Wednesday, September 16, 2009

entri ke 100 saya sebagai seorang blogger muslim yang tampan.

malam semalam aku baca sebuah novel. bahasa indonesia.

sebelum ni adik aku paksa aku tengok filem ayat-ayat cinta. katanya touching. aku sampai sekarang tak tengok, bukan tak nak tengok. tak berpeluang. sampai la minggu ni, officemate aku telah mengepass novel ayat-ayat cinta kat aku. sesuai untuk orang nak kahwin, dia kata. 3 hari jugak buku tu terbiar kat atas katil aku. sampai la semalam, baru aku ambik baca.


aku baru baca suku, aku dah touching kaw2. serius. muka heroin dia aku dah bayangkan secantik intan di sepanjang pembacaan. ehem.

penulis ini, berdakwah dengan berkesan. kau bayang lah, dia buat novel cinta. novel cinta yang penuh keIslaman. Jiwang gaya Islam. Hati aku yang sensitif ni terus terguris (chewah). boleh jadi panduan muda-mudi yang lalai sekarang. rupanya ada cara bercinta dalam Islam. malah lebih cool. terbaik.

aku rasa banyak benda lagi boleh dibuat guna style Islam. Kita kena berani nak buat style baru. aku bukanlah alim sangat. tapi, aduh. kalau benda-benda mcm ni jadi trend, jadi lifestyle, kau tau apa akan terjadi di masa depan? memang style. di sini ada satu vision :

September 2030, remaja-remaja berkumpul di Annexe, Central Market. petang ini ada gig. Kelihatan beberapa remaja lepak di sudut dewan. membaca quran dan berbincang mengenai isu-isu dunia masa kini. kelihatan 3 orang datang. salah sorangnya adalah pemain dram kumpulan rock Al-Islam yang akan main petang ini juga, Muhammad. dia selalu berbangga namanya sama dengan Rasulullah. sebab itu dia tak tinggal sunnah. walaupun berbaju Pink Floyd tapi serban selalu di bahu. Jeans koyak tapi aurat tetap aurat. dia pakai tight kat dalam.
Dia berjalan kat budak-budak yang tengah shuffle di hujung kedai mamak. dia pegang sorang, tanya soalan, lepas tu lempang budak tu sekali. ada ke patut rukun Islam ada 8. shuffle je lebih. ilmu takde.

di sebelah sudut sana pulak kelihatan geng-geng punk baru keluar surau semayang asar. terus diorang pegi setting-setting rambut balik. diorang memang biasa semayang dulu baru setting rambut. sebab nak ambik air semayang kan. diorang tak sabar nak tengok band punk muslim, Ransyid main hari ni. menampilkan lagu rancak bentuk nasyid. diorang punya lirik memang boleh buat orang insaf. lepas lipat kain pelikat, diorang pakai boot dan pegi pusing-pusing kawasan tengok ada sape2 minum beer kat kawasan tu. kalau ada memang parah la kena belasah.

"ada ke patut minum beer lagi zaman ni? budak-budak tak cukup iman betul, tak true!" kata Hatim Armstrong, selaku vokalis Ransyid yang mempunyai darah campuran melayu - turki.

di tepi-tepi dewan, budak2 jual t-shirt indipendent dan stuff2 lain tengah dok berdiri tunggu organizer bawak meja, mana boleh main hampar kat lantai je. Semua zine pun ada ayat Quran sekurang-kurangnya sepatah. kena hormat. nak letak tabung derma palestin lagi. Ada dua tiga orang skinhead girl datang belek2 zine, semua pakai tudung, sorang pakai purdah. tali pinggang nak spiky-spiky. Memang budak2 sekarang tau jaga kehormatan walaupun gaya pelik-pelik. kalau nak mengorat diorang pun, make sure at-least khatam quran, kalau tidak kena gelak je. ada sorang mamat ari tu nak berkenalan, tapi dengar-dengar cerita kena reject. sebab member-member dia pecahkan rahsia dia pernah ponteng semayang Jumaat. malu gila dia.

Gig bermula, lelaki masuk belah lelaki, perempuan masuk belah pempuan. Majlis habis sebelum Isyak, dan of course ada break Maghrib. Organizer mana berani tak buat break? Itu hari si Cheong terlupa nak buat break Maghrib, semua budak blah. Band pun tak nak main dah kalau dia anjur. Joe Kidd dah ugut nak ban kaset2 keluaran Cheong kat ricecooker. menyesal tak hingat dia.

semua pulang dengan penuh keimanan. tak sabar nak datang gig minggu depan.

---------------------------------------

ini adalah salah satu contoh situasi sahaja. macamana? Penuh keberkatan. haha. Time ni, Malaysia akan declare dirinya sebagai negara Islam sekali lagi. kali ini, negara Islam yang betul2. menyeluruh. semua aspek. InsyaAllah.

Ini entri ke 100 saya. sekian terima kasih.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

12 comments:

Ilmapung said...

Bayangkan aku pakai tudung, tapi masih pakai seluar jeans baju labuh tutup punggung pegi tengok konsert.

menangis juga mak aku..

selamat hari raya en. haris n bakal isteri.

NIMI said...

weyhh bestt gila!

Lee said...

adakah Ransyid disertai oleh NurFX dan Good Religion?

Lama tak layan Greg Ghaffarudin

durian! said...

NurFX..hahaha.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
siKURUS_yg_RABuN said...

giler la imaginasi mung...
camat ari rayo..

wawa said...

slmt hr rye mr haris...

lucky said...

imaginasi yg amt mnarik.. hee..
slamat ai rya.. :)

Z said...

Ransyid / Good Religion / muSlimknot!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAH


well, aku memang sentiasa cari cara nak incorporate jenis-jenis music yang aku enjoy dengan gaya hidup Islam. aku cuba mencari kebaikan dari setiap lirik band-band metal yang aku minat. aku nak jadi penggerak usaha ini!


hehe semangat lak tetibe. aku seorang fan music so aku minat dengan idea yang kau persembahkan ni

cik indie said...

en. doyan,

Tahniah. Semoga jadi suami seperti dalam cerita Ayat-Ayat Cinta. Suami yang boleh jadi idola. Aku serius suka dengan cerita tu dan komen kau tentang cerita tu.

Anyway, tahniah okay.

Dean said...

haha..entri ni mmg terbaek!!
slamat hari raya..1st time jenguk sini. :)

johan adam said...

salam
steady bro
aku stuju
moga2 kita sempa tengok
situasi mcm tu jadi depan mata
jom usaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...