Sunday, December 20, 2009

cadangan membuka restoran berkonsepkan memori semasa kecil

Tajuk
cadangan membuka restoran berkonsepkan memori semasa kecil

Objektif
1. Untuk melawat kembali memori lama
2. Memperkenalkan konsep berbeza dalam memberi nafas ambience baru kepada restoran
3. Untuk menerapkan kembali nilai kemanusiaan kepada manusia zaman sekarang
4. Untuk memberitahu manusia bahawa ada benda lain lebih bermakna dalam hidup selain apa yang korang tengah buat sekarang.

Kelemahan
1. semua memori adalah berdasarkan memori aku dengan tagline 'lantak kau la nak pikir apa'
2. terlalu risiko untuk proceed

CADANGAN MENU :

1. Nasi putih + telur mata + kicap (SAHAJA). -diskaun 50% untuk mereka yang membawa ibu masing2 untuk menyuap.

2. Cucur udang Makcik Lah

3. Roti keping + Sardin semangkuk. -voucher percuma untuk kanak2 yang berebut tulang ikan sardin.

4. Biskut kering + teh o nipis (OPTIONAL : biskut sudah dipatah-patahkan dan sudah direndam dalam gelas + sudu)

5. Aiskrim roti

6. Maggi ayam kosong + additional dessert kek coklat Hiro.

7. Maggi kari makan secara kering dengan perencah. air kosong disediakan untuk mengelakkan masin yang amat di hujung pemakanan.

8. Kulit gula-gula udang.

9.chips -potato chip plastik oren yang seposen satu, maruku ikan gambar baby, dan cottage fries dalam tin hijau.

bersambung..

6 comments:

enyheartsdiamond said...

selamat maju jaya!

Myth said...

aku xtau napa..but aku sedih gila tengok menu 2...

saidatulbadru said...

rindu la zaman 80-an

durian! said...

aku pun sedih, myth.

Mummy Hanny said...

sate ikan bersama kuah campur (manis + pedas).. hidang dalam plastik je, pstu buangkan lidi cucuk sate tu and squeeze kuah kasi sebati dgn sate ikan tuh!

durian! said...

peh. ja, terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...