Wednesday, October 14, 2009

tragedi cucur udang

"Sampai hari ni mak aku ingat cucur udang adalah makanan kegemaran aku. padahal biasa-biasa je. ada je makanan lain yang lagi best."

aku semasa tu, baru masuk taski. masih confuse lagi antara tahyat akhir dengan doa qunut. baru umur 6 tahun. dah terlibat dengan tragedi dramatik ni. Ceritanya, aku pegi taski tumpang Makcik Lah depan rumah aku. sebab anak dia, Ju dan Ja pun pegi taski yang sama. Ju pandai lukis helikopter (ayat last ni takde kaitan).

Setelah bersiap untuk pergi taski, aku keluarkan kaler pensil Luna aku, aku check balik - putih, kuning, oren, pink, merah, purple, biru muda, biru gelap, hijau muda, hijau tua, coklat, hitam. ok cukup. aku pegi ambik kasut belakang peti sejuk, keluarkan suratkhabar, pakai kasut dan gerak ke rumah Makcik Lah. aku masuk rumah Makcik Lah je, aku tengok Ja tengah meraung sebab Ju curi jeruk mangga dia. meraung atas kerusi. buruk betul. tak malu. hahaha

Mak aku pesan, kalau pegi rumah orang jangan dok buat lapar sangat. kalau orang offer makanan cakap dah makan kat rumah. jadi aku lepak je la kat ruang tamu. sambil lepak, aku buat gaya Faizal Husin menari macam robot sementara orang tak tengok. cam sial gaya.

tiba-tiba ju keluar dari dapur. dia cakap umi dia ajak makan cucur udang. aku terus berpeluh dingin. jadi tak keruan. sambil mengelak bertentang mata, aku cakap kat ju,

"takpelah. dah makan tadi kat rumah." dengan dada berdebar-debar.

"laa, takpe la. tak bagitau Makcik Aini lah. cucur udang je pun" Jamin Ju.

dengan tak semena-mena aku dah follow belakang Ju masuk dapur. sempat aku buat step robot Faizal Husin sepam lagi belakang dia. style. lalu, bersungguh aku makan cucur udang. aku makan tepung je, udang aku keluarkan, susun atas meja. nak makan sekaligus nanti. aku siap kira lagi, ada 12 udang.

akhirnya, kami pergi taski. macam biasa, taski menyeronokkan. ada pokok besar depan kelas. dekat atas pokok tu ada labah-labah besar buat sarang. lama jugak aku perati sarang tu tunggu ada serangga lekat ke. bukan senang nak tengok labah-labah makan. sekali takde pulak. masa rehat aku sia-sia macam tu je. "babi punya labah-labah. lenguh kaki aku." aku pikir dalam hati. mana boleh cakap babi terang-terangan macam tu je kat taski. nanti ustazah marah.

aku balik taski, pegi main jap. balik main aku lepak depan rumah. bapak aku tengah potong-potong dahan pokok mangga. aku pulak tengah buang kemuncup yang lekat kat seluar trek aku. aku tarik-tarik guna pembaris je. banyak sangat. aku nampak Ju datang dari rumah depan. macam biasa lah, dia pakai baju Phuket Island. Mak dia orang sebelah golok nun.

"Encik Rahim, tadi abang cik makan cucur udang kat rumah. banyak. siap kumpul-kumpul udang dulu atas meja" one shot je dia report.

bapak aku masuk rumah ambik rotan.

13 comments:

FIRZA said...

hakhakhakhak.......

Amak said...

wahahaaha. kecik2 lagi dah pandai report.

LovelyMe said...

hahaa~

siot jer..

mimi said...

sungguh keji insan bernama ju itu

Bogus said...

o0o0o nama mak ko aini ek...hik3

siddhartha said...

cerita kau bro memang mengubat luka lara rindu aku kat semua benda yang aku dah takda.terima kaseh ya. =)

Anonymous said...

sesungguhnya cerita ini telah di improvise dengan jayanya.. :))

-Ja-

Ainee Cumi said...

ahahahhaha..sengal!

anastasheeka said...

hihihii klaka ;P

isteri said...

syg u nk i bt cucur udang x? hehehehe

durian! said...

syg, u masak apa pun sedap yg. masak je yang.

hanim said...

awal2 semua mkn. Cukup 1thn lauk atas meja pun xnampak. Haha

Isteri no. 2..hahaha... said...

i nk buat cucur sotong la kat u..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...