduk bersila bersama isteri aku di balkoni kayu sebuah rumah, yang menghadap laut, pada cuaca mendung seolah-olah macam nak hujan, dan dihadapan aku ada tembikai yang dipotong separuh bersama 2 sudu.

jika tak boleh, aku mau baring di rumah papan bersama isteri, menghadap tingkap nako yang boleh nampak pokok rendang ditiup angin di luar rumah, dan suasana sunyi seperti asrama tengah cuti, hanya ada bunyi radio memainkan lagu klasik perang dunia kedua bergema dari jauh.

jika tak boleh, aku hanya mau naik motor bersama isteri di jalan kemaman - kuala terengganu, dan memakai helmet yang ada visor di mana suara aku dapat didengar dan aku boleh test suara aku sendiri .

jika masih tak boleh, aku hanya mahu isteri di sebelah.

susah jugak duduk jauh begini.
aku nak tukar kerja lah.

10 comments:

Tun said...

saat-saat begini, ko kena larikan diri dari tempat-tempat yang mempunyai tembok atau dinding..dan juga tempat-tempat yang mempunyai kepala paip...banyak-banyak istighfar dan berpuasa

FIRZA said...

jelas diriak muka anda.......

hisyamrahman said...

aiyooooooo...sabo bro, sabo....tu maksudnya air dah penuh otak, amik cuti, jumpa bini

ISTERI said...

sayangggg...i akan ambik tau keinginan u syg.. nnti kita duduk bersila bersama-sama di balkoni kayu sebuah rumah, yang menghadap laut, pada cuaca mendung seolah-olah macam nak hujan, dan dihadapan kita ada tembikai yang dipotong separuh bersama 2 sudu.
(aku rindu giler laa kt suami tercinta..syg tukar keje la meh duk sk dgn i..) LOVE U SAYANGGG..

durian! said...

yang, brape kali i cakap jgn buat ayat jiwang2 dalam blog i. tercalar la identiti ganas i! huhu

btw, luv u 2 bebeh

isteri said...

ok sory nanti dh xjiwang dh..

durian! said...

alalala..isterii..jangan la merajuk bucuk bucuk.. tulis 'isteri' pun huruf kecik je. takpe yang, i bg line. u luahkan je perasaan u, i tak kisah u..awww

wanzulhamli said...

hahaha....air sudah penuh..ade leleh kt telingan ngn lubang hiduk tak?

Anonymous said...

apelagi..pindah kl la. Dekat dgn isteri..blh makan tdo etc same2

chun said...

kah kah.
kalo da rindu bini cmni la jadinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...