Tuesday, December 29, 2009

trip balik ke kampung

new year ini aku akan balik ke kampung. aku cuba dapatkan tiket train untuk balik, tapi sayangnya tiket dah habis. mungkin ini kesan dari kemalangan ngeri bas double decker tempohari yang meragut 10 nyawa. semua orang risau naik bas. nak naik air asia duit tak banyak mana.

nak tak nak, aku kena naik bas juga lah. bagi aku, naik bas tak ada masalah cuma pemandu yang tak cukup rehat dan mengantuk - itu yang masalah. dan, aku juga banyak baca komen mengenai bas double decker yang tak sesuai sebab tingkat bawah dia rendah sangat. so, aku takkan ambik bas double decker atas sebab safety.

aku bersiap dan start kereta. aku nak beli tiket bas.



----------------------------------


dah 10 minit aku dekat kaunter ni. letih aku bertekak dengan pakcik ni.

"saya taknak double decker" tegas aku.

"dah itu je yang ada dik" jawab dia. "lagipun yang lain takde stok. habis." sambung pakcik tu lagi dengan muka menyampah.

"takkan tak ada dah yang lain" kata aku, tak sedap hati.

"takde. sekarang ni, kalau nak awak ambik. taknak sudah" kata pakcik tu.

aku genggam tangan. geram aku.

"saya nak yang jenis ni jugak tapi tak nak double decker!" aku tinggikan suara sikit.

pakcik tu mengeluh.

"dik. dengar sini. masalahnya double decker je yang ada snek perasa udang. brand lain takde perasa udang. perasa lain tak makan ke?" tanya pakcik tu, sabar.

aku mengeluh. "kalau mcm tu, saya ambik twisties"

aku pun beli dan keluar kedai runcit lalu berjalan menghala kaunter tiket bas.
naik bas ni kalau tak standby cikedis memang tak sedap nak berjalan.

11 comments:

Bogus said...

jangan nak sani ekspress tuh...bas dia mmg dah lock speed takleh lebih 100kmj...lembap mcm haram...naik basikal lagi laju bai

wany said...

aku igt bas double-decker, skali cikedis rupenye. ces

Mr. Tido said...

cheit....

Myth said...

sepak bertubi2...

FIRZA said...

macam setan....

Lee said...

hm.... dari awal aku dah terbau punchline tu... aku terlalu banyak baca si gemuk yang optimis ni...

durian! said...

hahaha. bahaya jugak buat taktik ni selalu. aku kena guna taktik lain dulu nampaknya.

Ilmapung said...

Aku mcm Lee.. dh buleh agak.

durian! said...

confirm. aku dah kena tukar style.

Tun Harmalah Ibni Wal-Jusoh said...

Nasib baik aku tengah penat pasal angkut barang-barang kat asrama..kalu tak, mesti aku dah buleh agak apa yang ko nak tulis...babi btol...

ciksu said...

funny!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...