Saturday, April 4, 2009

hidup sekali sahaja. kenapa mengeluh?

ok. sebagai entry, aku akan ceritakan pasal kisho. sebab aku call dia ari tu dia cakap 'bila mu nak tulih pasal aku natang?'

kisho adalah member aku. haris abadi palsu. dah 5 tahun beliau menggunakan nama betul aku sebagai nick name ym beliau. cis. siap student aku jumpa nama aku tengah berbual dalam chatroom sedangkan aku sedang tekun buat portfolio pengajaran di meja study.

ok lah. kisho adalah berbulu orangnya. pakai spek. pernah sekali aku pegi rumah kakak aku dengan kisho, sampai pukul 4 pagi lalu tido di ruang tamu. lepas tu aku dikejutkan oleh anak buah aku, Ilham yang umur 3 tahun.
dia tanya aku 'cik, sape ni?' sambil tunjuk dekat kisho.
aku cakap 'kawan cik..nama dia kisho'.
dia tanya lagi 'tissue?'.
aku tergelak sikit, aku jawab 'kisho'.
seterusnya dia cakap
'macam orang je..'.
terus aku bangun sebab nak gelak. ha ha ha memang rasa nak gelak lagi.

ye Ilham, memang dia orang.

dah la tu. ok berkenaan tajuk di atas, aku saja je nak trigger perkataan tu ke dalam otak korang. lagipun lama dah tak menulis. untuk pengetahuan korang, aku adalah seorang bekas tendangan UTM suatu masa dulu. student Landscape Architecture. maksud aku student Landscape Architecture yang bermasalah. Aku pergi kelas lewat, ponteng kelas, main mesin kuda, main snooker dan tido.

tiap tiap petang, aku akan pegi cc di Taman U yang bernama IO studio. macam biasa orang yang akan ada kat kerusi luar cc tersebut adalah fuad dan kisho. jadi kami akan mulakan discussion mengenai Landscape Architecture dan arts di luar cc tersebut. aku tak nafikan bahawa discussion kitorang memang ilmiah dan mencabar, walaupun biasanya discussion itu diselitkan dengan lawak2 tak membina dan cerita2 lucah nusantara. menjadi seseorang dalam kelompok arkitek2 radikal memang membuatkan aku ingin jadi radikal. dalam projek2 studio aku seterusnya, aku banyak mencabar kefahaman2 landskap konvensional sampaikan lecturer aku tak suka aku. ye lah, kalau datang kelas tiap2 hari tu takpela jugak. lepas tu nak melawan pulak.

dengan result aku yang tak seberapa, dan cuba melawan dlam projek2 studio, aku akhirnya ditendang. sedih tak? hehe. Projek terakhir aku buat di UTM adalah landscape design untuk area Sentul - Manjalara. Aku buat presentation bentuk komik. lecturer aku cakap 'siapa ajar mcm ni?'.

aku simpan lagi presentation board tu. sape2 berminat nak beli, aku jual RM2000 sekeping.

aku balik rumah lepas tu. tak cakap ngan bapak aku sebulan. aku buat lawak pun dia tak gelak. memang kental dia..(roy, roy, hati kau keras roy!) sampai la aku dapat offer masuk UiTM pulak baru la dia cakap dengan aku.

so bapak aku selalu tanya. 'apa kau dapat kat UTM?'
aku tak tau nak jawab mcm mane. takkan la aku nak jawab 'macam-macam dapat. saya selalu buat discussion di IO studio petang2 dengan kisho dan fuad.'

dan, takkan la aku nak jawab 'dapat macam-macam. saya pernah dapat rm30 masa bet kuda 1-5 aritu'

so aku tak jawab la biasanya. kadang2 aku tension. sedih pun ada. duit mak bapak habis menghantar aku mengajar. of course la kan, diorang expect the best dari aku. tapi kadang2 aku macam fikir, let me get the experience abah. let us get the experience. kakak dan abang aku dah bergerak secara smooth, biar la aku bengkang bengkok sikit.

ok lah, at least aku dapat rasa perasaan failure dalam hidup. ya lah, hidup sekali saja. kenapa mengeluh.

boleh cuba lagi next time!

8 comments:

__mr.amat__ said...

tersentuh jiwa yan ngan ayat terakhir kau tu :
'ya lah, hidup sekali saja. kenapa mengeluh.'
kau bkan sahaja seorang yang gemok, malahan seorang yang puitis.

Anonymous said...

Ahhh... hidup ko dah hampir sempurna, tak selayaknya ko mengeluh.tapi cuba lihat sekeliling ko, ada ramai yg jalannya bukan setakat bengkang bengkok kona lebar, kona tajam zig zag pun ada. masakan mereka2 itu tak mengeluh...

siKURUS_yg_RABuN said...

demo telah berjaya membuktikan bakat demo dgn fine art wahai mat yea...
sesungguhnya demo termasuk dlm senarai idola2 dlm hidup kawe...hahaha
(dh suruh bodek sgt, kena la komen berbau bodek2 sket kn...!)

Candour Reality Zeal said...

aku nk kenal ngan mamat tissue ni bleh x?hahahaha

buruh said...

Mr.Rahim is the true Azroy.
En. Halim adalah Zack

RIDZWAN AHMAD said...

tak perlu mengeluh..biasa,asam garam kehidupan..ada naik turun..pengalaman mengajar kiter erti hidupp

kisho said...

hello brother.bila nk buat artwork letak kat rupajiwa?

johor johor kite said...

1. kat IO media workstation.... huhu
2. nick haris abadi telah mula diperkenalkan dalam dunia siber... MIRC...
3. tujuannya sangat murni.. tuk cari kenalan.. huhu
4. hasman....
5. copam....
6. plotter...
7. fuad...
8. macam-macam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...