Wednesday, November 19, 2008

susah ke jadi orang kelantan?

aku adalah budak kelantan. walaupun aku tidak berlakon cerita budak kelantan.

aku tahu ramai manusia (lebih2 lagi perempuan) tidak mahu dikenali sebagai budak kelantan. Ini adalah satu fakta. aku tak tau sebabnya. kompleks.

aku juga tahu ramai manusia (lebih2 lagi lelaki) yang sangat mahu dikenali sebagai budak kelantan. Ini adalah satu fakta. aku tak tau sebabnya. kompleks.

budak kelantan banyak yang jahat. namun banyak juga yang baik. (sama saja dengan budak2 lain pun) itu kau kena tengok sendiri. tapi mengikut perhatian aku, ada dua kategori (orang kelantan di luar kelantan):

1)klik - senang bersama dan berbahasa dengan orang kelantan sendiri. jarang bergaul dengan orang luar. ingin membuat persatuan tidak formal. sangat bangga dengan negeri. membeli sticker negeri kelantan untuk cermin belakang kereta. Namun jangan salahkan mereka. aku akan terangkan faktornya.

2)malu - biasanya mereka bersendiri. benci/cuba tidak menjadi kategori (1). tidak mahu mendedahkan negeri asal. mahu membeli kereta dengan plet WGA atau BBM. Kadang2 cakap luar dengan rakan Kelantan sendiri. Namun jangan salahkan mereka. aku akan terangkan faktornya.

3)selebihnya - karakter yang pelbagai.


-Sesetengah orang kelantan mempunyai dialek yang sangat pekat. Masalah ini akn menyusahkan mereka berkomunikasi. lebih2 lagi ia terjadi kepada manusia yang takut malu dan tersasul. Bayangkan, bahasa kelantan memendekkan perkataan yang berakhir dengan 'an', 'am' dan 'ang' kepada 'e'. Kepada mereka yang tidak berpendidikan tinggi, masalah ini sahaja sudah mampu untu menggugat mereka. mereka confuse'pingge' yang mereka guna untuk makan itu sebenarnya dalam bahasa Malaysia 'pinggam' atau 'pinggang'.betul ni. Namun untuk penduduk Pahang, Johor, ataupun Seremban yang kurang pendidikan mungkin takkan menghadapi masalah begini.

kawan aku pernah dengar seorang bapak sedang marah anak berkata "Abah 'rotam' kang!"
Kamu juga mungkin terdengar "Lamanya tak makan 'ayan' KFC"

Belum cerita bahasa yang totally berlainan dengan bahasa melayu. Kamu pernah dengar 'Kube Lana' atau 'Te male tumah'? aku rasa ia klasik dan sungguh cool.

Yang tak bestnya, masalah komunikasi ini akan membawa masalah seperti dilabel 'klik', fanatik, dan banyak lagi. Judgement macam ni dari sesetengah orang yang tak professional memang tak membantu.

-Golongan yang kedua, cuba lari dari masalah ini. Mereka tidak mahu dilabel, tidak mahu dicop. membuatkan mereka confuse dan memilih majoriti. dan akibatnya mungkin mereka makan budu senyap2 dalam tandas.

aku pun tak tau apa aku nak bgtau sebenarnya.
aku cuma tulis apa yang aku nampak.

nasihat aku : BE YOURSELF

guano? demo ado komen?

10 comments:

vagg© said...

ayah saya suka isap ROKAK sambil duduk bawah POKAK. kena gigit NYAMAK.

- cintailah bahasa asal kita. yes, be yourself. kadang2 je bila xmo org confuse ngan apa yg kita nk sampaikan, makanya perlu le guna bahasa standard

Anonymous said...

demo ore KELAMTAM ke?kawe igt ore AMPANGAM

Lee said...

aku adalah anak pahang sejati yg pernah join dikir barat dan mewakili UM dlm persembahan dikir barat... kenapa? sbb aku rasa amat seronok dlm grup kelantan .. mcm kau rasa yang kau 'belong to a group'. budak2 pahang semua buat hal sendiri je... aku amat kagum dgn semangat setiakawan dlm jiwa org2 kelantan... SYABAS!!

Jusohbedil said...

saya menggunakan sumpit rokrak untuk mengisi buah moktam..

Ais Cair said...

weh...aku ada post pasal org kelantan...tp sebab aku bukan org kelantan,mungkin ada yg aku tersalah sangka...kalau rajin,cari r kat blog aku pasal tuh....

Anonymous said...

Aku pun kure stuju nga kata2 mngatakan ore klate nih pongoh.. bekeng...panah bare..gedebe..

aku kena ramai saim2 aku yg jiwa..
walaupun muka ghanah...tetapi hati kumtum..

contoh nye En yang sndri.. walaupun rambut berciri mohawk, ala nasroni, sedikit quraisy...tp dlm atinya ade chenta..hahaha..

durian! said...

jae..come on jae..jangan mendedahkan kelembutan hati aku di tempat awam jae..

mysteriousFana said...

weh,sayo ngila guling baco entry nih..naka gile.
siot ah sume orang!!!

-agak2,kt klntn jo'on ke hujan toktap toktap2?

- di hr raya gerban,kami pisah lembu beramai-ramai.

-abah,mah nak ke rumah esah di tembak ye.

:) aku tahu aku lmbt,tp aku suke entry nih.

durian! said...

Fana, tq tq.. hehehe

euric666 said...

hehe..
akupn suke enrty ni..
sbb nije menidakkan ciri2 yg dia seorang ponggoh, bekeng dan kuntum.
heh
so yan ko tak bersorangan la..

p/s: weh aku nak beli tshirt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...