ok. dalam sebulan lagi aku akan kawin.
setiap kali aku bagi kad kahwin kepada seorang perempuan, diorang akan tanya "tema ape?"
bila aku jemput student aku, diorang tanya "tema apa ncik haris?". aku pun rasa pelik juga. tema bagaimana ya? mungkin diorang tanya kaler ape kot. aku pun tak pasti.
jadi, untuk menyenangkan mereka-mereka ini, aku akan membongkar rahsia berkenaan idea aku dan bakal isteri dalam menjayakan majlis kami nanti. baiklah.
11 tgh - hadirin akan tiba di rumah Intan. semua hadirin akan diminta beratur di sawah padi mengikut kata komander yang bertugas. membuat barisan mengikut keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. kemudian harus tunggu dalam keadaan senam diri.
12 tgh - pengantin lelaki datang menaiki burung garuda. apabila mendengar sahaja tempikan burung garuda, peserta silat pulut dalam kuantiti 3000 ahli, mula bersilat secara rawak di sekitar sungai petani. para hadirin yang sedang beratur di tengah sawah tadi harus berlari ke arah rumah pengantin sambil mengelak-elak periuk api yang telah ditanam. sambil itu, beberapa menteri-menteri utama malaysia kelihatan bermain kompang di sepanjang jalan.
12.30 tgh - bunga telur diberi kepada hadirin yang terselamat dari larian periuk api. kelihatan kedua2 pasangan pengantin muncul dari bawah tanah menggunakan peralatan khas hollywood. sedang pengantin berjalan menuju ke jinjang pelamin, muncul seekor harimau dari sudut halaman rumah. pengantin lelaki terus mengeluarkan keris hulu tajong bangsa agong beliau dan menghalakan kepada harimau tersebut. harimau itu lantas berdiri dengan dua kaki dan membuka zip. ohh..costume rupanya. pengantin bersalaman dengan stuntman tersebut.
1 tgh - makanan tengahari dihidangkan dari belon udara dan zeppelin yang berlegar-legar di udara. di samping itu juga, dalam 25000 ekor burung serindit local yang terlatih mula membentuk perkataan 'selamat pengantin baru' di udara.
(bersambung)
beginikah maksud anda dengan tema?
11 comments:
itu bukan tema, itu aturcara majlis.. hahaha bengong..
Kenapa orang buta terror anyam bakul? Sebab bila one loses a sense, the rest of the senses heightens.
Macam kau, bulan puasa ni kau tak pakai deria rasa.. (aku harap).
Maka tahap imaginasi kau yang cuba lari dari memikirkan KFC tersebut terus mencapai tahap tak masuk akal.
terima kasih atas hiburan untuk aku yang tak pergi tarawih ni :P
eh... aku nak kad kawen...
haram jadah
baek ko ckp je majlis sebenarnye wat kat galaksi andromeda @ kat nebula......senang sket org nk bertema gaya alien....
naka jugok demo cik..
hahahahha sumpah lawak
cik... kawe xinggt nk mbik surat jemputan nikoh demo...
bijok gak tema demo cik.. mmg bergaya la pengantin lelaki naik burung garuda...tp rok ko brung tu nk akat demo?
slame ni aku ingat name posisi tu 'senang diri'
hehehehe
celaka aku gelak cam haram
cilaka..pttla burung serindit aku hilang..
Post a Comment