Monday, April 13, 2009

hoi..lajunya browsing. sini, sini baca ni dulu.

Aku dapat email dari kawan bertajuk ‘slow down’. Email ini buat aku berfikir juga lah. email dia cerita pasal dunia ni dah laju sangat. jadi aku pun nak elaborate versi aku lah.

Semua benda berlaku dengan amat pantas sekarang. Kau tak risau? Naik lrt sini, sekejap sudah sampai sana. Member naik flight di sini, sekejap sudah sampai di sana. Drive thru sekejap sudah boleh makan, drive thru sekejap sudah boleh makan. Eh, berapa kali aku tulis pasal drive thru?

Sungguh bahaya. Kadang kadang aku fikir ianya macam melanggar fitrah.

Degupan jantung kita ada tahapnya. Tak perlu dilajukan. Tak ada kelebihan. Apa yang penting, gunakan ia sebaiknya semasa ia masih berdegup.

Kadang2 bila kita naik keretapi, kita terlampau pikirkan tempat yang dituju. Sampai kita lupa untuk menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan.

Hari tu aku ada terfikir. Menghasilkan sesuatu yang seni, dapat memperlahankan hidup kita yang terlampau laju. Buat painting, contohnya. Biarkan ia ambil masa kita dari dunia yang laju. Selagi kita tidak dapat hasil seperti diinginkan, selagi itu ia akan curi masa kita. Mungkin sebab tu la kot, orang kata orang yang ada hobi lebih susah mendapat stress, sebab otak dia ada masa untuk slow down. Memang, masa itu emas. Jadi spend lah emas anda dengan baik. Jangan spend cepat2 nanti tersilap kira.

Maksud aku dengan ‘cuba menjadi perlahan’ bukanlah dengan memandu perlahan. Lebih2 lagi di lane sebelah kanan. Bukan juga maksud aku tak perlu cepat2 pergi appointment. Perlahan sikit. Cool down. Bukan juga maksud aku, berjalan perlahan di dalam crowd pasar malam, sebab aku memang benci kalau ada orang berjalan perlahan dalam crowd kat pasar malam. Aku selalu kena tukar step sebab takut tersepak kaki beliau. Susah tau tak. Secara fizikalnya kita memang kena cepat juga kadang2, tapi dari segi minda, dan soul jom kita slow down sikit.

Hari hari dengar grindcore, dengar la jazz pulak ye tak.

Berkenaan dengan laju, ada sekali tu aku tengah minum2 dengan member aku di Hakim seksyen 7 lama. (aku tak suka Hakim baru sebab dia pasang audio kuat sangat – nak borak pun kena jerit2). Tengah lepak tu sekali ada orang hon motor ‘TIIINNNNNNNNNNNN’. Dalam 4 harakat jugak la. Jadi, kitorang satu meja pun pandang la ke arah bunyi tersebut. Ada sorang awek tengah duduk di kaki lima kat tepi tu. Kat depan dia ada sorang lelaki tengah duduk atas skuter, pakai helmet. Dari gaya nampak macam si perempuan tu awek kepada laki tu. Tapi aku pikir la kenapa nak bye-bye pun kena picit hon lama-lama ke? Depan2 pulak tu.

Lepas tekan hon, laki tu tengok kitorang, sebab kitorang memang tengah tengok dia pun. Dia tutup visor, start motor, terus press motor laju gila.

Laju gila.

Setelah berfikir dua tiga minit. Kami sependapat yang, dia nak tekan starter tapi tertekan hon.

Hahahaha.

Laju = malu
=tak payah laju2.

chow

9 comments:

wawa said...

lawak r cite yg last ny.....
......
yup mase skung tgh 'mngejar' sy.....
so sy kne lju....
hahaha.....
..........
haih tkut gle nk asess next week....
T_T.....

Tun Jusoh Patail said...

dek kerana dunia dah semakin laju, kadang-kadang aku pun terlaju jugak..contoh macam makan, kalu nasi penuh sepinggan, agak-agak dalam 5 minit aku dah buleh habis makan...siap je basuh tangan, terus cucuh api rokok..dalam 2 minit, dah abes isap rokok...laju btol..

tapi dalam dunia yang laju ni, aku still jugak termenung dalam jamban sekitar 20 minit sebelum mandi sambil menikmati sepuntung rokok

buruh said...

hahahahaha..
lawok molek...
eh, nok dengar hardcore + jazz?
http://www.youtube.com/watch?v=dqzAK0a8kaw
lagu gini, nok laju ko nok selow?

intan said...

hahahaha kelakar la tunang aku ni...

Bogus said...

takder lak kelakar sgt tunang intan nih...lawak2 ulangan jer hahahaha...

kawen nanti korang dok maner...intan pindah pahang ker

Lee said...

apakah yg patut kita dengar ye cik durian? selain album terbaru chris cornell??

Candour Reality Zeal said...

kalau lempang laju2 tu kira cmne plak yan?bleh tahan laju gk tu,bergantung kpd kepantasan tgn org yg lempang tu jgk la kn.....klu kene lempang pn laju jgk dia naik merah2 pipi...laju betul la dia ni.....

siKURUS_yg_RABuN said...

abih 2 ape signifikan awek 2 plak dlm citer mu nih mat yea??? watak tambahan ke??

Aie said...

yeah kali ini penulisan lu ada soul lah yan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...