Thursday, July 16, 2009

teringat aku pesan cikgu

1997 - Dewan Peperiksaan SDAR - PMR - Kertas Bahasa Melayu

aku tengok sudut 45 darjah depan aku. Kamel duduk menyendeng ke kiri. kertas jawapan dia tertutup. ah, sial Kamel. sia-sia aku belanja dia nasik lemak pagi tadi. janji nak open kertas jawapan kalau dengar aku berdehem. Dah la tak nak layan nasi lemak kosong. siap mintak telur mata pulak tu. Lepas tu nak demand lagi, nak telur goyang.

Masa dah nak abis. tinggal 15 minit je lagi. peluh dingin meleleh. telur aku pulak yang goyang. sialan Kamel!

aku nekad. Aku nak berdehem yang paling kuat. Baru setting-setting tekak, terdengar kletup-kletap kasut tumit tinggi berjalan dari belakang aku. terus aku cancel berdehem. aku buat-buat tengah baca soalan.

"ah, aku putus asa lah dengan kamel." lalu aku fokus balik dekat soalan nombor 12 tu. tinggal ini je soalan yang paling susah :

12. Mak Minah tidak pergi ke pasar ___________ dia sakit perut hari itu.

A. Kerana
B. Sebab
C. Dan
D. Disebabkan

Aku baca soalan ni banyak kali sampai aku dah rasa pelik dengan bunyi-bunyi bacaannya. aku dah tahap tergelak dengar perkataan 'sebab'. ada juga perkataan yang bunyi mcm ni.

Ah! Aku tau mcmane nak buat. teringat aku pesan cikgu.
Ya, pesan cikgu!

Aku tutup mata..
fikiran aku menerawang jauh. masa tu aku 6 tahun. anak jiran sebelah datang bawak pinggan mangkuk plastik kecik2 warna pink. kitorang lepak kat meja batu luar rumah. lepas tu aku isi pasir dalam pinggan, lepas tu petik daun jambu buat-buat mcm lauk ikan. lepas tu pulak pura-pura makan..

pooff! aku kembali ke dewan peperiksaan. aku tersenyum. aku pun cuba menjawab soalan 12 tadi dengan bergaya.

alamak..masih tak boleh..tak tau jawapan.
memang tak tau. tak paham.

masa tinggal seminit. Kamel kemas2 kotak pensel besi geometry set.

Cikgu aku cakap, fikir masak-masak, pasti dapat jawab soalan dengan senang.


kenapa aku buat tak jadi pun cikgu?

9 comments:

Ilmapung said...

fikir masak-masak tak sama dengan main masak2.

Ada budak lelaki jiran aku waktu tinggal di kuaters kayu selalu ajak aku main masak2 guna tanah liat.

Aku cakap "Taknak main dgn pondan"

Dia sekarang jadi doktor, boleh tahan hensem la.. haha

wawa said...

hahahaha...
soalan bahasa melayu kalo wak2 skola dlu mmg png nk pk jwpnnye...
tp sy tau knape mr haris x dpt bt sbb mr haris pk mlencong ke tmpt len...
x fokus...
hahahah....

hisyamrahman said...

nasib baik bro, lu tak tiru....hahahaha
kalau tak jadik tak berkat la pulak.... :)
pepedal...aku mmg admit, blog ko mmg best...dan aku nak suggest kan satu, cuba ko baca blog
abdullahjones.blogspot.com
musti ko suka nyer

FIRZA said...

tapi aku pernah men masak2...best juge....

Azwan said...

bai...taram jer laa

Lee said...

aku sorang je kot yg masa kecik suka main kumpul bateri motor... dan main bakar sampah....

RIDZWAN AHMAD said...

cmner ko leh ada idea utk menulis dan keluar cerita2 lama yg mmg best.aku suggest ko bukukan sejarah hidup ko..hehe,sure laku nyer

kisah si gemuk yang optimis

Pumpkin Peroz said...

ngek la ko ni..
hehehe..

Shahrizan Salian said...

Makhluk tu memang takleh harap. Rugi duit kau singgit setengah belanja makun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...