Thursday, July 2, 2009

di zaman itu, kita kurafat.

aku sampai awal betul hari tu di sekolah. misi utama aku ialah meminjam buku matematik Daniel untuk ditiru. misi kedua adalah mencari botol air yang aku tertinggal semalam. kalau hilang, itu botol air yang ketiga hilang tahun ini. botol air pertama yang berbentuk telepon tu hilang sehari lepas beli. bapak aku smash aku ngan raket badminton time tu.

aku tarik semua buku teks yang tersumbat padat dalam lubang meja aku. dah terlipat-lipat dah semuanya -bukan mukasurat, tapi dah tahap terlipat satu buku dah. aku betul-betulkan buku teks dengan tangan, aku belek, jumpa bulu ayam yang aku letak dulu.

"hmm..dah beranak dah." kata aku gembira.

betul rupanya kata member aku, bulu ayam memang beranak.

aku tarik semua sampah2 dalam meja tu, tapi tak jumpa botol air pun. mesti budak sekolah pagi dah curi. cis! aku hanya jumpa pensel saja. pensel-pensel yang aku pinjam dengan member sebelum ni. aku ingat pensel-pensel yang dipinjam memang akan ghaib ke alam lain, rupanya ada penjelasan sains. salah satu pensel tersebut adalah pensel Farihan. aku cam sebab dia asah dua2 belah. aku dah cakap kat dia jangan buat macam tu, nanti mak mati. tapi dia tak nak dengar. last2 aku jugak yang hilangkan. tapi Farihan takpe, dia cool. bapak dia peguam. tah aku pun tak tau apa kaitan dengan peguam.

..............

hari tu aku memang nasib baik. Cikgu Zamrah tak tanya pasal homework. sia sia aku sorok buku matematik aku. tadi si Nik Norma dah nak tanya pasal homework. aku hampir-hampir nak lempang dia, tapi memikirkan hingus yang dah kering kat pipi dia, aku tak jadi lempang. nasib baik dia tak jadi tanya. apala Nik Norma. nama saja ketua darjah, tapi bercakap keluar angin ikut mulut saja. bunyi tak sedap.

...............

balik sekolah, aku nampak Arif Faizal berdiri tepi bangsal basikal, tengah tengok sampah yang baru dibakar oleh tukang kebun. aku pergi menyapa dia.

"hai Arif Faizal. seronok tengok sampah?" kataku.

terkejut sikit dia. aku nampak bahu dia bergerak sikit.

"weh, kau tau tak, asap bakar sampah ni ade magic." dia kata.

"aku tau" aku jawab, tak nak nampak ketinggalan. "magic macamane aa?" aku tanya.

Arif Faizal bergerak di sekeliling asap sampah sambil menerangkan aku magic asap sampah. aku pun bergerak ikut dia - setapak, setapak, keliling sampah terbakar. memang betul kata dia, asap sampah memang akan follow tak kira kita kat mana. memang magic. dia memang pandai mencari magic, dan dia cool juga. pasti jadi peguam nanti.

kami bermain sampai petang,

sambil aku terlupa misi aku sebenar untuk balik ke rumah dan sorok raket badminton abah.

9 comments:

FIRZA said...

klakar ala2 terbahak jugak....

Lee said...

Kau tak bersyukur ke ayah kau tak layan hoki>?

Ilmapung said...

Durian.. kenapa semua yg ko cerita itu ada pada aku? bila aku baca balik aku mmg pernah alami semua tu.. bulu ayam beranak.

ko.. ko... mmg ada sihir (magic)

hampes..

two thumbs up man.. :))

n tq..

durian! said...

Lee,hahaha..lee, aduh, bersyukur.. masyaAllah..kalau bapak aku layan hoki, struktur badan aku mungkin rosak dah sekarang.

Ilma, terharu aku kau ckp mcm tu. ehem. aku sebenarnya memang cari point2 yang boleh dikongsi pun. kalau selalu sama, mesti sebab sejarah kita dekat2 sama. kau penah kena smash ngan raket?

Ilmapung said...

Tak pernah, dgn hanger baju pernah la..

hisyamrahman said...

nice story la bro...bisa menggeletek jiwa dikala murung....

mukrimania said...

kena smash sbb shuttlecock abis ke?

Tun Jusoh Masduqi said...

bulu ayam beranak? hmmm..seingat aku sebab dia makan sisa-sisa buangan pensil yang diasah...celaka betul..

weh, ko penah jilat jari pastu tenyeh kat kertas untuk memadam kesalahan?

RIDZWAN AHMAD said...

lawak lawak klu teringat zaman sekolah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...